05 January 2026

Java Flava

 Semalam pas hantar kakak pagi hari buat lesen memandu, ada jemputan kenduri menyambut menantu rumah kak lela. ikutkan aku segan jugak nak pergi tapi dah orang mengajak tak sedap pulak tak pergi. ramai pulak yang jumpa semalam dengan gb rusmina sekali pun ada jugak. 

Lepas siap makan kenduri terus pergi ambil kakak kat ketapang. Petang tu, kak teh ajak gi makan kat area kuantan, pergilah sekejap melayan diorang kat kuantan. Nak cari tempat yang sedap cubalah gi ke java flava, bukit sekilau. harga agak pricey sikit, tapi masakannya sedap. Saja nak test jugak sebab kata dak sala tempat ni sedap big breakfastnya.

bayar untuk 6 orang makan dalam rm195. Cuma parking je agak jauh sikit sebab susah nak dapt parking ramai sangat orang kawsan kecil je.

pastu lepak kat kawasan menara 188, benteng. Ramai orang malam-malam kawasan ni. Bawa keluarga bersama, layan budak ni naik basikal lepak2 jap. terus balik rumah. lagipun esoknya Ngah min nak balik KL awla pagi dan Abang Teh pun nak kerja.

No comments:

Post a Comment

Joging

 Selepas sekian lama tak berjoging harini aku pergi joging ramai-ramai, sekali dengan lisa pun ada.. Joging kali ini dekat UmPSA, Aktiviti i...