24 April 2024

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan. 

1. Bantu adik-beradik. 

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya. 

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta. 

Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground. 

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami. 

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together. 

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun. 

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga. 

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata. 

WE LOVE PROPERTIES. HAHA..

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu. 

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu. 

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai. 

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan. 

Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada. 

4. Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank. 

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. 

Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala. 

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. 

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB. 

5. Tak suka berhutang

Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya. 

Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate. 

Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin. 

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu. 

Kredit Adam Kelvin 
Masih belum kaya lagi.

18 March 2024

Salam Ramadhan

 Selamat Menyambut Ramadhan Ke 7

Dah tujuh hari menyambut Ramadhan...

Lupa dan  sudah lama tak update blog..

Tak tau mana silapnya nih..

Tunggu motivasi datang agaknya..

So, Disiplin is the Winner...

kena pegang pada disiplin kalau nak berjaya..

Malam ni layan KJ keluar  Sekejap Podcast Episod 90..

Semalam layan podcast Keluar Sekejap episod 89..

Balik pada terawih...

Layan Azman Ikan Bilis...

Semoga terus berjaya..

GudLuck

keep It Up...

25 February 2024

Tajuk Buku: Senjata Tajam Melawan Jin Dan Syaitan

Alhamdulillah 
Baru sahaja tamat bacaan buku karangan 
Sheikh Wahid Abdul Salam Bali..
Beli 02 Feb 2024
Tamat 25 Feb 2024
Ms 215
Pustaka Al Ehsan
Secara jujur pada aku..
Buku ini mengajak pembaca agar sentiasa membentengi diri daripada kejahatan jin dan syaitan..
Juga kepada pengamal perubatan agar sentiasa berwaspada pada tipudaya jin dan syaitan..
Sesungguhnya jin dan syaitan terlalu banyak tipu daya dan selalu memgganggu manusia..
Masyarakat moden harini juga tidak lepas dari gangguan kekacauan fikiran dari makhluk ini..
Mereka mengganggu akal fikiran dan membuatkan mental manusia akhir2 ini berada dalam keadaan sangat pelik..
Penulis juga mengajar kaedah rawatan yang sebenar mengikut syarak..
Kesimpulannya, buku ini sangat bermanfaat bagi tujuan rujukan membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan..

03 February 2024

Buku Teroka Sains 3

Alhamdulillah
Syukur kepada Allah swt dan Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Baru sahaja selesai menghabiskan bacaan buku teroka sains 3..
Buku ni dah lama beli september 2023
Penulis Wan Fahmi PHD dan Isterinya Nur Annies PHD.
Ms 151
Buku ni berkenaan anatomi tubuh manusia..
Sangat bagus untuk rujukan kita sebagai manusia. Kena tahu fungsi dan organ tubuh badan manusia.. Banyak menda yg kita nampak simple aje tapi sangat menakjubkan bila dihurai dari sudut sains..
 Begitulah hebatnya penciptaan Allah swt terhadap manusia.. Menda yang kompleks tapi Allah swt huraikan kepada manusia ni dengan sangat mudah. Meski budak2 pun dapat memahami fungsi tubuh kita seharian.
Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur.. Ameen..
Next..
More To Go...

31 January 2024

Buku FIRE

 Alhamdulillah tamat bacaan buku 

FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY..

F.I.R.E

Sebuah buku motivasi kewangan..

Untuk tambahan semangat dan mencari ilmu pengetahuan okaylah..

Kredit pada penuilis buku ni..

Afyan Mat Rawi..

Banyak cerita motivasi orang2 yang berjaya dalam bidang kewangan..

Kalau korang tengah mencari buku motivasi tentang sikap orang berjaya 

Inilah buku yang sesuai..

Tarikh beli

19 Okt 2023

Tarikh Tamat 

31 Jan 2024

Tempoh - 2 Bulan lebih..

Okaylah tu..

Next..

30 January 2024

Quote Hari Ini

 " Kita Bagi Job Kat Dia, Sebab Dia Memang Layak Dan Bagus, Bukan Sebab Kasihan Kat Dia"


Selalunya kita tolong orang ni , sebab kita kasihan kat dia, nak bagi dia kerja, bantu dia sebab nampak dia macam orang susah, tolong sebab dia sebangsa dengan kita, sebab sedara mara ipar duai kita..

Jawapannya SALAH!!

Sebab - 

Pengalaman 1 - Tolong sebab sedara mara nak sewa rumah kita, kurangkan harga sewa akhirnya kita tanggung rugi installment bulan2 sebab dia duduk sampai ke sudah.. Xde arah la..


Pengalaman 2 - Tolong sebab nampak member kita susah, gi rumah dia sofa pun takde, kita ajar dia pandai dan tahu, akhirnya dia jadikan kita pesaing dia. Pulak tu Claim Sifoo Masta.. Haiyya..


Pengalaman 3 - Tolong sebab sama bangsa kita, suh dia wayering, akhirnya wayering delay 2 bulan - Dia gi kempen politik. Habis kerja dia baru dia buat kerja kita.. mampuih


Pengalaman 4 - Tolong member sebab nak bantu dia kerja REN, tau dia kurang job kita suh handle jual rumah kita, akhirnya dia mark up tanpa pengetahuan kita. Dah kantoi baru nak mengaku. Siap bagi dan tukar kunci rumah kat owner baru walaupun urusan jual beli belum siap. Adehh..


Pengalaman 5 - Tolong sebab sama bangsa buat rumah, akhirnya tiga bulan baru siap, Dia gi buat rumah orang lain 3, 4 buah sekaligus. Rumah kita last bila dia siapkan rumah orang lain dulu.. harga bayar sama.. choii


Kesimpulannya, kalau nak lantik tu pastikan memang track rekod dia bagus....

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...