28 December 2023

Trip Ke Muar

Family Day

23, 24 dan 25 Disember 2023..

Sabtu, Ahad dan Isnin ( Krismas )

Alhamdulillah trip kali ini kitorang ke Muar, Bandar Maharani, Johor Bahru...

Trip kali ini bersama 5 family...

Kak mah dengan Nazif,

Kak dah, Rosdi, sarah dan hanan...

Imran, kak ma, haziq dan iqram

Aku berenam orang....

Amy, wan dan alisha dan mek yam...

..........................................................................................................................................................

Day 1..

Bertolak dari pekan jam 9.30am

Berkumpul depan hospital baru...

bersama meran dan nazif...

kak dah lambat sikit..

singgah jap kat Muadzam nazif hantar barang kat kawan dia di masjid satelite...

pastu terus gerak..

Lalu ikut segamat ingat nak terus ke kedai kari kambing 40 hari Yong Peng Johor..

Dah sampai labis tu...

tiba2 diorang ajak terus ke galeri bukit kepong dulu...

terpaksa cross tengah2 tu..

So, kena la skip kari kambing 40 hari tu...

sementara nak tunggu kak dah..

Kitorang jalan2 dulu kat galeri bukit kepong tu...

Galeri bersejarah terletak dalam daerah labis...

Memang bersejarah tempat ni..

Sapa yang belum sampai..

Marilah datang tengok sejarah negara kita menentang komunis...

Dah siap pusing 3 tingkat galeri ni pun kak dah tak sampai lagi.....

Terpaksalah gerak dulu sebab dah lapar masing2......    

cari tempat makan...

Jumpalah kedai mee bandung padu kat area pagoh.. ( tempat muhyiddin yasin )...

Kedai ni tepi jalan aje dalam bandar pagoh depan sikit dari galeri bukit kepong tu...

Rasa sedap jugak kedai ni...

Ada mee bandung udang, daging, ayam...

Nasi ayam pun ada jugak...

Siap makan..

terus gerak ke bandar muar cari tempat solat...

berhenti kat area dataran tanjung mas..

sebelah dia tu Masjid Sultan Ibrahim...

Solat jamak ta'khir kat situ sambil lepak2..

Tempat ni cantik sebab terletak betul2 sebelah sungai muar..

Sambil tengok orang naik River Cruise sambil sembang2..

Masa tu dah agak lewat nak maghrib...

Hari tu tak kemana sebab nak berehat aje...

Terus gerak balik ke Homestay...

Malam tu aktiviti nya buat Tahlil ringkas dan makan murtabak singapore...

Sambil sembang2 dan tido..

Day 2

Pagi tu macam biasa pas solat subuh..

Tidur sekejap kul 9 bangun dan bersiap mandi dan keluar ramai2 gi sarapan kat R&H cafe..

Makan sate dan nasi himpit...

sedap sate dia lembut aje..

dah siap makan hantar makanan kat mereka yang tinggal kat homestay tu...

pas siap diorang makan..

baru keluar...

Terus gi ke tempat kolam air panas kg gerisik...

dah sampai kat situ..

tutup pulak sebab dalam penyelenggaraan...

patah balik cari kedai makan...

jumpa kedai nasi beriyani...

perut dah lapar sebab pagi tu makan sate aje..

makan pulak dah lewat dekat kul 4 petang...

Siap makan terus ke Dun Ho jurassic park...

lepak jap kat situ..

okaylah sebab masuk percuma...

cuma kalau nak main kena bayar RM10 satu permainan (2orang sekali masuk)

Kalau bayar RM50 blh masuk 7 game kat situ..

Maknanya extra 2 game lah...

Layan ajelah dengan budak2 ni..

pas siap kat situ..

cari tempat solat...

Pergi semula tempat semalam masjid sultan ibrahim...

Solat jamak ta'khir...

ingat lepas solat tu nak naik River cruise...

Sekali dah tutup..

dia sampai kul 5.30pm sahaja...

Tunggu solat maghrib dulu pastu..

Gi seberang sungai kat dataran tangkak...

Lepak sekejap.. terus gi uptown muar...

Nasib baik buka.. kalau ikutkan jadual dia tutup malam tu,...

dia hanya beroperasi pada malam cuti sahaja..

kebetulan malam tu 25 hb krismas jadi diorang bukalah...

sebab holiday..

jalan2 kat uptown tu okay jugak..

taklah ramai sangat orang berniaga..

mungkin sebab bukan kebiasaan malam hujung minggu...

tapi boleh lah...

buat ghaso2...

beli minya attar kat little jeddah aje kat situ...

pastu  cari makan malam pulak...

gi balik area dataran tangkak...

tapi penuh gila kedai mungkin sebab malam cuti holiday..

orang  ramai keluar bawak family makan malam...

so kitorang patah balik ke area bandar...

Disebabkan susah nak jumpa kedai makan area bandar....

Terpaksa buat keputusan untuk cari kedai area dekat dengan homestay ajelah...

senang nak balik lagipun hari dah lewat malam..

Sibuk duk cari kedai makan area bandar jam dah kul 10.30pm dah masa tu..

kira asal dapat makan ajelah malam tu...

sampai kat rumah kul 1130pm..

Terus bersiap2 nak tidur..

dengar pulak kak dah bagi motivasi kat haziq...

sebab dia nak periksa spm tahun 2024 ni tak lama dah...

kul 2 jugak tidur malam tu...

Day 3..

Pagi tu macam biasa pas subuh tidur jap...

sebab driver kena cukup tidur..

senang apa2 hal...

bangun kul 9 tu diorang dah keluar tapau aje sarapan pagi tu....

siap2 makan ..

check out kul 12.30 jugak lah...

rumah pun dah siap kemas dulu...

terus keluar ke pantai leka...

sampai aje kat situ rupanya jeti nelayan aje..

dah alang2 sampai tanyalah kedai makan kat situ..

dia kata ada pantai tapi jauh sikit dalam 3km...

pantai parit penyengat laut..

Tuan kedai tu kata kalau nak pantai cantik..

Kena gi pantai seri menanti...

Tapi kena keluar semula...

tak pelah dah alang2 sampai nak jugak tengok pantai kat sempat orang...

kawasan sini pantai dia jauh beza dengan sebelah pantai timur...

sini pantai dia memang macam selat belaka...

xboleh mandi...

berselut..

banyak ikan tembakul...

takpelah sebagai pengalaman hdup..

ada orang jual udang segar dan jugak mentarang...

first time tengok mentarang..

dulu gi area sekinchan banyak nampak kat tepi jalan orang jual mentarang...

dalam menu di kedai makan pun jual metarang yang dah siap masak.....

kat sini boleh beli terus kalau nak...

siap bergambar jap kat situ..

terus gerak balik...

singgah kedai asam pedas tadi yang mula kitorang tanya...

bawak udang yang dibeli sekilo..

mintak tolong diorang masak...

makan terus tenghari kat situ..

okay asam pedas dia tak pekat snagat tak ceroi sangat..

just nais aje...

siap2 makan dan bergambar kat kedai tu...

terus bersalaman dengan amy dan wan sebab diorang nak balik ke area kota tinggi..

kitorang pun terus gerak balik pekan...

singgah jap kat segamat belesuh sekejap..

terus balik singgah solat kat masjid satelite muadzzam shah..

sepanjang masuk aje area keratong pahang hujan sepanjang jalan..

dari muadzam tu kat area simpan chini sebelum petronas air naik tinggi lintas jalan...

cuak jugak sebab ada kereta yang mati enjin... tersadai..

tawakal ajelah sebab kena balik jugak malam tu..

Kitorang follow belakang lori aje..

guana gear 3..

slow2 lalu alhamdulillah..

selamat..

sampai pekan jam 10,00pm..

cari makan kat A4 cafe..

Alhamdulillah semuanya selamat..

semoga perjalanan ini diberkati serta dengan penuh ibrah dan pengalaman dalam mendewasakan kehidupan ini..

sekian coretan di penghujung tahun 2023..

see next time...



14 December 2023

AXIA - Tukar Air Filter

 Harini tukar air filter axia...

Aku rasa macam semput sikit bila tekan pedal minyak...

Rasa macam power loose sikit..

Gi kat kedai spareparts rumah 500...

Saja tanya ada air filter axia tak...

Dia tanya kereta tahun berapa...

Aku jawab tahun 2015...

Dia pun bawak keluar..

Tanya aku betul ke tak..

Aku geleng kepala sebab tak tahu...

Dia pun kata alang2 meh kita try...

Dia pun suh aku buka bonet depan...

Buka tempat air filter tu...

Nah...

Ngam2 aje..

Terus ajelah guna.... 

Lepas tu dia suh aku try cuci throttle body...

Kalau meter dah cecah 100K mileage...

Tanya Harga air filter tu...

Dia kata RM15.00

Aku pun bagi....

Jalan terus...

Baru lah sedap sikit....

Next....

12 December 2023

Baby Steps Dave Ramsey

 7 Baby Step Dave Ramsey :

1. Saving 1K

2. Pay All Of Your Debt ( Except House)

    - Use Snowball Technique

3. Start Saving Your Income 3- 6 Month

4. Invest

5. Save For Your Kids College

6. Pay House Debt

7. Give



Tips Menjadi Kreatif

 Kreativiti


Ibu kepada inovasi dan perubahan positif. Sumber musim bunga kesinambungan hidup dan penciptaan nilai.


Ia adalah keupayaan untuk menggunakan imaginasi untuk menghasilkan idea atau produk baru. Ini datang dari pemikiran yang mendalam dan minda terbuka yang berusaha menyelesaikan masalah.


Kami melihat keperluan dan kehendak tanpa penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Peningkatan kadar pengangguran, skala roket kemiskinan dan persekitaran yang tidak produktif yang sentiasa mengganggu kesejahteraan rakyat dan kesihatan negara.


Berikut adalah beberapa petua asas untuk kreativiti.

1. Komunikasi:

Satu cara untuk meningkatkan pemikiran kreatif anda ialah meminta maklum balas atau nasihat tentang idea anda dan gunakan apabila difahami.


2. Pemikiran kritis:

Kemahiran ini melibatkan menganalisis dan menilai maklumat secara objektif, membuat pertimbangan yang logik dan beralasan, dan menyelesaikan masalah menggunakan pad lakar dengan melukis dan menulis.


3. Pengurusan masa:

Kemahiran pengurusan masa yang berkesan membantu anda mengutamakan tugas, menetapkan matlamat dan menggunakan masa anda dengan paling cekap.


4. Pembelajaran berterusan:

Dunia sentiasa berkembang, dan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk kejayaan dan kreativiti.


5. Ketahanan:

Ketahanan merujuk kepada keupayaan untuk bangkit daripada kemunduran, mengatasi halangan, dan tabah menghadapi kesukaran.


6. Senaman:

Menjaga kesihatan fizikal dan mental anda boleh membantu meletakkan anda dalam kedudukan yang optimum untuk berlatih dan menerapkan pemikiran kreatif.


7. Ambil laluan baharu:

 Apabila anda mendedahkan diri anda kepada perkara baharu, anda secara semula jadi meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir secara kreatif dengan kekal berfikiran terbuka dan memerhati.


8. Cari motivasi dalam industri yang tidak berkaitan

Apabila menyelesaikan cabaran yang berkaitan dengan bidang anda, lihat di luar industri anda untuk motivasi.


Oleh itu, rakan-rakan yang dihormati adalah perlu kita menyesuaikan minda untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat kita dengan matlamat untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik dan juga mencapai kejayaan dalam pelbagai perjalanan kerjaya kita.

Mula sekarang!!!...


#SumberGoogleTranslator



07 December 2023

Flushing Aircond

 Baru ni aku gi kedai kautsar aircond...

Saja ingat nak tanya2 je dulu...

pastu dia kata boleh buat dalam masa 1 jam je...

aku tanya harga berapa dia nak dalam RM180.00

Aku rasa macam okay aje..

Kebetulan kete yang ada tu dah nak siap...

Terus deal kasi jadi jelah...

Tengah duk tunggu tu..

Al Fadhil Baha mesir tepon...

bersembang dengan dia kat 45 minit..

sedar2 kereta dah siap..

masa tengah bercakap tu dia tanya nak tukar filter aircond tak...

aku angguk ajelah...

Dah siap tu aku tanya...

Berapa harga bang...

total semua dalam RM200

Sekali filter...

okay lah tu...

Haaaaaa.... baru sejuk kereta ni...

Setel bab aircond...

NEXT...


28 November 2023

Axia G

 List to do :

1. Flushing Aircond

2. Tukar coolant radiator..

3. Tukar Spark plug

4. Tukar oil steering..

5. Android player dan reverse kamera

6. Air Filter

7. Aircond filter

setakat ni tu aje dulu yang aku boleh fikir..

untuk next tu mungkin boleh..

1. Spoiler

2. Honeycomb grill

3. Absorber

Kereta Axia G

  Berkenaan kereta Axia G spec ni...

Lepas ambik kereta ni..

Ada beberapa perkara yang aku dah buat..

1. Aku beli arm rest... Shopee

2. Aku tukar minyak hitam dan minyak ATF dia... { 23/11/23 }

3. Aku tukar mentol lampu H4 Halogen.. { belum puas hati sebab tak terang sebelah } Shopee

4. Aku tukar pad brake depan. { 24/11/23 }


----------------------------------------------------------------------------------------------


Patah tumbuh hilang berganti.

 Part 2

 Hari jumaat tu { 17/11/23 } dalam kul 2.30pm..

team mytukar air putih dah tunggu siap kat Ambank jalan beserah..

pas jumpa salam tangan..

masuk ambik nombor terus ke kaunter...

dia tanya berapa lagi baki hilux yang tinggal...

check tengok ada lagi rm32,436.35

Sebelum tu dia bagitau Mytukar charge dalam rm700.00

aku okay ajelah...

Selesai dia bayar baki pinjaman kereta tu..

terus kitorang masuk dalam hilux tu..

buat urusan tukar nama...

tukar nama dalam kereta aje...

siap thumbprint bagai kat situ...

lebih kurang 30 minit siap sembang semua..

dia bagitau duit baki akan masuk dalam tempoh 24jam...

takpelah aku okay aje...

lepas serah kunci aku pun beredar ajelah..

Gi hantar kak de berenang..

lepak kat taman jap...

lebih kurang petang tu sekitar kul 4.45pm

Mytukar wsap bagitau dah terima kereta tu...

dalam kul 5.40pm gitu..

aku saja tengok Mae maybank..

Peh..

masuk dah baki jualan tu...

hari yang sama jugak masuk duit baki jualan tu...

Aku kira senang betul berurusan dengan team mytukar ni...

Memang jaminan 100% lah selamat...

Okay sekian sahaja jalan cerita jualan kereta hilu aku pas guna sekitar 6 tahun..

Adius Amigos....

Jumpa Lagi Hi lux

Part 1 

 Hari ni aku bak sambung sedikit cerita hi lux aku di jual...

Lepas buat inspection di MyTukar Air Putih tu... 

Isnin { 12/11/23 } 3.30pm..

Aku balik rumah macam biasa..

Petang tu dalam kul 6pm..

Mytukar wasap bagitau..

Kereta aku dah masuk online bidding...

First bid masuk dia letak 50k..

Tapi tiada bidder..

Aku pun tak faham sangat so, aku biar ajelah...

Pastu, malam dalam kul 10pm Mytukar wasap suh tengok kat link bidding ada masuk satu bid...

Harga RM47,800...

Aku pada mulanya buat tak endah ajelah...

Ingat nak tunggu bidding lagi...

Dekat nak tidur tu..

Saja aku buka semula link tu..

Dia bagitau aku kena accept atau reject dalam masa 24 jam...

Kalau tidak harga bid tu akan batal...

Pas fikir2..

Baik terima aje daripada tamak..

So aku pun Accept ajelah...

Terus closed link tu...

Kira konfem terus...

keesokannya..

Team mytukar wasap dan call aku bagitau tau pasal pengesahan jual kereta tu...

Terus tanya bila boleh hantar kereta...

Peh,..

Macam tak caya juga...

Aku bagitau hari lusanya.. Iaitu jumaat..

Esoknya khamis tu aku terus cari kereta kat used car...

Pergi dua kedai aje terus terima kereta Axia G { 2015 }second hand...

Booking 1K..

harga RM27,900..

Termasuk On the road semua jadi RM30K...

Peh mahal juga lah...

Takpelah asal dapat kereta..

Jumaat { 17/11/23 } masuk Loan..

sabtu tu { 18/11/23 } lulus loan 19,800

kena topup pulak RM200.00

Isnin pagi crk gi sign aggreement kat Public bank..

Petang tu kul 2 gi jpj thumbprint tukar nama...

Petang tu dalam kul 4.30pm gi ambik org rumah jap..

Patah balik kul 5.15pm..

Kul 6.00pm baru dapat bawak keluar kereta..

Terus bawak balik....

Bersambung...

13 November 2023

CarSome MyTukar

 Harini Online MyTukar Carsome...

Saja test market dulu macamana dapat harga market value hilux...

Lokasi di air Putih..

Kita ikut baby steps Dave Ramsey...

Mudah mudahan berjaya..

baby steps kedua..

Gi carwash dulu belakang pantai selamat...

05 November 2023

Tukar Bateri Kereta Alza

 Semalam baru balik dari kampung...

Tiba2 start kereta Alza tak hidup pulak...

Memang lama dah tak tukar bateri kereta tu..

Last tukar tahun 2019..

Kira2 4 tahun jugak tu pakai..

Petang tu..

Cabut dia punya wayar..

Tiba2 spark keluar api pulak..

Kena spanar...

keluar api dari belah positif...

Rupa2nya sebab silap buka belah positif dulu..

Sepatutnya belah negatif dulu...

Pas buka tu..

Bawak ke kedai bateriku kat ubai..

Tanya bateri yang ada..

Jenis Astra rm280.00

Jebis century Rm240.00

Aku ambik yang century ajelah..

Harga dah siap trade in yang lama dah tu...

Siap beli bawak gi kuantan dulu...

malam tu baru pasang pas balik dari kuantan...

sip pasang try start semula...

alhamdulillah dapat hidup...

tarikh Tukar bateri 04/11/2025

Harga RM240.00

6.00pm

BateriKu 

Ubai..


15 September 2023

ILUSI MERDEKA

TANAH AIRKU MALAYSIA...

HARI INI KITA TELAH BEBAS MERDEKA....

DARI CENGKAMAN PENJAJAH...

MEREKA TELAH PUN MENINGGALKAN KITA...

NAMUN...

NODA NODA HITAM MEREKA MASIH LAGI TERSISA...


WAHAI ANAK BANGSAKU MALAYSIA...

ADAKAH KITA BENAR - BENAR MERDEKA...

SEDANGKAN FIKIRAN KITA...

MASIH BERKIBLATKAN MEREKA...

PENJAJAHAN YANG SAMA..

DENGAN CARA YANG BERBEDA...


WAHAI ANAK BANGSAKU..

MERDEKAKAH KITA...

JIKA TIKA INI MASIH LEKA..

ASYIK MEMBUANG MASA

BERMAIN DENGAN KITAB BERCAHAYA...

KE HULU KE HILIR ASYIK DI TANGAN SAHAJA...

LEKA MEMEGANGNYA....

TANPA SEDAR HARI SUDAH PUN SENJA...


AYUHLAH BANGSAKU...

TINGGALKAN BUDAYA HEDONISME...

SEBUAH ILUSI MERDEKA...

LAUNGKAN JIWA BEBAS DAN KAYA...

KEMBALIKAN RASA CINTA...

PADAMU MALAYSIA TERCINTA...

TANAH AIRKU MALAYSIA...



08 September 2023

Cameron Highland lagi..

 Assalamualaikum wbt...

Salam semua Gais...

Harini ini aku nak cerita perjalanan pergi ke Cameron Highland lepas 2 tahun tak ke sana...

Kali ni rancangannya biasa-biasa sahaja..

Booking melalui Air BNB pula..

Kalau sebelum ni selalu guna Agoda...

Sebab katanya ramai yang review melalui air bnb ni lagi murah..

Why not kita try sekali kan...

Rumah yang aku ambik kali ni jenis penthouse...

Apartment 2 bilik, 2 Tingkat..

Berbaloi..

Semalaman dalam RM240 campur dengan Charge Air bnb plus tax government abehla dalam RM560.00 untuk 3H 2M..

28/08/23-30/08/2023

Isnin-Rabu

Cuti sekolah...

Trip kali ni ikut lancang sebab nak singgah kat kuala gandah tengok gajah dulu...

Gi bergambar bagi makan lebih2 kurang...

Pastu baru gerak ke Cameron..

Sampai kat bandar raub gi makan KFC dulu...

Sesampai ke Sg Koyan dalam kul 4.00pm...

Solat jamak takhir di situ...

Isi minyak sambung naik ke cameron lebih kurang sejam dari situ...

Sampai ke Bharat Tea tu dalam kul 6.00pm..

Pekena Scone dengan teh strawberry dulu...

Kul 7 baru gi check in..

Kebetulannya Homestay yang aku duduk ni betul2 depan pasar malam..

So, malam tu pas jamak takhir isya maghrib baru turun ke pasar malam..

Kebetulan musim cuti sekolah ni memang ramai orang lah..

belilah strawberry celup coklat..

beli jugak keledek rebus...

malam tu lepak kat rumah je sambil layan unifi tv n makan nasi goreng kampung..

Pastu Tidoo....

Day 2

Pagi tu aku breakfast kat taman sedia..

Breakfast pun dengan scone dan teh panas..

Bila musim cuti sekolah ni..

Jalan sememangnya jammed banyak kereta nak naik ke Brinchang.. 

Kitorang ingat nk lepak kt tanah rata je lah sebab malas nak hadap jammed..

Jalan-jalan kat bandar tanah rata...

Pastu gi taman layankan bebudak ni..

sewa la basikal..

Hujan pulak turun masa tu..

Terpaksal;ah tunggu hingga hujan reda dulu baru boleh buat keputusan...

dalam setengah jam duk tunggu hujan tu..

Terfikir baik kita gi ke mall yang baru buka tu..

terus ajak bebudak ni.. 

naik ke brinchang  gi ke D centrum cameron..

ada billion kat situ...

seronok jugak lepak situ...

dah macam kat GPO dia punya layout bangunan tu..

junpa plak kedai coklat murah..

memborong lah..

daimler dan beryls...

Gi minum kat pak leh kitchen..

memang healing juga duk situ..

lama jugak lepak situ..

puas meround dalam mall bawah tu..

teringat belum solat lagi..

terus lah ajak balik rumah..

Jamak Takhir kat rumah aje...

malam tu..

aktiviti yang sama macam semalam gi ke pasar malam..

makan pun sma macam semalam...

Lepak2 dan tidoo...

Day 3

Pagi tu breakfast kat rumah je..

senang sebab nak bersiap untuk check out pulak...

Gi ke Kasimanis strawberry farm...

Hajat nak gi petik buah..

Tapi buah tak banyak..

dia tak bagi masuklah..

terus turun ke tanah rata..

beli souvenir sikit2...

pastu singgah bharat teh..

gi layan view ladang teh yang luas terbentang...

sekarang kena charge dah..

Dewasa kena RM4.00

Kanak 2 bawah 12 tahun percuma..

Terus balik rumah ikut bentong exit highway KL-Kuantan..


09 August 2023

RUJUKAN MEDSOS FB YT Vs KITAB

 Kelebihan Baca Kitab berbanding FB IG Tik Tok

1. Keberkatan pada penulis

2. Pemahaman yang menyeluruh

3. Lebih di percayai dan diyakini.

02 August 2023

EV VS ICE

 ELECTRIC VEHICLE VS  INTERNAL COMBUSTION ENGINE


Upgrade Value

1. Future car punya story..

2. Game Changer..

3. Evolve Industry...

4. Follow The story..

5. Future now is with us...

6. Dont miss the part..



31 July 2023

KEABADIAN TENAGA


Formula Fizik

Keabadian tenaga : ABADI 

" Dia Datang Kerana Sesuatu, Dia Hilang Kerana sesuatu"


Proses Rumah Lelong

Rumah Lelong

Aku nak tulis aku sendiri punya pengalaman :

Real case story.


1. Tengok listing rumah lelong mana yang berkenan

2. Dapatkan pos ( Proclamation Of Sale ) rumah tu.

3. Pergi tengok rumah dan alamat yang betul.

  - tengok rumah kosong atau berpenghuni

  - Kalau ada orang tanya samada owner atau penyewa

 - kalau penyewa kena bincang macamana nanti

  - Kalau owner baik cabut ajelah.

4. Pergi tanya bank untuk check kelayakan loan

 - Dah konfem okay baru proceed.

5. Semak Kaveat.

6. Buat carian rasmi ( RM100 ) atau carian persendirian ( RM 50 )

  - Tengok no lot hsd atau pn atau hsm sebab tempat lain2

7. Buat bank draf 10 % ikut pos tadi.

8. Hantar pada pihak yang sepatutnya ( Ejen, Nama bank lelongan )

9. Masuk bidding

10. Kalau menang dapatkan surat kemenangan ( Kontrak Lelongan ) pergi lhdn matikan stem RM10

11. Dapatkan loan di mana2 bank ( mohon banyak bank takpe )

  - Lepas sign surat permohonan tu gi cari lawyer.

12. Surat permohonan loan bank tu bawa pergi ke pejabat lawyer

13. Lawyer uruskan untuk tukar nama

14. Tunggu Valuation bank. 

  - Valuer bank call untuk inspect rumah

  - Kalau rumah kunci kena pecah masuk untuk dia ambik gambar

  - Nak pecah masuk kena buat cover report dulu kat balai polis berdekatan

15. Bayar fee valuation

  - Dah bayar mintak satu salinan

16. Update dengan lawyer perkembangan rumah tu

17. Tunggu loan disburse dalam tempoh 90-120 hari

18. Loan dah disburse gi pejabat TNB dan JBA masuk api dan air

  - Guna kontrak lelongan untuk sambung api dan air tu.

19. Masuk rumah tu cuci repair apa2 yang patut.

20. Seterusnya terpulang pada plan anda.

21. Bayar Fee Lawyer

22. Tunggu 2 atau 3 bulan untuk keluar geran atas nama kita.

23. Update dengan lawyer anda samada dah tukar nama geran kita

24. Baru boleh cari new owner

Proses Selepas Anda Menang Rumah Lelong

 PROSES SELEPAS PEMBELIAN RUMAH LELONG

Anda dapat sahaja kontrak lelongan banyak perkara anda perlu buat.Pertamanya dengan kontrak lelongan anda boleh masuk api dan air, urusan pinjaman bank dan juga urusan pindah milik ke nama anda. Pastikan anda serahkan kepada ejen anda ( Jika Pakai Ejen ) dengan segera untuk segala urusan sebab mereka nie buat kerja cepat.tak mau anda ada masalah dikemudian hari.

1-Jika anda ingin membeli rumah lelong  melalui pinjaman bank pastikan anda sediakan segala dokumen anda secepat mungkin seperti :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Kontrak Lelongan
  • Bagi pendapatan tetap :
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata akaun gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan jawatan dari majikan
    • Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP
    • Lain lain dokumen pendapatan
  • Bagi pemilik perniagaan :
    • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
    • 6 bulan penyata bank terkini
    • 3 tahun penyata kewangan
    • Borang B terkini
    • Lain-lain dokumen pendapatan
2-Pengeluaran KWSP setelah loan anda lulus sahaja boleh apply. Jika pengeluaran KWSP untuk menyelesaikan bagi baki belian penuh hanya boleh dikeluarkan setelah anda bayar dahulu duit tersebut baru boleh keluar KWSP anda.

3-Proses pindah milik nama, Gadaian dan lain-lain urusan carilah peguam dengan segera setelah loan anda lulus.Pastikan anda tak cari peguam yang hanya tangkap muat sahaja.Peguam yang berpengalaman dapat setelkan urusan rumah lelong dalam tempoh yang cepat.

4- Bayar semua tunggakan cukai pintu,tanah dan kos penyelengaraan dan simpan resit untuk diserahkan kepada peguam yang mewakili bank untuk lelongan hartanah tersebut.Nanti nak claim balik duit yang kita advance tu.(PAY FIRST AND CLAIM LATER)

5-Apabila bank sudah mendapat baki belian penuh barulah kita boleh buat apa-apa keatas unit yang kita menang tu.

Anda hanya perlu dapatkan nasihat dari org yang betul dalam bidang hartanah lelong.ia bukanlah janji manis seperti mana yang diceritakan mana-mana pihak.tapi jika anda bertemu dengan org yang betul perkara yang tak diingini boleh dielakkan.

Jika berminat untuk memiliki mana-mana unit lelong boleh layari website saya fizdelejen.weebly.com atau hubungi 0194360859 untuk info lanjut.

#AkuCopyNPasteSenangNakRujukKemudianHari
#KreditPadaOwnerBlogNifizdelejen.weebly.com

24 July 2023

FOKUS 200%

 Set Your Goal

Fokus On It 200%

1. No Distraction

2. No Procastination

3. No Obstacle

4. Just Do It

5. Discipline

6. Keep Moving

7. Moving Forward

8. Keep Growing

10 Undang -Undang Kejayaan

 10 Rules of Self-discipline that Only Successful People Know.


1. Don't wait for the right time to get started.


2. Do what you don't want to do to eliminate procrastination and mental l@ziness.

 

3. Hold yourself accountable and find others to also do so.


4. Visualise the outcome.


5. Identify your weaknesses and face them head on.


6. Become time savvy and incredibly organised.


7. Set goals for every step of the way.


8. Incorporate rewards for hitting certain milestones.


9. Eliminate temptation and distractions. 


10. Trust in yourself.

#DrFredFreemanOkpala

15 July 2023

Cara kira kos elektrik Aircond 1HP

 Cara pengiraan Air Cond 1 Hp


Formula ini boleh digunakan untuk menganggar kos bagi penggunaan ‘AIR COND’ mengikut kuasa kuda atau Kuasa dalam Watt.

Contoh :
Sebuah bilik tidur disejukkan menggunakan ‘Air Cond’ selama 8 jam sehari. Pada label Air Cond yang digunakan mencatatkan : 240v/746 Watt.
Kirakan berapa jumlah kos eletrik bagi penggunaan ‘Air Cond’ tersebut jika digunakan selama (30 hari ) bagi tempoh yang sama?
Diberi kos bagi satu unit eletrik (1 KWj) ialah RM 0.218

Langkah 1: Tentukan jumlah tenaga yang digunakan dalam KWj bagi satu jam.
        Tenaga digunakan per Jam = 746watt x 1jam /1000 = 0.746 kWj.
Langkah 2: Pengiraan kos tenaga.
        Kos tenaga per jam = 0.746 kWj x 0.218 = RM 0.16
        Ini bermakna penggunaan sejam ‘Air Cond’ untuk  unit 1HP = RM 0.16
Langkah 3: Pengiraan jumlah kos bagi sebulan ( 30 hari ).
        Kos tenaga bagi satu bulan = RM 0.16 X 30 = RM 4.80

Jadi kos penggunaan ‘Air Cond’ dibilik tersebut  dalam sebulan  :
RM 4.80 x 8jam = RM 38.40 untuk 1hp Air Cond.. 

p/s : Penjimatan dapat dibuat dengan mengurangkan tempoh penggunaan dan ‘air cond’ hendaklah di servis bagi mengekalkan kadar standard watt. Jika terlalu berhabuk, ‘air cond’ akan menjadi berat dan kadar bill menjadi tingg

Kredit Pada Blog : http://nuraibahijrah.blogspot.com/

11 July 2023

Kawal 5 Perkara Ini

 Ingin sejahtera..

Control This 5 Five M:

1. Mouth

2. Mind

3. Mood

4. Manner

5. Money

25 June 2023

10 Formula Bebas Tekanan

 10 TIME WASTERS:


1. Worrying 

2. Complaining 

3. Watching TV 

4. Overthinking 

5. Procrastination

6. The fear of failure 

7. Trying to be perfect 

8. Waiting to be inspired 

9. Caring what people think 

10. Repeating the same mistake

6 Tips Abadi untuk Berjaya

 Success demands these 6 things.. 


(The Secret Formula)


 1.  Hard Work 


Don't believe in luck, believe in hard work. 


Stop trying to rush the process or searching for a shortcut. 


There is none.


2.  Patience 


If you are losing the patience, you are losing the battle. 


First nothing happens, then it happens slowly and suddenly all at once. 


Most people give up at stage one.


 3.  Sacrifice


If you don't sacrifice for what you want, then what you want becomes the sacrifice.


Everything has its price. The question is: Are you ready to pay it for the life you desire?


4.  Consistency 


Consistency is what transforms average into excellence. 


Without consistency, you will never achieve greater success.


5.  Discipline 


Motivation gets you going, but discipline keeps you growing. 


There will be days when you don't “feel” like doing it. 


You have to push through those days regardless of how you feel.


 6.  Self Confidence 


Confidence is, I'll be fine if they don't like me.  


 #thanksforreading

#successdiamond

19 June 2023

Tips Rumah Lelong

 10 Tips Kena Elakkan Kalau nak beli rumah lelong

1. Tidak membuat carian ke atas rumah lelong tersebut

2. Tidak membaca atau memahami syarat- syarat jualan

3. Terkurang anggar kos dan terlebih anggar nilai

4. Ubah suai hartanah sebelum selesai proses pindah milik.

5. Lambat buat permohonan pinjaman.

6. Tidak membantu mempercepatkan proses

7. Lambat membuat bayaran apabila di minta

8. Tidak menyediakan wang yang mencukupi

9. Tidak memeri8ksa keadaan rumah

10. Gagal mengenal pasti rumah yang betul.


@AhmadTarmiziJusoh

www.rahsiarumahlelong.com



Quote Of The Day

 

The Most successful people they use Discipline..

They don’t use Motivation..

The problem with relying on motivation is that its comes and goes…

Motivation stems from our feelings…

So one day we might feel motivated and next day we might not..

Whereas if you focus on relying on discipline instead of motivation..

This is how you’ll succeed so much further..

Discipline is about doing things when you don’t feel like it..

When you have that sense of  I’m going to do it cause this is whats good for me..

Even though I don’t feel like it..

That’s how you’ll be the most successful in anything…

 

@Kellywickrx

11 June 2023

Trip Ke Terengganu

 Kali ni aku nak simpan sikit kisah short trip ke Kuala Terengganu.

Trip 01-02 Jun 2023

Khamis-Jumaat

Perjalanan yang tak dirancang sangat sebab dah tak tau nak kemana agaknya.

Last Gi Terengganu 23-25 Feb 2023, Stay Kat Tok Aman Bali.. 

Dekat dengan pasir putih kelantan...

Kali ni stay kat barokah homestay Tok Jiring..

20 Minit ke Kuala Trengganu..

3 Bilik 2 Bilik air..

okaylah semalaman baru Rm162.00..

Aircond 2 bilik..

Boleh masak siap..

Boleh google je tempat ni..

Guna jalan pantai.. 

ikut kemaman chukai.. lalu Paka, dungun, marang..

Santai2 aje..

Sampai pun agak lewat..

Check in pun kul 4.00pm..

Siap letak barang kt homestay..

Pastu gi ke Draw Bridge, Pantai Batu Buruk.. KTCC..

Esoknya gi.. Pasar Payang.. Muzium Losong.. Masjid Kristal..

Pastu balik..

Begitu aje perjalanan ke Ganu..

10 June 2023

Carian Lot Tanah Online

 Tips:

Kat sini aku nak lock cara cari tanah secara Online supaya mudah nak buat keputusan..

#1 I Plan Geo portal

- Cari no lot isi kemudian search..

- Explore sendiri je..

#2. ( JUPEM ) EbizJupem.gov.my

-Log in

- Lot Kadaster

#3. Google Maps

- Cari pada goole maps secara terus


Dah siap jumpa baru buat carian rasmi di pejabat tanah..

Tukar Bateri Hilux

Hilux bagi signal bateri dia nak Kong..

Lama xbawak hilux ni sebab cuti penggal seminggu..

Duk gi jalan merata naik Alza..

Buat short trip ke Kuala Terengganu..

Balik rumah tengok tayar hilux kempis..

Ingat nak gi petrol pump..

Baru try start enjin..

Bila mula start xnak hidup..

Kena jumper dulu sekali..

Esoknya start boleh tapi ada lagging/cranking..

Daripada bateri dia kong terus tepi jalan baik pergi check dulu..

Gi kat kedai bateriku.com ...

Kampung Ubai..

Mintak tolong diorang check..

Tengok Percentage dia 32% je tinggal..

Bateri ni tahun 2018 jenis varta..

Bateri sel kering..

Boleh la pakai 5 Tahun..

Tu pun sebab guna kunci manual..

Malam xkunci guna lock Alarm ( Dah rosak )..

Boleh tahan lama bateri..

So, tanya bateri baru berapa harga..

Yang baru Jenama Astra RM385

Bateri sel kering..

Trade in bateri asal jadi Harga RM355..

Malas nak fikir panjang..

Tukar terus.

Siap Pasang Warranty 6 Bulan @20,000Km

yang mana dulu..

Beres..

Total RM355.00

08/06/2023


05 June 2023

Tukar Brake Pad Depan Alza

Beli Kat kedai spare part front Pad Alza ( Depan Rumah 500 )

RM55.00 ( Barang Biasa X Ori )

Tukar Kat Tayaria ( Sebab Xlepas nak buka Sendiri Tayar / Nut Ketat gila )

Kena Charge : RM30.00.

05/Jun/2023

Odometer 

KM216660

04 June 2023

Tukar Coolant Radiator Dan Spark Plug Alza

 1St time berjaya buat semdiri:

Tukar sekali spark plug dan Fog Lamp Alza

3 Liter Coolant Long Life Toyota

1 Liter RM 18.00

Kena campur air sepatutnya

Nisbah 50:50

Separuh coolant separuh air

SPARK PLUG ( RM45.00 )

4 Biji

Ngk 

Odometer:

KM 215955

FOG LAMP

RM25.00 / Satu

2 Biji RM50.00

29 Mei 2023


6 Undang-Undang Kejayaan

 6 LAWS TO WIN IN LIFE


1.Stop telling people your plans


When you over share, you hurt your own progress. Keep things private and win.


2.Know when to say no


Strong people put their own well being before pleasing others. Practice saying no more often.


3. Make a decision, and commit to it


Too many people lack discipline and go back to their toxic patterns. Make a decision to change, and stick to it.


4. There is power in numbers


Nobody has made it in life all by themselves. You need a team that uplifts and supports you. Stop being a lone wolf.


5. Starve your distractions, feed your focus


Focus on your goals instead of

cheap dopamine. You will achieve anything you ever wanted.


6. Always provide value to others


There is only one secret to success: making other people's lives easier. In business and relationships, providing value will keep you their first priority.


Author Unknown

09 May 2023

Setup PC Gaming

 Hardware/ Spesifikasi

1. Chipset 

- Processor ( Intel/AMD )

- i7 Core

2. RAM

- Viper Steel RGB 

- Corsair Vangeance Pro 3200 Mhz 64 Bit

- 8 GB RAM x 2

- DDR 4

3. Storage ( SSD )

- ADATA XPG SX 8200 Pro 1 TB SSD

- 1TB HDD ( Additional )

4. Power Supply ( PSU )

- 500-700kw

5. Mother Board ( ATX )

- Ada Pciex 16

6. Grafik Kad ( Nvidia/AMD )

- GTX = GTX 1660 TI

- RTX ( Ray Tracer ) = RTX3060

- RX

7. Casing 

- Segotep

8. Monitor ( Full HD 65-240Hz )

- Prism+ 27FHD

-  24 Inci 144Hz

- Curved

- Monitor Arm


9. Keypad ( Mechanical Keyboard )

- Royal Kludge 84

- Back Light LED

10. Mouse ( FanTech )

11.  Speaker 

- Marshall

- Altec Lansing

12. Peg Board Organiser

13. Heksagon RGB ( Enhance Vibes )

13. HeadSet

- Tecware Fusion

- Logitech 

14. Desk mat/ RGB Mouse Pad

- Avosky RGB Mat

15. Acoustic Foam

- BSL Triangle Acoustic Panel

16. Gaming chair

- Anda Seat

- TT Racing

- Tomaz

17. Gaming Desk

- Tomaz

18. Monitor Light Bar

- Prevent eyes strain


TIPS ASAS JAGA ENJIN KERETA

 UNTUK LONG LIFE ENJIN

1. Minyak Enjin ( Engine Oil ) Dan Oil Filter.

#-Setiap 6 Bulan atau 5K KM.

2. Coolant Radiator (Penyejuk)

#-Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

3. Minyak Transmisi ( ATF )

#- Minyak ni memang penting bagi yang pakai kenderaan AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar.

Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar

4. Minyak Brek ( Break Oil )

#- Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km

5. Bendalir Power Steering

#- Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km

6. Spark Plug

#- 20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi anda boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k eloklah tukar.

7. Air Filter

#- Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup

8. Bateri Kereta

#- 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

9. Air-Cond Belt / Alternator Belt

#- Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini

10. Water Pump

#- Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

11. Brake Pad

#- Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

12. Tekanan Tayar

05 May 2023

FREEDOM AT WORK

 Tips Kebebasan di tempat kerja :

 " Sekiranya kita mahukan lebih kebebasan dalam mentadbir kerjaya sendiri, jadilah pekerja yang bertanggungjawab, suka menolong dan menyumbang kepada jabatan di tempat kerja tersebut"..

30 April 2023

5 Undang-Undang untuk berjaya

 Five Discipline You Must Follow =

#1.  Make A Plan Budget Every Month

- Get On A Budget.

- Before A Month Begin..

- Sentiasa Tulis Dan Rancang Budget Kewangan Anda Setiap Hari Dan Bulan

#2. Get Out Of Debt

- Peminjam Adalah Hamba Kepada Pemberi Pinjaman

- Jangan Tambah Pinjaman Baru

#3. Take A Care With Who You Hang Around

- Just Close to A people In your Same Attitude And Interest

- Jika Anda Berkawan Dengan Geng Mengopi Anda Akan Jadi Kaki Kopi..

#4. Save And Invest 

- Orang Yang Bijak Akan Sentiasa Menyimpan.

- Save For A Rainy Days.

#5. Be A Generosity

- Banyakkan bersedekah

- Memberi dan memberi Dan Memberi...

- Ia Adalah Keajaiban..

- Ia Akan Mengubah Hidup Anda..

@KreditToDaveRamsey-

= Jika Anda Mengamalkan 5 Undang2 ini selama 10 Hingga 15 Tahun Anda Akan Menang 100% Dan Membina Wealth..

= It's So Powerfull..

= Bebas Kewangan..

= Financially Free...

24 March 2023

Russian Mafia Advice For Life

 1. The biggest mistake is too much talking..

- Be more silent

2. Do not make debts

- you will be long time slave

3. Do not make money number one

- especially in your 20', suka

4. In business, in street and in jail

- co-operation will bring you more power than confrontation

5. if you want to make it big find mentor

- not for weeks but for years

6. Only success make success

- be successful in small things, then use it to build next bigger success

21 March 2023

5 Idea Paling Top Di Dunia

1.  Murphy's law

- the more you fear something the more it will happen.

2. Kidlin's law

if you can write the problem down clearly then matter is half solved.

3. Gilbert's law

- the biggest problem at work is that no one tells you what to do

4. Walson's law

- if you put information and intelligence first at all time then the money keeps coming in

5. Falkland's law

-when you dont have to make decision then don't make a decision

17 March 2023

Best Financial Health Advices

 #1 Melabur pada aset bukan liabiliti

#2 Jalan untuk membina kekayaan bukan dengan menyimpan wang

#3 Nilai Networth adalah sampah.

#4 Mesti belajar Quadrafit theory ( Physical health, mental health, Spiritual Health, Financial Health )

06 March 2023

3 Perkara Yang Selalu Manusia Abaikan Dalam Kewangan

#1 Terjebak dalam SCAM -

      Ini kerana mereka tak faham cara wang bekerja.

#2 Hutang -

      Mereka menelan hutang dengan sangat banyak.

      Mereka mengamalkan gaya hidup yang mereka tidak mampu.

      Jika mahu berkembang kena hapuskan gaya ini dalam hidup anda.

#3 Tidak melabur -

     Apa yang penting ialah bukan berapa jumlah income anda tapi yang lebih penting bagaimana anda simpan dan laburkan pendapatan tersebut dengan cara yang betul.


20 February 2023

Tips Kesihatan

 6 Perkara Jangan Buat Lepas Makan:

1. Jangan terus minum teh pekat 

2. Jangan terus makan buah-buahan

3. Jangan terus tidur

4. Jangan terus bersenam

5. Jangan terus berenang

6. Jangan terus mandi

# Boleh menjejaskan penghadaman dan penyerapan nutrien..

# Boleh mengakibatkan strok..

30 January 2023

Carian Rasmi Vs Carian Persendirian

Rujukan kalau nak buat carian rasmi atau persendirian..

Pejabat Tanah Dan Daerah  ( PTD )

Untuk No Hakmilik :

1. HSM

2. PM

3. GM


Pejabat Tanah Dan Galian ( PTG ) :

1. HSD

2. PN

3. GN

Harga Carian Rasmi RM100

Harga Carian Persendirian RM50.00

Tujuan untuk pastikan ada kaveat atau tidak..

Kedua2nya boleh lihat kaveat pada geran.

Tips Nak Jadi Financially Free

1. Beli Real Estate... Its make you millionaire...

2. Labur pada diri sendiri....Baca Buku sebanyak nya..  Ideas, Inspirasi, Motivasi.. 

3, Upah jurulatih.. Push you to the next level...

4. Join mastermind.. Its not what you know its who you know..

10 January 2023

Nasihat Yang Berguna Tentang Diri Dan Kewangan Anda

#1. Simpan duit setiap minggu tidak kira berapa RM sekalipun.

#2. Pilih kawan yang betul, kerana kamu adalah produk persekitaran. ( Insuran, Coway etc )

#3. Belajar hidup sendiri dan berdikari, ianya skill beberapa master.

#4. Didik dan ajar diri anda dengan Membaca, membaca dan membaca.. Read!!

#5. Jaga kesihatan dan tubuh badan anda..

#6. Jangan tunggu orang lain menghargai anda, Anda kena hargai diri sendiri.


Lakukan semua ini dan anda pasti baik2 sahaja..

Tips Kewangan

 Halangan Paling Merbahaya Untuk Membina Kekayaan : HUTANG!!

-JL Collins.

04 January 2023

TIPS KEWANGAN

 1. Belanja Kurang dari pendapatan

- Korang kena tulis setiap hari aliran kewangan supaya tidak over spend terhadap perkara yang tidak perlu.

2. Labur lebihan.

- Jika ada lebihan daripada perbelanjaan bulanan belajarlah untuk melabur. Ingat! saver is loser..

3. Elakkan berhutang.

_ Sebaiknya jangan berhutang pada perkara yang tak perlu, Good debt adalah properties dan gold.

Jangan berhutang jika tak nak bayar..

SIMULASI KALI KEDUA

 Daftar  anak untuk ujian simulasi kali kedua di MTNP semoga berjaya. 03-06 Januari 23. Wallahu Musta'an.


Semoga ada sinar buat Abang Ngah....

03 January 2023

Quote

 Tiada Kawan Dan Musuh Yang Kekal,

Yang Kekal Hanyalah KEPENTINGAN..

02 January 2023

Tips MRTA

=================================================================

Aku nak share pada korang bila refinance rumah;

# Bila kita dah refinance rumah MRTA tu kita boleh claim okay.

# Maksudnya bila kita jual rumah tersebut dua kali lah boleh claim kalau tak pernah claim MRTA

# Sekali yang refinance, sekali lagi yang jual.

Sekian tips untuk di kongsi.

2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

SANAH HELWAH

KULLU AM WA ANTUM BIL KHAIR

HAPPY NEW YEAR

===========================================================

Azam Baru 2023 :

#1 Aktif Menulis

#2 Aktif Membaca ( Banyak buku belum habis tu )

#3 Aktif Bersenam

#4 Aktif Kewangan 

#5 Jaga Kesihatan

#6 Jaga Ibadah

#7 Travel tempat baru..

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...