24 October 2009

Beli emas..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari semalam 23/10/2009 saya berjaya membantu seorang rakan saya membeli emas pelaburan dengan agen publik gold dari pusa, sarawak. Apa yang saya perhatikan pembelian emas pelaburan ini sangatlah berbaloi sebagai pelaburan jangka panjang. Ini memandangkan harga emas yang turun naik di pasaran. Berdasarkan analisis teknikal harga emas ini akan terus naik bersama kenaikan barangan di pasaran.Ini kerana emas tidak mudah untuk dijangkiti oleh sebarang jangkitan inflasi. Banyak kisah menarik tentang emas ini. Dalam satu rancangan dokumentari channel history baru-baru ini mengisahkan penjenayah buangan dari england yang di ekstradisi ke Australia telah menjadi kaya raya dengan emas. Saya lihat bagaimana emas ini merupakan status kekayaan raja-raja dan golongan pemerintah sejak zaman bahari lagi. Justeru pelaburan emas ini merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Maka marilah kita fikir-fikirkan bersama..

15 October 2009

Wow.. Emas Public Gold.


Di antara emas yang menjadi bualan hangat masa kini adalah emas keluaran Public Gold. Ianya kerana syarikat public gold mengeluarkan emas untuk pelaburan kepada mana-mana individu yang berminat untuk memilikinya.

11 October 2009

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pertamanya, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya saya dapat menyiapkan blog berkenaan simpanan dan pelaburan emas ini. Mungkin ini adalah satu cabang usaha untuk mempelbagaikan lagi informasi tentang pelaburan mengenai emas di malaysia ini.
Kita sedar bahawa kepentingan untuk menyimpan emas sebagai insurans kewangan dan kekayaan kita sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini sangatlah penting.
Emas adalah penyimpan nilai terhebat sepanjang zaman. Dahulunya manusia menggunakan emas sebagai urusan jual beli bagi sesuatu barang, namun sekarang emas lebih dikenali hanya untuk barangan perhiasan dan status individu.
Dengan perubahan zaman dan kemajuan arus peredaran masa emas telah menunjukkan nilai mutunya yang standard sejak dahulu sehinggalah ke hari ini.
Apabila berlakunya krisis ekonomi global pada hari ini, manusia beralih memandang emas sebagai pengikat nilai kekayaan mereka.Jika anda ingin melaburkan wang anda maka laburlah dengan emas.
Sekian dahulu post pertama saya kali ini. Semoga berjumpa lagi.

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...