28 December 2023

Trip Ke Muar

Family Day

23, 24 dan 25 Disember 2023..

Sabtu, Ahad dan Isnin ( Krismas )

Alhamdulillah trip kali ini kitorang ke Muar, Bandar Maharani, Johor Bahru...

Trip kali ini bersama 5 family...

Kak mah dengan Nazif,

Kak dah, Rosdi, sarah dan hanan...

Imran, kak ma, haziq dan iqram

Aku berenam orang....

Amy, wan dan alisha dan mek yam...

..........................................................................................................................................................

Day 1..

Bertolak dari pekan jam 9.30am

Berkumpul depan hospital baru...

bersama meran dan nazif...

kak dah lambat sikit..

singgah jap kat Muadzam nazif hantar barang kat kawan dia di masjid satelite...

pastu terus gerak..

Lalu ikut segamat ingat nak terus ke kedai kari kambing 40 hari Yong Peng Johor..

Dah sampai labis tu...

tiba2 diorang ajak terus ke galeri bukit kepong dulu...

terpaksa cross tengah2 tu..

So, kena la skip kari kambing 40 hari tu...

sementara nak tunggu kak dah..

Kitorang jalan2 dulu kat galeri bukit kepong tu...

Galeri bersejarah terletak dalam daerah labis...

Memang bersejarah tempat ni..

Sapa yang belum sampai..

Marilah datang tengok sejarah negara kita menentang komunis...

Dah siap pusing 3 tingkat galeri ni pun kak dah tak sampai lagi.....

Terpaksalah gerak dulu sebab dah lapar masing2......    

cari tempat makan...

Jumpalah kedai mee bandung padu kat area pagoh.. ( tempat muhyiddin yasin )...

Kedai ni tepi jalan aje dalam bandar pagoh depan sikit dari galeri bukit kepong tu...

Rasa sedap jugak kedai ni...

Ada mee bandung udang, daging, ayam...

Nasi ayam pun ada jugak...

Siap makan..

terus gerak ke bandar muar cari tempat solat...

berhenti kat area dataran tanjung mas..

sebelah dia tu Masjid Sultan Ibrahim...

Solat jamak ta'khir kat situ sambil lepak2..

Tempat ni cantik sebab terletak betul2 sebelah sungai muar..

Sambil tengok orang naik River Cruise sambil sembang2..

Masa tu dah agak lewat nak maghrib...

Hari tu tak kemana sebab nak berehat aje...

Terus gerak balik ke Homestay...

Malam tu aktiviti nya buat Tahlil ringkas dan makan murtabak singapore...

Sambil sembang2 dan tido..

Day 2

Pagi tu macam biasa pas solat subuh..

Tidur sekejap kul 9 bangun dan bersiap mandi dan keluar ramai2 gi sarapan kat R&H cafe..

Makan sate dan nasi himpit...

sedap sate dia lembut aje..

dah siap makan hantar makanan kat mereka yang tinggal kat homestay tu...

pas siap diorang makan..

baru keluar...

Terus gi ke tempat kolam air panas kg gerisik...

dah sampai kat situ..

tutup pulak sebab dalam penyelenggaraan...

patah balik cari kedai makan...

jumpa kedai nasi beriyani...

perut dah lapar sebab pagi tu makan sate aje..

makan pulak dah lewat dekat kul 4 petang...

Siap makan terus ke Dun Ho jurassic park...

lepak jap kat situ..

okaylah sebab masuk percuma...

cuma kalau nak main kena bayar RM10 satu permainan (2orang sekali masuk)

Kalau bayar RM50 blh masuk 7 game kat situ..

Maknanya extra 2 game lah...

Layan ajelah dengan budak2 ni..

pas siap kat situ..

cari tempat solat...

Pergi semula tempat semalam masjid sultan ibrahim...

Solat jamak ta'khir...

ingat lepas solat tu nak naik River cruise...

Sekali dah tutup..

dia sampai kul 5.30pm sahaja...

Tunggu solat maghrib dulu pastu..

Gi seberang sungai kat dataran tangkak...

Lepak sekejap.. terus gi uptown muar...

Nasib baik buka.. kalau ikutkan jadual dia tutup malam tu,...

dia hanya beroperasi pada malam cuti sahaja..

kebetulan malam tu 25 hb krismas jadi diorang bukalah...

sebab holiday..

jalan2 kat uptown tu okay jugak..

taklah ramai sangat orang berniaga..

mungkin sebab bukan kebiasaan malam hujung minggu...

tapi boleh lah...

buat ghaso2...

beli minya attar kat little jeddah aje kat situ...

pastu  cari makan malam pulak...

gi balik area dataran tangkak...

tapi penuh gila kedai mungkin sebab malam cuti holiday..

orang  ramai keluar bawak family makan malam...

so kitorang patah balik ke area bandar...

Disebabkan susah nak jumpa kedai makan area bandar....

Terpaksa buat keputusan untuk cari kedai area dekat dengan homestay ajelah...

senang nak balik lagipun hari dah lewat malam..

Sibuk duk cari kedai makan area bandar jam dah kul 10.30pm dah masa tu..

kira asal dapat makan ajelah malam tu...

sampai kat rumah kul 1130pm..

Terus bersiap2 nak tidur..

dengar pulak kak dah bagi motivasi kat haziq...

sebab dia nak periksa spm tahun 2024 ni tak lama dah...

kul 2 jugak tidur malam tu...

Day 3..

Pagi tu macam biasa pas subuh tidur jap...

sebab driver kena cukup tidur..

senang apa2 hal...

bangun kul 9 tu diorang dah keluar tapau aje sarapan pagi tu....

siap2 makan ..

check out kul 12.30 jugak lah...

rumah pun dah siap kemas dulu...

terus keluar ke pantai leka...

sampai aje kat situ rupanya jeti nelayan aje..

dah alang2 sampai tanyalah kedai makan kat situ..

dia kata ada pantai tapi jauh sikit dalam 3km...

pantai parit penyengat laut..

Tuan kedai tu kata kalau nak pantai cantik..

Kena gi pantai seri menanti...

Tapi kena keluar semula...

tak pelah dah alang2 sampai nak jugak tengok pantai kat sempat orang...

kawasan sini pantai dia jauh beza dengan sebelah pantai timur...

sini pantai dia memang macam selat belaka...

xboleh mandi...

berselut..

banyak ikan tembakul...

takpelah sebagai pengalaman hdup..

ada orang jual udang segar dan jugak mentarang...

first time tengok mentarang..

dulu gi area sekinchan banyak nampak kat tepi jalan orang jual mentarang...

dalam menu di kedai makan pun jual metarang yang dah siap masak.....

kat sini boleh beli terus kalau nak...

siap bergambar jap kat situ..

terus gerak balik...

singgah kedai asam pedas tadi yang mula kitorang tanya...

bawak udang yang dibeli sekilo..

mintak tolong diorang masak...

makan terus tenghari kat situ..

okay asam pedas dia tak pekat snagat tak ceroi sangat..

just nais aje...

siap2 makan dan bergambar kat kedai tu...

terus bersalaman dengan amy dan wan sebab diorang nak balik ke area kota tinggi..

kitorang pun terus gerak balik pekan...

singgah jap kat segamat belesuh sekejap..

terus balik singgah solat kat masjid satelite muadzzam shah..

sepanjang masuk aje area keratong pahang hujan sepanjang jalan..

dari muadzam tu kat area simpan chini sebelum petronas air naik tinggi lintas jalan...

cuak jugak sebab ada kereta yang mati enjin... tersadai..

tawakal ajelah sebab kena balik jugak malam tu..

Kitorang follow belakang lori aje..

guana gear 3..

slow2 lalu alhamdulillah..

selamat..

sampai pekan jam 10,00pm..

cari makan kat A4 cafe..

Alhamdulillah semuanya selamat..

semoga perjalanan ini diberkati serta dengan penuh ibrah dan pengalaman dalam mendewasakan kehidupan ini..

sekian coretan di penghujung tahun 2023..

see next time...



14 December 2023

AXIA - Tukar Air Filter

 Harini tukar air filter axia...

Aku rasa macam semput sikit bila tekan pedal minyak...

Rasa macam power loose sikit..

Gi kat kedai spareparts rumah 500...

Saja tanya ada air filter axia tak...

Dia tanya kereta tahun berapa...

Aku jawab tahun 2015...

Dia pun bawak keluar..

Tanya aku betul ke tak..

Aku geleng kepala sebab tak tahu...

Dia pun kata alang2 meh kita try...

Dia pun suh aku buka bonet depan...

Buka tempat air filter tu...

Nah...

Ngam2 aje..

Terus ajelah guna.... 

Lepas tu dia suh aku try cuci throttle body...

Kalau meter dah cecah 100K mileage...

Tanya Harga air filter tu...

Dia kata RM15.00

Aku pun bagi....

Jalan terus...

Baru lah sedap sikit....

Next....

12 December 2023

Baby Steps Dave Ramsey

 7 Baby Step Dave Ramsey :

1. Saving 1K

2. Pay All Of Your Debt ( Except House)

    - Use Snowball Technique

3. Start Saving Your Income 3- 6 Month

4. Invest

5. Save For Your Kids College

6. Pay House Debt

7. Give



Tips Menjadi Kreatif

 Kreativiti


Ibu kepada inovasi dan perubahan positif. Sumber musim bunga kesinambungan hidup dan penciptaan nilai.


Ia adalah keupayaan untuk menggunakan imaginasi untuk menghasilkan idea atau produk baru. Ini datang dari pemikiran yang mendalam dan minda terbuka yang berusaha menyelesaikan masalah.


Kami melihat keperluan dan kehendak tanpa penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Peningkatan kadar pengangguran, skala roket kemiskinan dan persekitaran yang tidak produktif yang sentiasa mengganggu kesejahteraan rakyat dan kesihatan negara.


Berikut adalah beberapa petua asas untuk kreativiti.

1. Komunikasi:

Satu cara untuk meningkatkan pemikiran kreatif anda ialah meminta maklum balas atau nasihat tentang idea anda dan gunakan apabila difahami.


2. Pemikiran kritis:

Kemahiran ini melibatkan menganalisis dan menilai maklumat secara objektif, membuat pertimbangan yang logik dan beralasan, dan menyelesaikan masalah menggunakan pad lakar dengan melukis dan menulis.


3. Pengurusan masa:

Kemahiran pengurusan masa yang berkesan membantu anda mengutamakan tugas, menetapkan matlamat dan menggunakan masa anda dengan paling cekap.


4. Pembelajaran berterusan:

Dunia sentiasa berkembang, dan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk kejayaan dan kreativiti.


5. Ketahanan:

Ketahanan merujuk kepada keupayaan untuk bangkit daripada kemunduran, mengatasi halangan, dan tabah menghadapi kesukaran.


6. Senaman:

Menjaga kesihatan fizikal dan mental anda boleh membantu meletakkan anda dalam kedudukan yang optimum untuk berlatih dan menerapkan pemikiran kreatif.


7. Ambil laluan baharu:

 Apabila anda mendedahkan diri anda kepada perkara baharu, anda secara semula jadi meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir secara kreatif dengan kekal berfikiran terbuka dan memerhati.


8. Cari motivasi dalam industri yang tidak berkaitan

Apabila menyelesaikan cabaran yang berkaitan dengan bidang anda, lihat di luar industri anda untuk motivasi.


Oleh itu, rakan-rakan yang dihormati adalah perlu kita menyesuaikan minda untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat kita dengan matlamat untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik dan juga mencapai kejayaan dalam pelbagai perjalanan kerjaya kita.

Mula sekarang!!!...


#SumberGoogleTranslator



07 December 2023

Flushing Aircond

 Baru ni aku gi kedai kautsar aircond...

Saja ingat nak tanya2 je dulu...

pastu dia kata boleh buat dalam masa 1 jam je...

aku tanya harga berapa dia nak dalam RM180.00

Aku rasa macam okay aje..

Kebetulan kete yang ada tu dah nak siap...

Terus deal kasi jadi jelah...

Tengah duk tunggu tu..

Al Fadhil Baha mesir tepon...

bersembang dengan dia kat 45 minit..

sedar2 kereta dah siap..

masa tengah bercakap tu dia tanya nak tukar filter aircond tak...

aku angguk ajelah...

Dah siap tu aku tanya...

Berapa harga bang...

total semua dalam RM200

Sekali filter...

okay lah tu...

Haaaaaa.... baru sejuk kereta ni...

Setel bab aircond...

NEXT...


Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...