07 January 2026

Jaga Kewangan Anda

 Kewangan Peribadi.


Kejayaan kewangan dalam hidup kalau ikut pada aku punya pengalaman, adalah kemampuan kita mengawal diri dari membeli sesuatu yang bukan keperluan. Hari ini kita membeli sesuatu kerana rasa menarik dan rasa best bila kena promote.

Terlalu banyak produk dan iklan yang lalu di fb wall kita dan juga tik tok kita.

Banyak barang yang kita beli sebab rasa macam perlu. Sebenarnya boleh je lagi kita tahan dulu keinginan tu dari membeli. Bila kita banyak membeli, itu bermakna kewangan kita akan semakin berkurang.

Adakah kita tak boleh membeli? 

Bukan tak boleh membeli, tapi kita kena simpan dulu barulah membeli. 

Contoh kalau nak beli ipad yang berharga RM2500, kita kena simpan dulu selama beberapa bulan baru kita beli. Jangan nampak terus beli pastu kata kononnya bila lagi.

Supaya aliran tunai kita setiap bulan tidak terganggu. 

Kemudian bajet kewangan kena jaga betul-betul. Mesti rekodkan setiap perbelanjaan harian kita supaya kita dapat anggaran kasar berapa jumlah penggunaan sebenar yang kita perlukan untuk hidup.

Aku rasa kaedah yang paling berkesan adalah menulis setiap sen perbelanjaan harian kita. Memang leceh, tapi sangat efektif bila kita menggunakan kaedah ini. 

Kita kena ingat, wang hari ini adalah bukan wang sebenar. Wang hari ini adalah perakaunan. Yang berbentuk nombor. Jika kita master bab ini, ilmu kira-kira yang simple sahaja tak perlu terlalu ilmu matematik yang tinggi pun sudah boleh.

Rekod tulis simpan. Cukup bulan kira balik kemudian cuba setiap pusingan gaji berapa sebenarnya yang kita perlukan. Di mana kita boleh selamatkan, kita cubalah selamatkan. Kalau perlu potong netflix buat terus supaya perbelanjaan kita dalam keadaan selamat.

No comments:

Post a Comment

Jaga Kewangan Anda

 Kewangan Peribadi. Kejayaan kewangan dalam hidup kalau ikut pada aku punya pengalaman, adalah kemampuan kita mengawal diri dari membeli ses...