22 November 2026

Buku Ke-6

The Magic Of Thinking Big
David J. Schwartz
Ms352

Beli 28.03.2026
Tamat 22.11.2026
Tempoh 8 Bulan.

Kenapa lama nk habiskan?
Gaya bahasanya membosankan.

Adakah isi tak bagus?
Tidak! Isinya sangat bagus. Hanya jalan cerita agak meleret dan susah nak khayalkan.

Genrenya bagaimana?
Okay, penuh cerita motivasi tapi tidak menarik.

Berapa bintang rating buku ini?
Sejujurnya saya bagi 3 daripada 5 bintang.

18 November 2026

Boling akhir Tahun

Dah lama betul aku tak memboling..

Harini diorang ajak main.

Aku follow aje.


18 orang player

Bahagi 5 kumpulan

Aku ambil group biasa aje.


Padahal aku yang letak nama

Bolehlah tempat kedua kumpulan

Kalau individu aku dapat score paling tinggi 265 untuk 2 game

Lebih kurang 130 point untuk satu game..


Game suka suka je ni

Hadiah pun sama je semua..







16 November 2026

Resepi turun darah tinggi

Halia dan serai rupanya power gila untuk "detoks" buah pnggang. memang elok untuk yang nak ikhtiar cara petua orang lama.
.
 RESEPI AIR HERBA UNTUK SOKONG FUNGSI BUAH PINGGANG
.
✅ **Bahan-bahan:**
.
1. 2 batang serai (diketuk)
2. 3–4 hiris halia tua
3. Beberapa tangkai daun sup segar
4. 700 ml air bersih
.
✅ **Cara Penyediaan:**
A) Basuh semua bahan hingga bersih.
B) Masukkan serai dan halia ke dalam periuk bersama 700 ml air.
C) Rebus atas api sederhana selama 10–12 minit sehingga keluar aroma.
D) Selepas itu masukkan daun sup, biarkan mereneh 5 minit.
E) Tutup api, biarkan suam seketika.
F) Tapis air rebusan dan sedia untuk diminum.
.
✅ **Kekerapan:**
* Minum 2–3 kali seminggu
* Sebaiknya waktu pagi atau petang ketika perut kosong
.
 **Kelebihan:**
.
-Membantu membuang toksin berlebihan dari badan
-Rasa badan lebih ringan & segar
-Menyokong fungsi buah pinggang secara semula jadi
-Semua bahan mudah didapati di dapur
.
Nak lagi resepi macam ni? dalam buku ni banyak ditulis pasal resepi2 dan petua untuk pelbagai jenis penyakit. resepi ni diambil dari amalan sunnah dan petua orang lama.
.
Nak dapatkan buku "200 Rahsia Resepi Sihat" ni, boleh beli di website kami.
.
Sumber
FB

15 November 2026

Emas Hari ini

Update harga emas ..
Agak turun naik..
Kalau ada modal boleh beli ..
Masa yang sesuai membeli..

14 November 2026

Masjid Sri Sendayan

Semalam datang ke nilai ambil kakak
Dia baru start cuti final sem
Nak ambil sekali dengan barangnya yang banyak tu..

Pagi tadi ke mitsui jap
Cari kasut untuk bawak pergi umrah nanti..
Kasut huda takde saiz pulak
Hanya kasut wife aku je yang ada..
Okaylah tu selesai satu bahagian.

Hala balik ni 
Singgah jap kat masjid sri sendayan
Katanya cantik..
Ramai pelawat..

Sebenarnya dari aritu lagi dah singgah..
Tapi tak berkesempatan..

Berbaloilah singgah sini..
Memang ramai jugak orang datang..
Gambar baju konvo
Lawatan murid sekolah sar kafa petaling jaya pun ada ni..

Aku singgahlah bergambar je..
Bukti pernah sampai..
Kalau ada rezeki boleh datang lagi.
Tempat pun relaks
Boleh santai aje..

13 November 2026

Resepi kurangkan gula dalam badan.

Tanda-tanda badan terlebih gula

1. Selalu haus dan kerap kencing
Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air

2. Cepat letih dan mudah mengantuk
Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.
Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau

3. Penglihatan kabur
Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas

4. Selera makan naik tak berhenti
Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok

5. Kerap sariawan atau gigi selalu bermasalah
Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi

6. Luka lambat sembuh
Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel

7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak
Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat

8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas
Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin

9. Rasa kebas atau semut-semut di tangan dan kaki
Gula tinggi lama-lama boleh rosakkan saraf

Apa yang patut buat dulu?
Perbetulkan cara makan, amalkan makanan sihat, cuba puasa, rajin bergerak, cukup minum air, elakkan makanan yang melonjakkan gula darah, dan boleh amalkan ramuan kampung di bawah ni

Resepi alami bantu turunkan gula darah

1. Air rebus daun salam + kayu manis
Bahan :
• 7 helai daun salam
• 1 batang kayu manis
• 400 ml air

Cara buat :
• Rebus semua bahan sampai air tinggal separuh
• Tapis dan minum waktu hangat, 2 kali sehari (pagi & petang)

Manfaat :
Daun salam bantu stabilkan gula darah, kayu manis tolong kuatkan fungsi insulin

2. Air lemon infused + kayu manis
Bahan :
• 1/2 biji lemon
• 1 batang kayu manis
• 500 ml air

Cara buat :
• Hiris lemon, masuk dalam botol dengan kayu manis
• Simpan 3–4 jam dalam peti
• Minum sepanjang hari

Manfaat :
Bantu kurangkan resistensi insulin dan lancarkan metabolisme

3. Madu bawang putih
Bahan :
• 5 ulas bawang putih, diketuk
• 5 sudu besar madu asli

Cara buat :
• Campur bawang putih dan madu dalam bekas kaca
• Perap 3 hari
• Ambil 1 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan

Manfaat :
Madu bantu jaga kadar gula, bawang putih kuatkan sensitiviti insulin

4. Jus peria + limau nipis
Bahan :
• 1 biji peria (buang biji, rendam air garam 10 minit)
• 1/2 limau nipis
• 200 ml air

Cara buat :
• Kisar peria dengan air
• Tapis, perah limau nipis
• Minum 3 kali seminggu

Manfaat :
Peria ada bahan charantin yang bantu turunkan gula darah

#tipskesehatan #infosehat #health #herbal

07 November 2026

06 November 2026

Sambut Anniversary

6 Nov 2026
Jumaat
21st Anniversary

Cepatnya masa berlalu..
Dah setahun..
Rasa macam baru aje sambut kat secret recipe tahun lepas...

Tahun sambut kat Ancasa Royal..
Biasa aje .
Jangankan tidak..

Semoga Berkekalan hingga ke jannah..
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt

05 November 2026

Emas Hari ini

05 Nov 2026

Update

Emas 99.9
Rm583/gram 24K

Kenaikan Rm12.00/gram 
( Semalam )

PG 1 Dinar
( Pg Sell ) Rm2465
( Pg Buy ) Rm2243

Beza Harga dengan semalam Rm43.00


7 Skill Must Have

Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Pekan

Johan Qari
Johan Qariah 

Aku ni jadi pengganti bos aje.
Bolehlah saja² je berehat sebentar.

04 November 2026

Harga Emas Hari Ini

04 Nov 2026

Update 

Emas 99.9
Rm571/gram 24K

PG 1 Dinar : 
(Pg Sell) Rm2422
(Pg Buy) Rm2204

Menaik dari semalam..

Jika anda nak simpan emas.
Fokus pada gram jangan fokus pada RM.

Tapi setiap gram yang disimpan mesti ada catatan tarikh dan nilai per gram.
Harga Rm pun mesti ada catatan.

Supaya senang nak nilai kembali.
Status kerugian setiap pembelian.

02 November 2026

Nasihat Haruki murakami

Apakah menda yang wang tidak boleh beli
1. Kesihatan yang baik
2. Tidur yang lena
3. Senyuman yang manis

01 November 2026

Pahang International Scout

Sudah masuk 1 november 2026

Cepatnya masa berlalu..

Tahun lepas scouts pahang ni buat kat kompleks belia indera mahkota..

Tahun ni venue di kampus paya besar umpsa gambang

 Memang jammed teruk..

Sebabnya tempat ni tepi jalan utama gambang..


Hari ni hantar abangah ada scout pahang di Umpsa gambang

Bertolak awal pagi 6.45 dari rumah

ingatkan lambat dah..

Pecut lah konon..


Semuanya lancar je..

Sampai di kg fajar nah kena jammed..

Ingatkan dah lepas dari jammed kat airport tadi..

Sebab diorang belum mula kerja..


Sekali jammed dia kat 15KM

Aku try ikut maps..

Ikut jalan maps tu syorkan..

Konon nak shortcut lah..

Malangnya jalan rosak..

Dahlah jalan off road..

Kotor habis kereta..


Masuk balik jalan besar..

Pastu try sekali lagi shortcut ikut masjid tepi jalan tu..

Nasib baik berjaya dapat keluar betul betul tepi caltex sebelah tmg..


Tunggu abangah gi tandas jap..

Pastu aku cross jalan ke petron gambang 

Lewat sejam dari sepatutnya..

Ikutkan berkumpul jam 730 tepi petron..


Takpelah cikgu diorang pun baru gerak je waktu tu..

Kira sempatlah dengan geng diorang tu..


Balik rumah rehat dan hibernate dulu..

Bangun basuh kereta yang kotor tu..

Mujur semalam dah beli saabun basuh kereta..

Bolehlah guna..


Kul 4.00 gerak gi ambil semula..

Rupanya dah siap kul 4.00 tu..

Ikutkan jadual habis program kul 430..


Kali ini ikut jalan ganchong..

Tak nak kena jammed..

Memang laluannya lancar je..

Sampai kat petron dalam kul 4.45..

Abangah pun dah lama menunggu..

 Patah balik singgah makan kat dalah taman tas..

Kena hanith lamb..

Habis Rm102 4 orang makan..


Takpelah makannya sedap..

Singgah solat kat Uniqsaas..

Asar dan maghrib terus kat situ..

Sampai rumah kul 8.00


Abangah pun ambil cuti sehari..

Mujur lepas ustaz jo bagi...

Kalau tak jenuh nak ken hantar balik semula malam malam ke asrama..


Alhamdulillah selesai

Scouts Pahang

Dapat bronze je..

Takpelah asal ada sijil menyertai..



Buku Ke-6

The Magic Of Thinking Big David J. Schwartz Ms352 Beli 28.03.2026 Tamat 22.11.2026 Tempoh 8 Bulan. Kenapa lama nk habiskan? Gaya bahasanya m...