23 November 2009

Beli Emas Sekarang Sebelum Terlewat..

Assalamualaikum w.b.t.

 Dah lama rasanya aku tak memposting @ menulis sendiri kat dalam blog aku nih.. Hari ni memandangkan aku ada masa free sket ni so apasalahnya cilok2 sket masa untuk mengasah minda mengarang..
 Korang perasan tak dengan keadaan emas sekarang ni? Kenaikannya memang sangat luar biasakan? Kalau kita tengok pada analisis kenaikan emas yang lalu. kenaikan emas agak mendatar, tapi sekarang ni graf kenaikan emas mencanaknya bukan2.
 Adakah kenaikan emas ni secara xsengaja? Sudah tentu jawapannya tidaklah.. Beberapa minggu yang  lepas Kerajaan india sahaja telah melepaskan pegangan matawang asingnya dengan membeli emas daripada simpanan IMF. Dolar sudah semakin lemah itu petanda ekonomi kapitalis sudah menuju kehancurannya.. Apa akan jadi jika korang pegang dolar banyak2 sekarang? sudah tentu dolar xmemberi anda kepuasan yang sebenar. Tapi kalau anda pegang emas? Boleh fikir sendirilah kepuasannya.
  Keadaan ekonomi hari ni sangat tidak menentu, sampai kerajaan kita pun tak berani nak bagi bonus pada kakitangannya sendiri gara-gara ekonomi yang tak stabil. Kemungkinan akan stabil bila kita pun tidak tahulah.. Semuanya berdasarkan spekulasi oleh para ahli ekonomi.
  Kestabilan nilai pada asas matawangnya adalah ditentukan pada demand and supply. Nampaknya permintaan pada dolar sudah berkurangan jadi secara otomatisnya dolar akan melemah. Justeru penyimpan nilai sebenar bukan pada wang(kertas) tetapi ianya terletak pada emas.. Kenapa Dr. Mahathir menyarankan penggunaan dinar kepada negara2 OIC? Ini kerana kebijaksanaan yang ada pada beliau tentang kekebalan nilai yang ada pada emas dalam apa jua situasi.. Oleh yang demikian beli  emas sekarang simpanlah emas sekarang supaya anda tidak menjadi orang yang menyesal di kemudian hari kelak.. sekian dulu posting kali ini.. bye2..

15 November 2009

Komen Dato' Salleh Majid. Mantan CEO BSKL Tentang Emas.

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.
Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.
Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.
Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.
Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.
Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.
Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).
Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.
Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009

13 November 2009

Emas Saddam Hussein



Tahukah anda kenapa Iraq sangat di kehendaki oleh Amerika syarikat?.. Selain Minyak.. Hehehe.. Sudah tentulah..E.M.A.S

08 November 2009

Bersama AC disini dengan Public Gold..



Pada sapa-sapa yang masih kurang berkeyakinan tentang Public Gold nih.. So, must take a look at this video.. Sebenarnya Public Gold ni dah terkenal di kalangan ahli2 emas di malaysia ni. Jadi jangan ada keraguan lagi.. kalau nak lebih info tentang public Gold ni boleh tengok laman web diorang www.publicgold.com.my

01 November 2009

Dinar Emas, Matawang Islam Masa Hadapan



Spesifikasi Dinar Emas :
  • 1 Dinar : 18mm Diameter, 4.25gram berat, 916 Ketulenan.
  • 5 Dinar : 32mm Diameter, 21.25gram berat, 916 Ketulenan.
  • 10 Dinar : 38mm Diameter, 42.5gram berat, 916 Ketulenan.
Kelebihan Dinar Emas :
  • Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia.
  • Dinar dan Dirham adalah matawang islam yang sebenar.
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
Di antara Kegunaan Dinar Emas :
  • Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
  • Boleh digunakan untuk membayar zakat.
  • Boleh digunakan sebagai mas kahwin.
  • Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderahati.
  • Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.

Dinar Emas Pertahanan Kewangan.

Dinar Emas Senjata Baru Umat Islam  
 
Sebut sahaja senjata, ramai yang membayangkan peperangan atau alat untuk mempertahankan diri. Senjata lazimnya digunakan untuk membunuh lawan atau menumpaskan mereka yang menceroboh kawasan kita. Pemilik senjata itu sudah pasti mengharapkan musuh dapat dikalahkan. Sebab itulah senjata amat penting dalam mempertahankan diri semasa peperangan. Keris, parang, pedang dan panah adalah senjata tradisional masyarakat kita.

Pada zaman Rasulullah SAW senjata yang digunakan ketika itu ialah pedang dan panah bersama kuda yang mampu dipacu laju. Dalam peperangan Uhud, tentera Rasulullah SAW telah menggunakan strategi yang begitu cermat dengan mengarahkan angkatan memanahnya menduduki gunung Uhud dan berpesan supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Baginda telah berpesan kepada tenteranya supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Sejarah telah membuktikan bahawa tentera memanah Islam telah mungkir arahan ketua, meninggalkan puncak Uhud dan kesannya menjadi sejarah dan teladan.

Dalam dunia moden kini kita dapati setiap negara berlumba-lumba untuk menyiapkan negara masing-masing dengan persenjataan terkini. Ada juga negara yang berlumba-lumba memiliki senjata nuklear atau senjata pemusnah lain. Peralatan ketenteraan semakin hari semakin canggih dan dunia ketiga pula sentiasa diajak untuk mengejar perkembangan teknologi ketenteraan terkini. Contoh yang ada membuktikan bahawa kebanyakan senjata yang dimiliki oleh sebuah negara itu akhirnya hanya efektif digunakan terhadap rakyatnya sendiri.

Dinar alternatif unggul ganti dolar

Alternatif terbaik kepada dolar Amerika dan wang kertas yang lain ialah dinar emas. Umat Islam mesti memulakan pembentukan sistem alternatif berteraskan mata wang logam ini. Banyak laporan dan analisis yang tersebar melalui internet menyatakan bahawa dinar emas mampu digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa dinar emas ini mampu menggantikan dolar Amerika. Malah ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan.

Orang kufur khasnya kaum Yahudi mula nampak akan kekuatan yang ada pada dinar emas dan umat Islam. Umat Islam kuat dari segi bilangan kerana setiap enam orang di dunia ini salah seorang adalah orang Islam. Orang kufur akan cuba memastikan supaya umat Islam tidak kembali kepada emas yang digunakan sebagai tukaran wang di kalangan umat.

Info Zakat Emas dan Perak..

Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

Ini panduan supaya kita senang nak tahu pengiraan zakat emas dan perak kita.. ok bye2.

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...