04 January 2026

Berbekam

 Selesai je urusan polis datang ambil jenazah arwah mak cik eton aku pun bergegas ke spa ar rayyan sebab temujanji kul 3.00 petang lewat sikit sampai dalam kul 330. Mujur tiada orang menunggu lepas tu. 

Aku buat bekam 5 cup sahaja. Kira custom la tu, minima 5 cup je. saja nak cuba sebab lama sangat tak buat bekam ni. Lagi pun ini adalah sunnah dan anjuran Nabi SAW.  

Abang ngah ambil full rawatan bekam muka. Sebab masalah resdung dia yang kuat, kita cubalah rawatan resdung ni dulu lihat macamana kesan dia. 

Aku punya sesi sekejap je dalam setengah jam siap. bekam kat bahagian leher 2 cup, pada bahagian bahu 3 cup. lepas bekam tu rasa lega sikit. ringanlah rasa badan. Berjalan pun rasa ringan, pasni dia suh buat lagi tiga atau 4 bulan sekali.

Abang Ngah lama sikit hampir 45 minit, banyak darah kotor keluar. kalau tengok macam ngeri pun ada. Tapi takpelah harap semunya okay sahaja.

Abang ngah Rm109

Aku Rm55.

Kos semua RM164.00

No comments:

Post a Comment

Yamaha Y15ZR

Sabtu 03 Oktober 2026 Henn Motor Y15ZR V4 Cyan Jade Rm9800 Installment Rm287 Tenure 5 Tahun Aku berurusan dah lebih seminggu.. Kalau ikut se...