31 July 2023

KEABADIAN TENAGA


Formula Fizik

Keabadian tenaga : ABADI 

" Dia Datang Kerana Sesuatu, Dia Hilang Kerana sesuatu"


Proses Rumah Lelong

Rumah Lelong

Aku nak tulis aku sendiri punya pengalaman :

Real case story.


1. Tengok listing rumah lelong mana yang berkenan

2. Dapatkan pos ( Proclamation Of Sale ) rumah tu.

3. Pergi tengok rumah dan alamat yang betul.

  - tengok rumah kosong atau berpenghuni

  - Kalau ada orang tanya samada owner atau penyewa

 - kalau penyewa kena bincang macamana nanti

  - Kalau owner baik cabut ajelah.

4. Pergi tanya bank untuk check kelayakan loan

 - Dah konfem okay baru proceed.

5. Semak Kaveat.

6. Buat carian rasmi ( RM100 ) atau carian persendirian ( RM 50 )

  - Tengok no lot hsd atau pn atau hsm sebab tempat lain2

7. Buat bank draf 10 % ikut pos tadi.

8. Hantar pada pihak yang sepatutnya ( Ejen, Nama bank lelongan )

9. Masuk bidding

10. Kalau menang dapatkan surat kemenangan ( Kontrak Lelongan ) pergi lhdn matikan stem RM10

11. Dapatkan loan di mana2 bank ( mohon banyak bank takpe )

  - Lepas sign surat permohonan tu gi cari lawyer.

12. Surat permohonan loan bank tu bawa pergi ke pejabat lawyer

13. Lawyer uruskan untuk tukar nama

14. Tunggu Valuation bank. 

  - Valuer bank call untuk inspect rumah

  - Kalau rumah kunci kena pecah masuk untuk dia ambik gambar

  - Nak pecah masuk kena buat cover report dulu kat balai polis berdekatan

15. Bayar fee valuation

  - Dah bayar mintak satu salinan

16. Update dengan lawyer perkembangan rumah tu

17. Tunggu loan disburse dalam tempoh 90-120 hari

18. Loan dah disburse gi pejabat TNB dan JBA masuk api dan air

  - Guna kontrak lelongan untuk sambung api dan air tu.

19. Masuk rumah tu cuci repair apa2 yang patut.

20. Seterusnya terpulang pada plan anda.

21. Bayar Fee Lawyer

22. Tunggu 2 atau 3 bulan untuk keluar geran atas nama kita.

23. Update dengan lawyer anda samada dah tukar nama geran kita

24. Baru boleh cari new owner

Proses Selepas Anda Menang Rumah Lelong

 PROSES SELEPAS PEMBELIAN RUMAH LELONG

Anda dapat sahaja kontrak lelongan banyak perkara anda perlu buat.Pertamanya dengan kontrak lelongan anda boleh masuk api dan air, urusan pinjaman bank dan juga urusan pindah milik ke nama anda. Pastikan anda serahkan kepada ejen anda ( Jika Pakai Ejen ) dengan segera untuk segala urusan sebab mereka nie buat kerja cepat.tak mau anda ada masalah dikemudian hari.

1-Jika anda ingin membeli rumah lelong  melalui pinjaman bank pastikan anda sediakan segala dokumen anda secepat mungkin seperti :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Kontrak Lelongan
  • Bagi pendapatan tetap :
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata akaun gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan jawatan dari majikan
    • Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP
    • Lain lain dokumen pendapatan
  • Bagi pemilik perniagaan :
    • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
    • 6 bulan penyata bank terkini
    • 3 tahun penyata kewangan
    • Borang B terkini
    • Lain-lain dokumen pendapatan
2-Pengeluaran KWSP setelah loan anda lulus sahaja boleh apply. Jika pengeluaran KWSP untuk menyelesaikan bagi baki belian penuh hanya boleh dikeluarkan setelah anda bayar dahulu duit tersebut baru boleh keluar KWSP anda.

3-Proses pindah milik nama, Gadaian dan lain-lain urusan carilah peguam dengan segera setelah loan anda lulus.Pastikan anda tak cari peguam yang hanya tangkap muat sahaja.Peguam yang berpengalaman dapat setelkan urusan rumah lelong dalam tempoh yang cepat.

4- Bayar semua tunggakan cukai pintu,tanah dan kos penyelengaraan dan simpan resit untuk diserahkan kepada peguam yang mewakili bank untuk lelongan hartanah tersebut.Nanti nak claim balik duit yang kita advance tu.(PAY FIRST AND CLAIM LATER)

5-Apabila bank sudah mendapat baki belian penuh barulah kita boleh buat apa-apa keatas unit yang kita menang tu.

Anda hanya perlu dapatkan nasihat dari org yang betul dalam bidang hartanah lelong.ia bukanlah janji manis seperti mana yang diceritakan mana-mana pihak.tapi jika anda bertemu dengan org yang betul perkara yang tak diingini boleh dielakkan.

Jika berminat untuk memiliki mana-mana unit lelong boleh layari website saya fizdelejen.weebly.com atau hubungi 0194360859 untuk info lanjut.

#AkuCopyNPasteSenangNakRujukKemudianHari
#KreditPadaOwnerBlogNifizdelejen.weebly.com

24 July 2023

FOKUS 200%

 Set Your Goal

Fokus On It 200%

1. No Distraction

2. No Procastination

3. No Obstacle

4. Just Do It

5. Discipline

6. Keep Moving

7. Moving Forward

8. Keep Growing

10 Undang -Undang Kejayaan

 10 Rules of Self-discipline that Only Successful People Know.


1. Don't wait for the right time to get started.


2. Do what you don't want to do to eliminate procrastination and mental l@ziness.

 

3. Hold yourself accountable and find others to also do so.


4. Visualise the outcome.


5. Identify your weaknesses and face them head on.


6. Become time savvy and incredibly organised.


7. Set goals for every step of the way.


8. Incorporate rewards for hitting certain milestones.


9. Eliminate temptation and distractions. 


10. Trust in yourself.

#DrFredFreemanOkpala

15 July 2023

Cara kira kos elektrik Aircond 1HP

 Cara pengiraan Air Cond 1 Hp


Formula ini boleh digunakan untuk menganggar kos bagi penggunaan ‘AIR COND’ mengikut kuasa kuda atau Kuasa dalam Watt.

Contoh :
Sebuah bilik tidur disejukkan menggunakan ‘Air Cond’ selama 8 jam sehari. Pada label Air Cond yang digunakan mencatatkan : 240v/746 Watt.
Kirakan berapa jumlah kos eletrik bagi penggunaan ‘Air Cond’ tersebut jika digunakan selama (30 hari ) bagi tempoh yang sama?
Diberi kos bagi satu unit eletrik (1 KWj) ialah RM 0.218

Langkah 1: Tentukan jumlah tenaga yang digunakan dalam KWj bagi satu jam.
        Tenaga digunakan per Jam = 746watt x 1jam /1000 = 0.746 kWj.
Langkah 2: Pengiraan kos tenaga.
        Kos tenaga per jam = 0.746 kWj x 0.218 = RM 0.16
        Ini bermakna penggunaan sejam ‘Air Cond’ untuk  unit 1HP = RM 0.16
Langkah 3: Pengiraan jumlah kos bagi sebulan ( 30 hari ).
        Kos tenaga bagi satu bulan = RM 0.16 X 30 = RM 4.80

Jadi kos penggunaan ‘Air Cond’ dibilik tersebut  dalam sebulan  :
RM 4.80 x 8jam = RM 38.40 untuk 1hp Air Cond.. 

p/s : Penjimatan dapat dibuat dengan mengurangkan tempoh penggunaan dan ‘air cond’ hendaklah di servis bagi mengekalkan kadar standard watt. Jika terlalu berhabuk, ‘air cond’ akan menjadi berat dan kadar bill menjadi tingg

Kredit Pada Blog : http://nuraibahijrah.blogspot.com/

11 July 2023

Kawal 5 Perkara Ini

 Ingin sejahtera..

Control This 5 Five M:

1. Mouth

2. Mind

3. Mood

4. Manner

5. Money

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...