Penulis : Nazri Hamdan
Muka surat : 154
Terbitan : Galeri Ilmu
Tarikh Beli : 01 Januari 2026
Tamat Bacaan : 30 Januari 2026
Rating: 9/10
Overview :
1. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami untuk kategori kita yang bukan dari bidang perakaunan dan latar belakang ekonomi.
2. Wang tidak wujud.
-Ini adalah dalam konteks matawang sekarang yang senang dimanipulasi. Bukan nilai sebenar, kerana ditentukan oleh bank dan kerajaan sesebuah negara. Nilai yang tidak menentu diletakkan pada sekeping kertas yang bercetak.
3. Kejatuhan sistem wang emas dan kemunculan sistem wang fiat.
-Ini melibatkan sejarah terjadinya sistem matawang moden yang ada pada harini. Kena baca dan hadamkan semula.
4. Bagaimana kadar faedah ( Riba ) boleh wujud.
- ini ditentukan oleh kerajaan dan institusi perbankan sesebuah negara. Kerajaan dan bank bersama memainkan peranan untuk menstabilkan nilai matawang sehingga diyakini oleh rakyat dan juga pelabur luar.
5. Manipulasi matawang.
6. Risiko wang fiat.
7. Wang alternatif dan cabarannya.
Boleh beli dan baca. Pada aku memang sesuai untuk menambahkan lagi pemahaman kita berkaitan ekonomi.
-
No comments:
Post a Comment