25 February 2024

Tajuk Buku: Senjata Tajam Melawan Jin Dan Syaitan

Alhamdulillah 
Baru sahaja tamat bacaan buku karangan 
Sheikh Wahid Abdul Salam Bali..
Beli 02 Feb 2024
Tamat 25 Feb 2024
Ms 215
Pustaka Al Ehsan
Secara jujur pada aku..
Buku ini mengajak pembaca agar sentiasa membentengi diri daripada kejahatan jin dan syaitan..
Juga kepada pengamal perubatan agar sentiasa berwaspada pada tipudaya jin dan syaitan..
Sesungguhnya jin dan syaitan terlalu banyak tipu daya dan selalu memgganggu manusia..
Masyarakat moden harini juga tidak lepas dari gangguan kekacauan fikiran dari makhluk ini..
Mereka mengganggu akal fikiran dan membuatkan mental manusia akhir2 ini berada dalam keadaan sangat pelik..
Penulis juga mengajar kaedah rawatan yang sebenar mengikut syarak..
Kesimpulannya, buku ini sangat bermanfaat bagi tujuan rujukan membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan..

03 February 2024

Buku Teroka Sains 3

Alhamdulillah
Syukur kepada Allah swt dan Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Baru sahaja selesai menghabiskan bacaan buku teroka sains 3..
Buku ni dah lama beli september 2023
Penulis Wan Fahmi PHD dan Isterinya Nur Annies PHD.
Ms 151
Buku ni berkenaan anatomi tubuh manusia..
Sangat bagus untuk rujukan kita sebagai manusia. Kena tahu fungsi dan organ tubuh badan manusia.. Banyak menda yg kita nampak simple aje tapi sangat menakjubkan bila dihurai dari sudut sains..
 Begitulah hebatnya penciptaan Allah swt terhadap manusia.. Menda yang kompleks tapi Allah swt huraikan kepada manusia ni dengan sangat mudah. Meski budak2 pun dapat memahami fungsi tubuh kita seharian.
Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur.. Ameen..
Next..
More To Go...

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...