31 July 2023

Proses Selepas Anda Menang Rumah Lelong

 PROSES SELEPAS PEMBELIAN RUMAH LELONG

Anda dapat sahaja kontrak lelongan banyak perkara anda perlu buat.Pertamanya dengan kontrak lelongan anda boleh masuk api dan air, urusan pinjaman bank dan juga urusan pindah milik ke nama anda. Pastikan anda serahkan kepada ejen anda ( Jika Pakai Ejen ) dengan segera untuk segala urusan sebab mereka nie buat kerja cepat.tak mau anda ada masalah dikemudian hari.

1-Jika anda ingin membeli rumah lelong  melalui pinjaman bank pastikan anda sediakan segala dokumen anda secepat mungkin seperti :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Kontrak Lelongan
  • Bagi pendapatan tetap :
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata akaun gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan jawatan dari majikan
    • Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP
    • Lain lain dokumen pendapatan
  • Bagi pemilik perniagaan :
    • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
    • 6 bulan penyata bank terkini
    • 3 tahun penyata kewangan
    • Borang B terkini
    • Lain-lain dokumen pendapatan
2-Pengeluaran KWSP setelah loan anda lulus sahaja boleh apply. Jika pengeluaran KWSP untuk menyelesaikan bagi baki belian penuh hanya boleh dikeluarkan setelah anda bayar dahulu duit tersebut baru boleh keluar KWSP anda.

3-Proses pindah milik nama, Gadaian dan lain-lain urusan carilah peguam dengan segera setelah loan anda lulus.Pastikan anda tak cari peguam yang hanya tangkap muat sahaja.Peguam yang berpengalaman dapat setelkan urusan rumah lelong dalam tempoh yang cepat.

4- Bayar semua tunggakan cukai pintu,tanah dan kos penyelengaraan dan simpan resit untuk diserahkan kepada peguam yang mewakili bank untuk lelongan hartanah tersebut.Nanti nak claim balik duit yang kita advance tu.(PAY FIRST AND CLAIM LATER)

5-Apabila bank sudah mendapat baki belian penuh barulah kita boleh buat apa-apa keatas unit yang kita menang tu.

Anda hanya perlu dapatkan nasihat dari org yang betul dalam bidang hartanah lelong.ia bukanlah janji manis seperti mana yang diceritakan mana-mana pihak.tapi jika anda bertemu dengan org yang betul perkara yang tak diingini boleh dielakkan.

Jika berminat untuk memiliki mana-mana unit lelong boleh layari website saya fizdelejen.weebly.com atau hubungi 0194360859 untuk info lanjut.

#AkuCopyNPasteSenangNakRujukKemudianHari
#KreditPadaOwnerBlogNifizdelejen.weebly.com

No comments:

Post a Comment

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...