Rumah Lelong
Aku nak tulis aku sendiri punya pengalaman :
Real case story.
#4 Buah Rumah Lelong.. Tak banyak tapi pernah lah...
Tips Pertama mesti sediakan dulu duit deposit 10% daripada harga rumah.
Duit untuk lawyer RM10-15K
Duit Valuation Rm1K
Estimate untuk Renovation RM10-20K
1. Tengok listing rumah lelong mana yang berkenan { Lelong tips }
- Check dulu harga market value berbaloi atau tidak..
- Boleh check di mudah, market place FB, Brickz.my
2. Dapatkan pos ( Proclamation Of Sale ) rumah tu.
3. Pergi tengok rumah dan alamat yang betul.
- tengok rumah kosong atau berpenghuni
- Kalau ada orang tanya samada owner atau penyewa..
- kalau penyewa kena bincang macamana nanti..
- Kalau ada owner yang tinggal baik cabut ajelah.
4. Pergi tanya bank untuk check kelayakan loan
- Dah konfem okay baru proceed.
5. Cari Lawyer dulu untuk nak uruskan nanti proses rumah lelong tu.
- Kalau boleh yang dah ada pengalaman
- Tempoh nak dapatkan loan hanya 90 hari sahaja.
6. Semak Kaveat. { Penting Sangat, untuk elak burn 10 % deposit }
- Boleh tengok pada carian rasmi atau carian persendirian.
7. Buat carian rasmi ( RM100 ) atau carian persendirian ( RM 50 )
- Tengok no lot hsd atau pn atau hsm sebab tempat lain2
8. Buat bank draf 10 % ikut pos tadi.
- Kalau dia suruh isi nama bank, tengok bank apa yang sepatutnya.
- Biasanya bank pelelong.
9. Hantar terus bank draf tu pada pihak yang sepatutnya ( Ejen, Nama bank lelongan/ Mahkamah )
- sebelum tarikh lelongan.
10. Masuk bidding
- Dalam talian.
- Kena daftar dulu.
11. Kalau menang dapatkan surat kemenangan ( Kontrak Lelongan ) pergi lhdn matikan stem RM10
- Kalau kalah pergi ambil semula bank draf tu..
- Tunaikan semula..
12. Dapatkan loan di mana2 bank ( mohon banyak bank takpe )
- Lepas sign surat permohonan tu gi cari lawyer.
- Bawak loan agreement tu serah pada lawyer..
13. Surat permohonan loan bank tu bawa pergi ke pejabat lawyer
14. Lawyer akan uruskan untuk tukar nama..
15. Tunggu Valuation bank.
- Valuer bank call untuk inspect rumah
- Kalau rumah kunci kena pecah masuk untuk dia ambik gambar
- Nak pecah masuk kena buat cover report dulu kat balai polis berdekatan
16. Bayar fee valuation
- Dah bayar mintak satu salinan
- Kos biasanya bawah 1K.
17. Update dengan lawyer perkembangan rumah tu.
- Ini penting supaya tak lebih daripada tempoh 90 hari tu..
18. Tunggu loan disburse dalam tempoh 90-120 hari
19. Loan dah disburse gi pejabat TNB dan JBA masuk api dan air
- Guna kontrak lelongan untuk sambung api dan air tu.
20. Masuk rumah tu cuci repair apa2 yang patut.
21. Seterusnya terpulang pada plan anda.
22. Bayar Fee Lawyer
23. Tunggu 2 atau 3 bulan untuk keluar geran atas nama kita.
24. Update dengan lawyer anda samada dah tukar nama geran kita
25. Baru boleh cari new owner
No comments:
Post a Comment