Akhirnya sudah jumpa serius buyer rumah maulana.
Walaupun rugi teruk aku dengan investment kali ini.
Semalam 11.08.2026
dah siap sign snp untuk rumah ni.
Buyer duduk kat putrajaya.
Tapi dia beli sebab nak balik kampung.
Nak pencen lagi 3 tahun.
Beli siap siap katanya.
Dah pencen nanti terus balik kampung.
Rumah ni jual guna ejen.
Dia ambik standard komisyen 3.28
Banyak jugak tu.
Tapi biarlah rezeki dia.
Aku malas nak berkira sangat.
Asalkan terjual sahaja.
Banyak sangat vibe negatif.
Dari start awal beli..
Sampai nak bolehkan jual.
Ada je menda yang mengganggu.
Jadi cukuplah..
Nak tenang-tenang saja kali ini..
Cashflow pun negatif hampir 40%
Installment pun tinggi
Tak tercover oleh sewa..
Biarlah kita buat baru..
Cari yang mur mur sahaja.
Senang nak liquid nanti.
Semoga dipermudahkan urusan kali ini.
No comments:
Post a Comment