21 October 2026

Tinted Vorra Film

Harini aku cuti rehat..
Sebab nak selesaikan beberapa perkara .
Pertama buka akaun cimb wife aku..

Pastu gi klinik ima
Wife aku nak buat rawatan akar..
Mahal rupanya buat rawatan akar ni..
Kos dia sahaja mencecah Rm1700..
Jika termasuk semua nasihat caj lain total Rm2000.

Kalau seribu lebih tu aku dah agak..
Tapi ni dah naik 2K 
Rasa macam mahal pulak..
Mujur ada kredit kad..
Swipe ajelah dulu..

Mungkin kena riki² jugak klinik lain..
Tengoklah macamana..

Dah setel urusan gigi..
Terus ke Vorra film kat jalan Ahmad..
Sampai situ dalam kul 430..

Tanya tokey nak buat tinted 
Nano ceramic..
Aku dapat baucar dari carro Rm400..
Tapi mesti buat di Vorra film nilah..

Taukey bagi 4 jenis tinted .
Harga bermula Rm900 hingga Rm3200

Dah tentu aku ambil yang paling murah..
Iaitu rm900
Disebabkan ada baucar Rm400
Aku hanya topup Rm500

Malas nak fikir panjang..
Lagipun kereta ni memang takde tinted langsung..
Original kilang..

Aku on jelah..
Pas serah kereta...
Aku ambil grab pergi Ecm..
Kos ke ecm dal Rm5 untuk kereta standard..
4 orang satu kereta .

Di Ecm memang kelaparan..
dari pagi tadi je makan..
Kat TCRS ni takde menda lainlah .
Makan nasi ayam..

Tengah makan tu..
Dalam kul 615 tokey vorra call bagitau kereta dah siap..
Rasa macam baru je makan..
Sebab pergi solat asar dulu..
Jalan kaki pulak..
Jauh juga tu..

Cepat cepat aku habiskan makan..
Terus ambil grab ke kedai balik ke vorra..

Dekat nak sampai kedai tu..
Nampak dari jauh dah wow..

Hitam berkilat..
Okaylah puashati .
Bayar lagi Rm500

Terus balik rumah..
Dari pagi kul 930
Sampai ke malam kul 730 baru sampai rumah..

Yang penting setel semua kerja.
Alhamdulillah..
Selesai hari ini..
Semoga dipermudahkan..
Ameen

18 October 2026

Batik Pahang 1st

Tempah kat lobinson depan padang belia..
Kain dah diberi percuma..
Kerajaan Negeri pahang bagi..

Buat awal tak kalut .
Katanya nak pakai masa hari anugerah nanti..

Deposit Rm50
Dah siap ambil hari khamis lepas
15 hb okt..

Total Rm90

Dia kata kalau nak tempah seluar slack pun boleh..
Rm150



17 October 2026

Kursus Umrah Percuma

17 Oktober
Sabtu
Kursus Umrah Percuma
Atas bakeri tepi DIY
In Saff Travel
9.30-12.30 tengahari

Elok juga ikut umrah macam ni..
Jelas penerangannya..
Quote dari ustaz:

" Jika Allah yang jemput yang tak mampu akan dimampukanNya, Yang tak dijemput walau kaya dan sihat macamanapun tak akan sampai padaNya"

Lebih kurang begitilah kata² ustaz Faridudin.

InsyAllah..

Semoga dipermudahkan urusan umrah kali ini..


VELOZ 1.5

Jumaat
16 Okt 2026
Carro Kuantan
Veloz 1.5
RM83K
Termasuk Insurans
Autolife
Allianz
Installment Rm1036
Zero Downpayment

Tenure 9 Tahun
Mileage 32809Km
Year Manufactured
24 June 2024
First Lady Owner
Scrut Rm140
Semua okay


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt
Yang Maha Berkuasa..
Dalam macam macam hal.
Keno towing sampai 4.kali..
Akhirnya aku ambil keputusan..
Ambil kereta baru..

Second baru..
Buat due diligence dulu..
Bayar scrut..
Research mana yang patut .
Nampaknya carro lah yang menang..

Ikutkan kereta ni listing dia di penang .
Tapi kita boleh request nak test drive dulu..
Dia akan mintak booking 1% dari harga..

Pas seminggu kereta ni akan sampai..
Dah sampai dia call suh datang test drive..
Pastu masuk loan..
Maybank, PBank, Ambank Cimb..
Yang senang buat urusan adalah cimb bank..
Urusannya dalam 2 minggu je..

Sign aggreement hari khamis..
Hari jumaat dah boleh ambil kereta..

Ikutkan hati aku..
Malas dah nak hutang bank ni..
Tapi disebabkan banyak sangat hal ni..
Takpelah aku follow je dia punya flow dulu..

Nanti dah setel sikit sikit..
Pandailah aku cari jalan 
Untuk langsaikan hutang ni..
InsyaAllah..
Semuanya dengan izin dari Allah swt..
Alhamdulillah..

Semoga dipermudahkan urusan aku..
Ameen YRA

14 October 2026

Umrah Lagi

Harini sambung lagi kisah umrah aku..
Pagi ni kena pdpr sebab jerebu yang kuat..

Semua sekolah sekitar kuantan, pekan dan rompin cuti..


Disebabkan tak boleh nak keluar awal.. 

Aku ambil keputusan keluar selepas zohor..

Kali ni sebab nak bayar duit umrah travel..

Aku guna in saaf travel and tour..


Tawakkal ajelah..
Kali ni guna Ar rahnu agrobank

Topup mana yang kurang..

Bank muamalat ada lelongan emas..

Jadi sibuk tak boleh buat urusan..


Kos umrah seorang

Rm7570

Tolak Rm100 ( Diskaun) = Rm7470

Tolak Rm450 ( Dah ada visa ) = Rm7020

Tolak Rm50 ( Deposit Awal dulu )= Rm6970

Jadinya jumlah seorang  = Rm6970

Darablah 6 orang = Rm41,820


Bilik berempat

Tarikhnya bulan disember..

Musim sejuk..


Mulai sekarang aku dah kena bersedia..

Mental dan fizikal.

Minggu depan ada kursus umrah..


Last umrah 2014

Guna Tiram travel

Sekali dengan rosdi kak dah kak Lah..

Kali ni sekali dengan kak teh, abng teh. sedan, fadli..


Harap semuanya selamat..

Mudah mudahan dipermudahkan urusan kami semuanya kali ini.

Ameen





05 October 2026

Yamaha Y15ZR

Sabtu
03 Oktober 2026
Henn Motor
Y15ZR V4
Cyan Jade
Rm9800
Installment Rm287
Tenure 5 Tahun

Aku berurusan dah lebih seminggu..
Kalau ikut sebenarnya
Nak ambil LC 135 V8
Tapi bila tengok Y15 ni..
Rasa macam rugi pulak 
Sebab harga beza rm200 je..
Warna pulak cantik..

Balik tengok perbandingan kat youtube
CC lagi besar
Warna tahun 2026
Harga beza sikit
Sport rim kena dengan jiwa..
Y15  rim 5 batang straight
Lc 135 rim 5 batang ada bengkok sikit ( tak minat )..
Pakai clutch
Lagi sedap..

Selepas semua tu..
Aku buat keputusan ambik Y15 jelah..

Sabtu baru ni
Elly call suh datang ambil..
Dapatlah free gift 
Baju hujan, helmet dan disc lock..

Alu beli helmet keith satu
Rm138..
Semoga membantu urusan harian aku..

Masalah Kereta Alza

Lepas Beberapa kali siri towing..
Akhirnya aku hantar ke Perodua Sevis centre..
Kalau sini pun xleh jalan..
Aku kira ambil kereta lain jelah...

Kali ni kena towing dari rumah..
Hantar ke perodua servis centre..
Teras sari..

Hantar hari isnin petang..
Selasa petang diorang call .
Katanya dah siap..

Haish
Aku cuak jugak..
Dah berapa hari tersadai kedai syam auto..
Tiba- tiba sehari je dah siap..

Kebetulan aku ada seberang jalan je 
Masa dia call suruh ambil..
Terus ambil lah .

Tanyalah SC tu apa masalahnya .
Katanya bateri dah kong .
Macam tak percaya jugak..
Sebabnya kena masa tengah bawak kereta masa tu..

Bila dia explain barulah aku faham..
Memang boleh macam tu..
Boleh jadi jugak..
Puncanya adalah bateri..

Dia tukar bateri sekali dengan kepala pemegang bateri tu..

Dah seminggu pakai ni..
Alhamdulillah .
Boleh dah guna..
Walaupun kadang tu risau jugak..
Harap semuanya okaylah..

Tapi aku ingat nak check alternator jugak..
Sebab mileage dah lebih 300K..

Semoga  semuanya okay..





04 October 2026

Amalan Untuk Sihat

RUTIN PAGI & 10 KUNCI KEKUATAN IMUN"

Pagi ini saya bangun jam 5.00 pagi.
Sunyi. Sejuk.
Saya duduk sejenak.
Syukur—kerana masih diberi nafas, peluang, dan masa.
Sebelum tubuh sibuk dengan urusan dunia, saya beri ruang untuk tubuh ini bersedia.
.

Saya minum segelas air kosong.
Lalu capai satu sudu Minyak Zaitun OLIVIE 30 PLUS.
Telan sebiji Tocotrienol Softgel, dan sebiji Minyak Ikan Omega-3 NV.
.
.
Bukan trend. Bukan gaya. Tapi ikhtiar.
.
.
Badan kita bukan mesin. Tapi anugerah yang ada tarikh luput.
Dan imun badan—itulah perisai pertama dalam diam.
.
.

Hari ini saya nak kongsi 10 kunci untuk kuatkan imun tubuh yang mungkin ringkas tapi bermakna:
.
.

1. Buang gula, bukan buang masa. Gula bukan kawan. Tak kira putih, perang, organik, stevia yang menyamar pun.
Kalau kita serius nak sihat, gula perlu direhat.

2. Roti dan tepung gandum tu tak suci. Ia bukan punca kenyang sebenar.
Tapi punca senyap segala keradangan.
Tukar perlahan-lahan, bukan paksa. Suku nasi pun satu permulaan.

3. Rehatkan perut. Beri peluang tubuh pulih. Puasa bukan trend, ia reset semulajadi.Buat IF (Intermittent Fasting) 12-16 jam bantu tubuh ‘repair’, bukan hanya kurus.

4. Beri tubuh makanan, bukan beban. Protein dan lemak sihat – minyak zaitun, telur, ayam, ikan – itulah bahan binaan.
Gula dan karbo hanya tenaga segera yang cepat ghaib.

5. Vitamin E – jangan tunggu sakit baru cari. Ambil setiap hari bila perlu. Ia adalah antioksida yang terbaik untuk jaga organ hati dan kulit.

6. Omega-3 – makanan untuk otak dan imun.Minyak ikan berkualiti, tinggi EPA & DHA, bantu lawan keradangan.
Pilih yang betul, bukan sekadar berlabel “omega” tapi kosong isi.

7. Usus sihat = imun sihat.
Probiotik bukan trend Korea, tapi sistem pertahanan.
Greek yogurt tanpa gula, serbuk probiotik tanpa karbo, semua bantu. Tapi tinggalkan Yakult dan Vitagen – gula dalam botol kecil.

8. Makan makanan sebenar.
Sayur, buah, protein asli. Bukan fast food, bukan jajan.
Bukan ikut trend TikTok, tapi ikut fitrah.

9. Cari matahari. Vitamin D tak perlu dijual. 30 minit pagi atau petang cukup. Jangan malu jemur diri. Itu rahsia daya tahan sebenar.

10. Air kosong. Ya, air kosong.
Tak glamor, tapi menyelamatkan. Air manis bukan kawan, walau dalam gelas bergaya.Kalau air itu lebih manis dari senyuman orang tersayang – hati-hati. Ia mungkin racun perlahan.

Sahabat sekalian, imun tubuh bukan dibina dengan angan-angan. Tapi dengan tindakan.
.
.
Hari ini, kita ada pilihan.
Nak terus terperangkap dalam gaya hidup yang melemahkan,
Atau mula membina pertahanan tubuh dari sekarang.

Saya dah mulakan. Bukan sempurna. Tapi istiqamah.
Moga Allah beri kita kekuatan untuk jaga amanah tubuh ini.
.
.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'afiyat

---

Tinted Vorra Film

Harini aku cuti rehat.. Sebab nak selesaikan beberapa perkara . Pertama buka akaun cimb wife aku.. Pastu gi klinik ima Wife aku nak buat raw...