17 April 2026

7 Step Dave Ramsey

Tips Nak Sihat Dan Kurus

Tips nak Kurus senang aje...

1. Jaga waktu makan anda..
Jgn lebih 6jam..
Maksudnya makanan pertama masuk mulut hingga makanan terakhir masuk mulut beza dlm 6jam aje..
SUSAH KE SENANG...

2. Makan lebih Protien..
Sebenarnya kena Kurangkan carbohidrat...
Jadi kalau nak kurangkan carbohidrat lebihkan protien...
Protien mmg mahal tp nak buat mcm mana?
Cuba ambik ayam Penyet Tp 2 ketul.. Mmg cas dabel

3. Tambah telur dlm pemakanan anda...
Kalau ada 3 biji Telur Nescaya Nasi x boleh habis...
Kalau x percaya kan... Cuba nasi + Lauk protien + 2biji telur... Mesti anda rasa kenyang & ada bende x Kena..
(sebenarnya telur padat dgn Nutrisi serta mengenyangkan.. Lemak sihat tu beri signal leptin yg buat anda rasa kenyang lebih lama..

4. Kenyang dgn Protien...
Semua org lepas makan rasa kenyang. 
Tp kalau kenyang nasi cpt lapar balik.. Kalau kenyang dgn Protien.. Nak snacking pon x jadi...

5. Hentikan snacking...
Snak x kenyang tp kadang kadang kita menyunyah sebab bosan.. Tp sebenarnya badan x cukup mineral mineral tertentu.. Kita x perasan & kita rasa kita nak kunyah sesuatu.. Cuba cari multivitamin selepas makan.. Ia sangat membantu mulut anda berdisiplin...

4. Minum green tea..
Amalkan minum green tea.. Green tea mmg ada EPiGalokatecinGalei =Egcg tp pada saya ia membilas lidah anda supaya x craving... Minum la pikul 10am gitu.. Sangat mmebantu kawal selera makan anda pada waktu tertentu..

Jgn minum kopi..
Kopi menggemukkan... Hahaha..
Saja cari gaduh dgn geng Kopi..

Sekian dr saya coach Afif Danial ..
Nak tips lg tak? 
#coachafif
#lazyketorian
#TipsKurus

16 April 2026

Pertandingan Khat Zon Bandar

16 April 2026
Khamis
Sk Terentang

Harini pertandingan mqnss peringkat zon bandar .
Aku kena jadi ketua hakim bahagian khat..
Ustaz Nik jadi ketua jemaah hakim..

Sebelum ni jadi hakim biasa aje..
Bawah ustaz fareed..

Tapi sebab ustaz fareed jaga zon peramu..
terpaksalah aku handle..

Bawak budak dua orang..
Yang perempuan no5/8
yang lelaki no 6/7

Takpelah aku pun tak sempat nak latih sangat..
Tunggu tahun depanlah pulak..

Cukuplah sebagai pengalaman je tahun ni..
Sebagai ketua hakim khat..

15 April 2026

Puasa 6 syawal

 Alhamdulillah 

Harini last day...

Selesai sudah puasa 6..

Selamat Hari raya Syawal..


Harga Emas Hari ini

 saja nak update harga emas hari ini..

15 April 2026

Closed Market

RM610.50 Segram

14 April 2026

Berjaya Ambil Semula Emas.

Semalam aku pergi semula ke bank .
nak tuntut balik emas yang akubpajak..

Selepas 3 kali pergi ke bank muamalat baru aku berjaya dapatlan semula emas yang aku gadai 15 April tahun lepas...

Setahun bank pegang emas aku..
Sepanjang setahun ni kenaikan emas sekitar rm200 segram .

Semalam aku tanya banker tu harga dia rm621/gram

Masa aku pajak harga dia Rm465 segram..

Kalau ikutkan memang lagi untung pajak emas dari buat personal loan..

bila emas naik harga kira ada margin pada upah simpan yang boleh ditolak dan untungkan kita .

Yang ni bank tak cerita..
base pada pengalaman kita sendirilah...

Jadi kalau ada saving memang kena simpan pada emas .

Lama lama kita akan faham jugak game emas ni..
InsyaAllah..

Till then 
Happy Saving..

Jom Selawat

12 April 2026

Tebus Emas Ar Rahnu PL

Khamis 9 April
Aku ke bank muamalat..
masukkan duit ke dalam ATM .

Kalau ikutkan 15 April ni baru cukup setahun..

Dah siap masuk jumlah yang sama dengan loan Ar Rahnu .
Tambahan upah simpan..
Aku pun ke kaunter..
Bagitau nak tebus..

Pastu dia tanya nak bayar tunai ke..
aku bagitau dah bayar kat mesin..
Pastu dia kata sepatutnya kalau untuk full settlement kena bayar kat kaunter..

Jika bayar di kaunter kena ambil esoknya..
Pulak dah .
Esoknya jumaat tu aku pun pergi semula ..
Kali ni dia kata kena tunggu akaun closed lagipun sebab aku bayar lebih..
Dia kena refund semula .

Jadinya aku tak boleh ambil lagi emas tu .
Kena tunggu isnin pulak lah..

masa aku pajak pada bulan april 2025 harga segram Rm425. 
Harini harga untuk bulan april 2026 rm621. Kenaikan hampir dalam rm200 untuk tempoh setahun..

Memang berbaloi jika nak simpan emas ni. Lebih lagi waktu perang tengah berkecamuk ni...


11 April 2026

Mencari Strike di PLKN

Harap ada lah rezeki disini..
Petang ni air pasang...
Try tukar spot lain..


Hadiah SPM Kakak

Semalam meraikan kejayaan SPM kakak..
Pas ambik yang di asrama..
Terus ke KCM..

Singgah makan kat TCRS..
Lepak sekejap..
Order Nasi Ayam dan 3 Layer tea..
Memang faveret air dia ni..

Masa duduk tu..
bawak keluar terus hadiah dia...
Suka sangat kakak dapat hadiah tu..
Sebagai penghargaan kepada usaha dia .
Siang malam pagi petang belajar..
Sabtu Ahad ..
Sibuk pulun SPM..

Akhirnya dapatlah result yang membanggakan...

Kejayaan ini sangat penting untuk motivasi beliau dan adik² kat bawah tu...
Semoga terus sukses dalam kehidupan .
Honor Pad X9a Lte
256GB
RM1199
Tempered Glass
Rm30


Memancing

Harini kali kedua start memancing..
Kali pertama dua minggu lepas..
dapatlah kerapu mesium seekor..

Dah lama tak turun..
Keluar rumah kul 7 pagi..
Air pun tengah low tide..
Surut sangat..
Tapi sebab memang nak turun jugak..
Terima jelah keputusannya..

Jadi apapun cabarannya..
Kita bersyukur sahaja .
Hasil Harini..

Tarakkk...
Hehehe...

Takpelah..
Itulah nasib sebenarnya..

Kadangkala rezeki menyebelahi kita..
Kadangkala tidak..

Asalkan dapat menikmati keindahan alam..
release fikiran sikit² pun jadilah..

Mungkin akan datang adalah rezeki tu..

08 April 2026

Puasa 6 Syawal

Baru je start puasa 6 di bulan Syawal..
Semalam baru dapat 2 hari..
Harini terpaksa Off dulu sebab ada sambutan hari raya..

Kalau ikut nak teruskan je..
Sebab lambat mula lambat habis..

Semoga berjaya meneruskan puasa 6 ni dengan cemerlang .

05 April 2026

Botol Air MONTIGO

Ni botol air baru..
Dekat 1 liter..
Beli kat JPO..
RM70
Lepas diskaun la tu..
Ganti Tupperware lama...
Harap tahan lama...

04 April 2026

Lawat Kebun Sawit

Semalam balik kampung jap..
Masa raya hari tu balik jumpa ipar duai..
Tak sempat nak rilek rilek .

Kali ni balik kampung adalm keadaan tak de orang .
Tinggal pak dan mak mertua aje..
Saja nak jenguk nenguk sekejap .
Tengok apa keperluan diorang .

Dah alang alang balik kalini .
Pergilah tengok kebun..
Kalau dulu aku yang urus sendiri..
Kali ni mintak tolong pak joko uruskan..

Lagipun dia rajin tolong yang pak mertua sekali..
Yang cu radhi pun dia uruskan..

Setakat dia uruskan ni..
Aku takde nak komplain .
Aku pun puashati je tengok hasil kerja dia ..
Ladang pun bersih..

Hasil pun makin bertambah..
Alhamdulillah..
Bolehlah membantu mana ya g patut..

02 April 2026

Joging Lepas Raya

01/4/2026
Rabu

Kali pertama joging lepas raya..
Macam biasa di tempat kesukaan aku..
UMPSA
Kawasan tenang .
Pusing tasik bulatan..
Di samping suasana petang yang mendamaikan..
1.5Km sekali pusing..

Semalam dapat dua pusingan..
Kali pertama jalan laju..
Dengan wife..
Kali kedua Sorang sorang...
Bolehlah laju sikit..
Kadang lari kadang jalan..

Dapatlah peluh lebih sikit..
Pusingan kedua tu baru betul berpeluh..
Stamina pun rasa makin okay..

Hanya bila kita push sikit..
Kita akan dapatlah kepuasan bersenam tu..
Bila kita push ni..
Tenaga akan jadi lebih sikit keluar..
Untuk cool down kita perlu lama sikitlah .

Aku rasa larian macam ni
lebih sesuai dengan gaya aku..
Yang dulunya memang agak aktif bersukan..

Till Then .
Happy bersukan..

Berhati Hati Sentiasa

Begitulah Juga Pesan Ustaz Kazim..
Berhati hati dengan orang yang pernah menyakiti hati kita..

Tips Kejayaan

Wallahi, Tahajjud every night. Salat dhuha, every morning. Al waqiah everyday. Istighfar and Salawat 100x daily will change your life.

Sumber FB

01 April 2026

Result SPM Kakak

Semalam
31 Mac 2026
Selasa

Keluar result SPM kakak..
Pagi lagi aku dah jumpa bonda minta izin keluar sekejap..
Nak gi ambil result kakak
di smataf..

Kul 10 keluar .
On the way
kakak call .
tanya dah tengok ke result .
aku jawab belum..
sambil dia sedang menangis .

Aku saspen jap .
Ni mesti tak okey..
dalam hati dah kata .
Menangis sekarang tiada makna .
macam aku pernah cakap sebelum ni..

Dia buat video call .
Pastu tunjuk result dia pada screen desktop..
Aku tengok..
Pelik..
Semua A ..
Aik biar betul..
Dia pusing screen telefon .
Tunjuk nama dan result .

Ya Allah..
Terkejut aku .
terkesima sekejap .
ya ke ni .
Straight A .
Pehh..
Memang tak sangka..

Alhamdulillah berbaloi atas semua usaha selama ini .
Masuk MC Plus..
Tuisyen setiap malam .
Sabtu Ahad kelas..
Belajar dengan teacher Anis .
Belajar dengan Arinah..
Usaha dia bangun malam..
Aku hold handphone dari trial sampailah ke spm sebenar..
Akhirnya..
Tuntas semuanya 9A .

Petangnya ke maahad SAS Jengka..
ambil anugerah bersama duit..
lambat sampai dapat duit aje..
sijil dan hadiah kemudian..

Dalam perjalanan bertalu talu ucapan dan pertanyaan....
Yang bertanya result kakak..
Termasuk kak de dan Abang Ngah..
Masing masing terkejut dan tak percaya..
Tak sangka .
Kakak tapau semua..
Lisa, mak cu.. semua bertanya ..

Balik tu singgah kuantan .
Gi claim Coffee Bean percuma .
2 Gelas..
Celebrate kakak..
Malam baru sampai rumah..

Alhamdulillah
Masya Allah
La Haula wala Quwwata Illa Billah..

Semoga ianya menjadi permulaan yang baik dan asbab kepada kejayaan dalam kehidupan dia .
Ameen Ya Rabbal Alameen .
Depan Smataf
Result SPM
Maahad SAS Jengka




7 Step Dave Ramsey