Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
20 September 2026
Healing
17 September 2026
Tukar Absorber, Lower Arm
Alza Breakdown
16 September 2026
Filem Tarung Unforgiven
Watak utama ialah Hatta (Mierul Aiman), seorang bekas juara silat. Ketika masih aktif bertanding, berlaku satu tragedi apabila tindakannya dalam gelanggang menyebabkan lawan dia idris meninggal dunia secara tidak sengaja. Peristiwa itu menghantui Hatta dan membuatkan dia meninggalkan dunia pertarungan.
Hidup Hatta berubah apabila kakaknya jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang mahal. Hatta yang sudah meninggalkan dunia keganasan terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang.
Di sinilah dia ditawarkan peluang oleh Paduka Badrul (Zul Ariffin). Tawaran tersebut bukan pekerjaan biasa — Hatta perlu kembali bertarung dalam gelanggang haram dunia bawah tanah sebagai pertukaran bantuan kewangan untuk rawatan kakaknya.
Pada mulanya, Hatta hanya mahu mendapatkan wang dan menyelamatkan kakaknya. Tetapi masalah menjadi jauh lebih rumit apabila dia mengetahui bahawa orang yang bakal menjadi lawannya ialah Isa (Aedy Ashraf), sahabat lamanya. Juga merupakan adik kepada isa yang terbunuh dalam pertarungan dengan hatta.
Isa pula bukan sekadar lawan biasa. Hubungan mereka mempunyai sejarah dan dendam dari masa lalu. Jadi apabila kedua-duanya bertemu semula di gelanggang, pertarungan itu bukan hanya soal siapa lebih kuat — ia menjadi pertembungan antara persahabatan, rasa bersalah, dendam dan keinginan untuk menebus kesilapan masa lalu.
Konflik utama
Hatta sebenarnya tersepit antara dua perkara:
- ❤️ Menyelamatkan kakaknya
- 🥊 Kembali kepada dunia pertarungan yang pernah menghancurkan hidupnya
- 😔 Berdepan dengan trauma akibat kematian lawan dahulu iaitu idris abang kepada isa
- ⚔️ Menghadapi Isa, orang yang mempunyai sejarah dengannya
- 💰 Berurusan dengan dunia bawah tanah yang dikawal oleh orang berkuasa.
Sebab itu tagline filem ini “kau cuma ayam sabung” mempunyai maksud yang lebih luas — Hatta bukan sekadar seorang fighter; dia menjadi alat kepada pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.
Ringkasnya: Hatta masuk gelanggang haram kerana mahu menyelamatkan kakaknya, tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan masa lalu dan sahabat yang telah menjadi musuhnya.
Akhirnya hatta berjaya mengalahkan isa. Memang layan cerita fight ni.
So.. boleh layan sendiri.
Kos buat filem ni dalam Rm5 juta
Keuntungan sebelum tolak semua kos dalam Rm20 juta lebih..
13 September 2026
NETFLIX
12 September 2026
Royal Pahang Polo Club
Kursus Asas Memanah
Air Compressor
10 September 2026
Kassim Baba
09 September 2026
Rutin Inspirasi KHM
04 September 2026
Labtop Asus
03 September 2026
Khamis
Mass IT
Harga RM3609
Lepas rebat RM2899
Tolak 9A SPM
Total Semua: RM2809.00
Sumber Kewangan Kad Kredit.
Labtop Asus
Vivobook Go
15 Inci
Silver
16Gb Ram
512 GB SSD
DDR5
Untuk Kegunaan Kakak belajar
Memang susah kalau tiada labtop untuk buat assignment
Harapkan phone dan tblet tak lepas.
Mujur jugak dapat duit sumbangan banyak.
Lepaslah bahagian dia sambung belajar.
Dah setel pos aje ke kakak.03 September 2026
Bank Draf
Harini ke mahkamah tinggi
Collect bank draf
Unit Called off
Tak tanya apa pun terus ambil kat kaunter
Kena tunaikan semula kat bank yang kita buat hritu
Jangan lupa saalinn resit warna biru
Pastikan kena bawa sekali..
Dah
Next pulak..
Bid Rumah lelong
01 September 2026
Aku masuk bid sebiji rumah lelong
Malam tu kat nilai aku buka laman web dia..
Dah siap semua preparation..
Bila buka aku tengok cancelled
Tengok lagi refund pulak..
Aduss
Unit ni called off rupanya
Suruh collect bank draf pulak
Esok paginya
Aku buka lagi nak confirmkan semula..
Memang tiada rezekilah tu..
Mungkin ada hikmahnya..
Takpelah next..
Cameron Highlands Ke Nilai N9
Cameron Highlands
29 - 31 Ogos 2026
Sabtu - Isnin
Night Market
Baru ni aku dan 3 family lagi ke Cameron..
Kali ni saja nak jalan ramai - ramai.
Stay kat depan pasar malam CH
Hala pergi ikut lancang, bukit damar mempaga, raub, sg koyan..
Semuanya lancar sahaja
Jalan pun cantik..
Lurus je..
Keluar kat raub.
Naik dengan sikin.
Dia tumpang aku sebab kak teh dah gi awal sehari..
Makan pagi kat RNR temerloh
Terus tak berhenti..
Singgah kat sg koyan je untuk berlunjur kaki jap..
Petang tu sampai je terus singgah kat Cameron Valley..
Kat Cameron Valley minum teh dan makan scone je..
Sambil healing tengok ladang teh yang luas mata memandang .
Pastu.
Terus ke night market sebab dah petang sampai.
Malam tu makan steambot kat yanz steamboat
Depan rumah je..
Esok paginya ke Taman Sedia ramai manusia..
Sarapan kat situ .
Nak keluar dari taman sedia noh kena jammed..
2 jam melekat..
padahal dekat tak sampai 5km pun..
Terpaksa balik rumah dulu rehat..
ingatkan pastu nak ke sg palas..
Tapi jammed teruk hala ke brinchang..
Ambil keputusan lepak kat de centerum jelah..
Balik dari brinchang terus turun ke tanah Rata, jalan jalan pusing kat padang .
Dah alang alang trrus turun sikit lagi pekena teh kat Cameron Valley sekali lagi.
Malam tu aktiviti ke pasar malam jelah..
Balik layan netflix ramai ramai cerita blast tamil..
Layan jugak cerita ni..
5 Star rating..
Esok pagi ke tanah rata sarapan terus checkout lah .
cari barang sikit..
Kali ni balik ikut jalan KL..
Turun ikut tapah ke KL
Sebab nak ke nilai hantar kakak
Jalan ni berliku liku..
Taubat tak nak lalu dah rasanya..
Nak muntah..
Pening kepala macam ular kena palu..
Berhenti kat RNR jejantas sg buloh.
Solat dan makan makan..
31-1 September
Nilai N9
Sampai kat nilai dah lewat jam 7.00 petang
Locker kakak pulak tak bawa kunci..
Puas pula mikir..
Akhirnya dapat jugak kawan dia buka.
Esoknya keluar dari homestay kul 12..
Makan kat restoran dapur arang nilai
Sedap jugak banyak pilihan..
Dah kenyang terus waze ke nilai 3
cari langsir..
lalu ikut bahau
Singgah kat muadzam makan malam..
Sampai rumah dalam kul 10 malam.
01 September 2026
Healing
Cuti hari minggu . Lepak sorang sorang ni Kadang kadang perlu juga... Hanya kita dan alam.. Kebetulan ramai pulak orang datang memancing.. ...
-
Lepas ni kena tukar stereng bush plak.. Bulan depan lah kot .
-
Apa yang payah dalam hidup seharian kita... Bangun awal.. Nak bangun awal kena tidur awal.. Buat apa bangun awal... Inilah sebab...