11 August 2026

Nak mudah bangun pagi

1️⃣ Subuh dahulu, dunia kemudian
Sebelum kejar dunia, kejar Allah dulu. Solat Subuh, lebih-lebih lagi berjemaah. Ia merupakan kunci pertama semangat sepanjang hari. Rasulullah ﷺ doakan keberkatan untuk umatnya yang bangun awal 🌙. Bangunlah sebelum subuh.
2️⃣ Zikir & Al-Ma'thurat
Luangkan 10 minit selepas Subuh untuk zikir pagi. Hati yang berzikir, tak mudah gelisah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
3️⃣ Titik DU 20 (Baihui). Ini "Suis Kesedaran" badan kita
Dalam TCM, titik ini terletak di puncak kepala, tengah-tengah antara dua telinga. Urut lembut 1-2 minit boleh bantu tingkatkan kesedaran, fokus, dan tenaga Yang badan 🧠

4️⃣ Air suam + Madu dan minyak zaitun.
Sebaik bangun, minum air suam untuk "kejutkan" sistem pencernaan (ikut jam meridian Usus Besar, 5-7 pagi). Tambah sesudu Madu dan minyak zaitun sumber tenaga semula jadi, bukan gula proses. Amal lemak sihat sebelum kita jamah sarapan berat. InsyaAllah badan jadi sihat dan kuat.
5️⃣ Sinar matahari pagi
5 minit je pun cukup. Bantu "reset" jam badan, naikkan mood secara semula jadi.
6️⃣ Elak telefon dahulu. 
Jangan biar mata pertama sekali nampak skrin. Biar hati tenang dahulu sebelum "diserang" berita dan media sosial. Minda mudah down jika otak serap energy negatif dan emosi buruk orang lain.
7️⃣ Rasa syukur
Tulis atau sebut 3 perkara yang disyukuri. Simple, tapi kesannya sangat besar untuk semangat sepanjang hari. Ia nampak kecil. Tapi kesannya sangat besar. Cubalah..

sumber:
#FbUstazahBadariah



No comments:

Post a Comment

Kenapa Rezeki Blocked

#FBIslamicLecture