17 June 2026

Musang King

Lepas dah siap ambil kereta tu..
Tokey dia jual pulak durian musang king dari raub .
Jual pulak depan kedai dia .

Rm18.00 sekilo..
Aku ambillah sebijik..
Rm34 sebijik sekilo lebih..

Kebetulan abang ngah ada lagi..
Buka terus bagi dia merasa .
Memang sedap..

Biji dia halus..
Isi tebal..
Jauh beza durian kampung biasa ni..

Sebelum ni makan durian Tg medang..
Rm50 sebakul..
ada 6 biji .
Bolehlah tapi kecil je..
Macam durian salong je rasanya..

Kali ni memang musim durian betul..
Puas makan rasanya..

Aircond Kereta Alza Lagi

Harini pergi ke Kautsar Aircond..
Suruh dia check kenapa tak sejuk..

Rasanya baru lagi buat aircond ni...
Tahun ni saja dah kali ke tiga..

Yang kali ini sebab langgar tayar lori..
Keluar dari RnR Temerloh...
Dengan jalan gelapnya..
Terus langgar .
ingatkan apa..

Terus aircond jadi tak sejuk..
dari rnr tu sampailah ke exit gambang..
bawak sambil buka tingkap..

Dekat petronas baru berani nak check..
Dengan skirting depan pun hilang..

Kuat jugak langgarnya tu .

Kautsar tu kata kena tukar condenser baru..
rm320 sebijik..

Siap semua Rm490.00
Boleh tahan sokmo harganya .

Takpelah asalkan aku boleh bawak dengan selamat..

16 June 2026

Kakak Ke USIM

15 Jun 2026
Isnin
Daftar masuk ke Usim..
Dewan Canselor..

Pergi ke nilai 
Sabtu
13 Jun 
3 H 2 M

Sebelum pergi tu..
check dulu bunyi brek kete..
kuat sangat..
Hantar kat azan tyre .

Rupanya rotor brake dah bergarut..
Tiap kali brake memang akan bunyi .
Tukarlah sebab nak jalan jauh..
Rm320
Pad brake sekali
Rm130
Total Rm450.00
Biarlah habis sikit..
Asalkan tak runsing nak jalan jauh .

Pastu balik kampung jap..
Ada durian jatuh banyak katanya .
Sempatlah balik merasa durian baru gugur..
Pastu baru gerak..
Dalam kul 12.30

Lalu ikut muadzam, keratong, bahau, pelangai, kuala pilah.

Saja nak melepak..
Healing cuti .
Bawak semua yang asrama tu..
Datang awal..

Hari pertama petang tu..
Terus lawat usim .
Serta kawasan sekitarnya .
Lepak kat mess mall..

Ahad tu barulah jauh sikit..
Pergi terminal 1 KLIA,
Pergi mitsui..
AEON..
Mesa Mall..

Sebelum tu masuk dalam usim .
survey tempat..

Ronda bandar nilai..
Besar jugak nilai ni..
Sebelah je dengan sepang..
Dekat la ngan KLIA 

Lepak kat AEON sampai malam..

Esoknya lepas siap daftar..
Hantar barang kat asrama..
Setelkan urusan kad maybank dia..
Petang jugak baru siap semua urusan tu..
Legalah semuanya selesai...
Balik tu lalu ikut gombak..
Highway LEKAS
Kajang..
Sejam jugak dari nilai je gombak..

Tapi jalan jamm kat genting sempah..
orang balik hantar anak .
Pastu singgah kat rnr temerloh..
Keluar je dari rnr..
Terlanggar tayar lori..
Punyalah besar..
Tercabut skirting depan alza .
Bocor paip aircond..

Dari temerloh sampai rumah..
kena buka tingkap .
akhirnya sampai kat rumah dalam kul 10 malam .
Alhamdulillah..
yang penting selamat pergi dan balik..

Walau bagaimana pun .
Tahniah Kakak..
Berjaya masuk Ke IPTA..
USIM..
Semoga terus cemerlang..


14 June 2026

Akie Tukar Sekolah

11 Jun
Khamis
The chief rest house..
Majlis pertukaran akie ke sekolah baru..

Dah seminggu dia pindah..
Tinggallah aku dan nazri geng lelaki yang lama..

Aku dah lama dengan dia ni..
Hampir 9 tahun..
Macamacam kenangan suka duka tempat kerja..
Dia ni jenis kuat kerja jugak..
Macam macam menda buat sekali..

Akhirnya tiap yang bertemu pasti akan berpisah..
Semoga terus sukses akie di tempat baru..


08 June 2026

Belajar Sejarah Rusia

 Negara stan



14 Peraturan Untuk Berjaya

14 Peraturan untuk Kejayaan
1. Hadir setiap hari. Konsistensi mengatasi bakat.
2. Lakukan perkara yang sukar terlebih dahulu. Disiplin membina momentum.
3. Fokus pada satu matlamat pada satu masa. Apabila fokus diberikan, hasil akan menyusul.
4. Belajar daripada kegagalan dengan cepat. Jangan ulangi kesilapan yang sama dua kali.
5. Lindungi masa anda. Jika ia tidak penting, jangan habiskan masa untuknya.
6. Kelilingi diri dengan orang yang lebih baik. Lingkungan anda menentukan standard anda. Pilih dengan bijak.
7. Ambil tanggungjawab atas segala perkara. Alasan hanya menghalang kemajuan.
8. Tingkatkan diri 1% setiap hari. Kemajuan kecil akan terkumpul menjadi besar.
9. Bersabar tetapi bertindak segera. 
10. Seimbangkan visi jangka panjang dengan tindakan harian.
11. Selesaikan apa yang anda mulakan. Pelaksanaan membezakan mereka yang berjaya.
12. Nilai dan tapis apa yang anda masukkan ke dalam kehidupan harian anda dengan tegas.
13. Jauhkan diri daripada orang yang sangat toksik tanpa perlu meminta maaf.
14. Kuasai seni fokus yang mutlak dan tidak mudah terganggu.
Kejayaan bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Mulakan dengan melaksanakan satu tugas yang sukar setiap hari. ✨
Versi ringkas yang lebih sedap dibaca:
Hadir. Berdisiplin. Fokus. Belajar daripada kegagalan. Hargai masa. Pilih lingkungan yang baik. Bertanggungjawab. Perbaiki diri sedikit demi sedikit. Bersabar dan bertindak. Habiskan apa yang dimulakan. Jaga pengaruh harian. Jauhi toksik. Kekalkan fokus. Ulang setiap hari. Itulah cara kejayaan dibina. 💪🏻🌱

07 June 2026

Wang Besar

Jika anda tib tiba mendapat wang besar. 
Anda kena ingat
 pesanan ini:
Sumber
FB
AziziAli

Rumah Maulana

Alhamdulillah..
selepas beberapa sesi rundingan..
Aku, agen dan buyer ..
Pada awalnya .
memang susah nak capai kata putus .

Aku nak harga tinggilah .
tapi dia bersikeras jugak nak harga dia..
Aku letak Rm365K
dia nak murah lagi..

Bincang fikir renung..
Ambil kira sudut positif negatif..
Akhirnya..
Aku bersetujulah..

Buyer pun dah bayar booking..
Semoga dipermudahkan urusan kali ini..

Rumah ni kalau ikutkan..
memang agak rugi..
Sebab objektif utamanya..
Rumah pelaburan..

tapinya..
setakat ni dari 2015
sampai sekarang 2026..
boleh kata duk sara dia sahaja sepanjang beli.....
Bleedingnya dekat rm700 sebulan..
Kena topup..

Memang rumah ni permintaan sewa tinggi..
Sentiasa ada je penyewa..
Tapi tak boleh cover installmentnya yang lagi tinggi ..

Jadi disebabkan matematiknya negatif..
Terima sahajalah..
Memang jual ni tiada untung pun..
beli dulu Rm330K
Harini orang mintak Rm335K

Beza 5K sahaja..
selepas 10 tahun ..

Belum kira kerosakan lagi..
Anai Anai ..
Upah jcb buang pokok kelapa..
Sewa tong roro berbulan..
Wayering..
Cukai pintu..
Cukai tanah..
Renovation sebelum ni hampir 50K..
Tukar pagar batu..
Pasang mozek 4 bilik (dulu simen)..
Renovate 2 tandas..
Tukar table top dapur..
Mengecat seluruh interior rumah..
Mengecat semua grill..
Tukar lampu..
Tukar kipas..

Memang memenatkan..
Itulah market sekarang..
Nak demand lebih pun susah..

Semua orang nak murah .
Kita sebagai owner terpaksalah akur..
kalau rumah ni nak duduk takpelah .

Kita belajar sebagai pengalaman hidup..
Semoga next plan tak jadilah macam ni..
Semoga ada hikmahnya .





Briskwalk 1.0

Harini keluar sekejap..
ambil mood pagi..

Semalam dah makan banyak..
2 pinggan nasi..
Makan malam pulak tu..
Budak ni tinggal macam tu je .
Dari membazir..

Pastu mulalah rasa kenyang sangat..
tidur pun perut kenyang lagi..

Tak patut macam tu..
Pagi ni kita ambil mood..
Cergaskan diri..

Yang penting bergerak .
Supaya tak kembung sangat perut..
Dapat 2 Km pun okaylah tu..

Tak payah jauh sangat..
Dekat belakang Mc D je..
Senang nak balik..

Alih Aircond Ruang Tamu

Semalam
06 Jun 2026
Sabtu

Mintak tolong azrul datang rumah..
Cabut aircond dari tapak asal..
Sebab air dia kerap menitik..
Lambat servis..

Bawahnya pulak ada Tv..
Dulu dah kena sekali..

Habis jahanam sebijik tv 50 inci TCL.
ni pulak sebelum jadi lagi..
Kita suh dia tukar tempat..

Mula nak letak jauh sikit..
tapi dia kata tambah cooper..
mahal sikit lah .

Bincang bincang..
Letak sebelah je dari tapak asal .

lama jugak dia buat .
Siap servis sekali..

Cabut unit indoor dan outdoor..
Basuh dan cuci..
Sembur chemical sekali .

Mula dari kul 11 pagi..
Sampailah siap kul 4 petang..

Aku kira puas hati jugaklah 
tengok cara dia kerja..
Walaupun finishing agak bersepah sikit..
Takpelah tu..

Total dia cas..
Rm450
Aircond 2.5Hp

Semoga tahan lama lah kali ini..



02 June 2026

Nazif Kahwin

30 mei 2026
Sabtu
Kg manir
Kuala Terengganu..
Nazif & Norsuhaida

Kahwin dah abg long..
Happy je nampak..

Aku datang jumaat tu..
Sehari sebelum..
lalu ikut jalan pantai..
Solat jumaat di kpg geliga..

makan siang di kg kelulut..
Solat asar di Masjid Rusila.
Jalan jem gila dekat jejantas baru buat tu..
area dungun..

merata pusing ikut jalan dalam..
kul 8 malam baru sampai homestay..

Malam tu bungkus je makanan..
tak sempat nak keluar kepenatan..

Ahad pagi makan nasi dagang atas tol..
beratur kat setengah jam..
tapi berbaloilah..
musim cuti sekolah orang ramai betul.
eloknya kena datang pas subuh..
orang dah start beratur..

balik tu singgah pasar payang dulu .
ramai jugak orang..
dekat 1 km aku menapak..

tapi kalu nak cari baju kelawar, baju batik, sampin berbaloi je datang..
walaupun ramai orang..

sampai kuantan kul 8 malam..
Singgah chicoh pulop..
pekena nan cheese kambing .
Sampai rumah dalam kul 11 malam..


Izzah Dapat Baby

29 Mei 2026
Jumaat
8.30am
Hospital Pekan
Anak lelaki

Alhamdulillah
boleh anak dah izzah..
lepas 3 tahun kahwin..
Cucu pertama kak mah..

Seminggu pas izzah kahwin..
iman pula kahwin..
iman ni anak 2 dah..
Dulu punya ceritalah ni .

Keduanya akulah yang baca doa..
Semoga bahagia semuanya..

Kenapa Bersenam Itu Sangat Penting

Anda Fikirlah Sendiri

6 Undang Undang Disiplin