25 August 2026

Radiator Axia

 20 Ogos 2026

Khamis


Teck Heng Radiator

Padang lalang


Lupa nak simpan sini.


Lepas balik dari PTG minggu lepas

Aku terus ke padang lalang

Saja nak tengok coolant radiator axia ni


Mujur waktu tu tak ramai orang

Ada 3 orang pekerja dia

Budak roro gayanya

Sebab duk sedap makan sirih masa tu.


Dia buka tengok ada leaking kat getah penyambung.

Dia suh tukar sebab dah pecah 

aku okay je.


Pastu dia tanya nak angkat buka radiator ke

aku bagitu tak payahlah.

Jadi dia guna mesin tembak air je


Dia flush semua coolant lama

Tembak guna air 

masuk yng baru 

guna 3 liter coolant

Havoline warna hijau

Tak payah campur air

Boleh tahan 3 tahun.


Lama jugak aku menunggu dekat sejam..

Takpelah asalkan aku yakin dengan hasil dia.

Nampak macam pro lah dia buat kerja.

Setel semua kena charge

RM140.00


Tukar tiub getah penyambung

Minyak coolaant 3 liter

upah sekali.

Oakylah 

Semoga terus cemerlang.



Maulidur Rasul

 25 Ogos 2026

Selasa

Harini Cuti Umum 




Salam Maulidur Rasul

24 August 2026

Quote Hari Ini

  ' Apa Yang Dia Buat Kepada Kita
Itu Antara Dia Dengan Allah Swt
Apa Yang Kita Respond Terhadap Dia
Itu Antara Kita Dengan Allah Swt `

23 August 2026

Kem Sehari Fahami AlQuran

Cepat nya masa berlalu baru lagi
rasanya program dengan CSR Agrotech ni.

Sabtu 22 Ogos 
Kem dengan pihak Agrotech ni..

Dari 730 pagi sampai jam 330
Jenuh menunggu..
Sabtu plak tu
Layan jelah..

Memang acara tahunan
Tahun lepas bulan Oktober
Tahun ni diawalkan sedikit .

Mujur ada token sikit .
Bolehlah wat minum air..

Kalau dapat up sikit lagi okay .
Maklumlah OT tu..
Depa pun untung juta juta
Takat nak up sikit takdak hal lah..


MP3

Baru ni 17 ogos 
abangah mintak nak beli mp3
Katanya bosan.

Beli kat shopee Rm43 je
Cari kat kedai luar memang tak jumpa.
22 hb sampai
Aku cuba test tak boleh guna

Rupanya kena ada micro sd card.
Aku pun belilah
untuk memori nak isi data..

Beli kat tepi tunas manja bandar.
Ingatkan murah je
Bawah 50 ke..

Noh
32Gb Rm95.00
64GB Rm190.00
Mahalnya

Tapi dah nak cepat
tak boleh nak tunggu dah.
Beli jelah dulu
yang 32Gb

Balik umah terus try pasang..
Rupanya tak boleh dengar macam tu je..
Kena ada ear phone pulak.

Nasib aku ada standby 
ugreen earbud
Bolehlah guna untuk test.

Rupanya layan jugak mp3 ni
macam walkman lah dulu²

Letak semua lagu kat dalam tu.
600 lebih..
Dengar sebelum tidur layan jugak.

Tadi hantar kat abangah 
senyum meleret dah tu..

Harap dia happy
Semoga tak kena rampas sudahlah..

Nak kena beli jugak tuk sendiri nih .
Ermmm...





20 August 2026

Carian Persendirian PTG Kuantan

Harini bergegas ke PTG Kuantan
lama dah tak datang sini
Hampir 3 Tahun

Harini nak buat carian persendirian
Sebab No Hakmilik dia bermula dengan pakakan negeri..
PN

Kalau pajakan mukim
PM boleh ke pejabat daerah je.
Silap sokmo tempat.
 
Tujuan nak tengok kaveat ada ke tidak..
Kena cas Rm50
Takpelah sebab penting sangat menda ni.
Macam rumah inderapura..
Nasib baik je dah expired rumah tu..

Apapun dah setel..
Next step .
Bank draf pulak..
Jommm..

Deko bilik RBT

Puas nak fikir bagi cantik ruang ni.
kita tanya pendapat chtgpt..
Ternyata hasilnya memuaskan.
kafe pula
Harap ada jalan nak merealitikan menda ni.

19 August 2026

Sambung Upah simpan

 Hari ini aku ke bank muamalat

Sambung tempoh ar rahnu

Tarik 6 bulan lagi..


Mula masuk dulu bulan 3..

Dah cukup haul dia 6 bulan..


Plan nak tebus terus bulan 8 atau 9 ni..

Tapi tengoklah dulu macamana..


Macamana pun kena bayar dulu untuk sambung tempoh kontrak dia..

Kalau tak bayar dia akan lelong dalam tempoh 7 hari dari tarikh akhir..


Jadi kalau nak ke Ar Rahnu pastikan betul betul ada rancangan

Kalau tidak lebih baik jangan.

Jangan ikut orang..


Macamanapun semoga dimudahkan urusan aku ini.



18 August 2026

UBAH SEKARANG

KKM DAH BOLEH RAMAL BILA KAU KENA POTONG KAKI. 
Bukan ramalan bomoh. Ini Data KKM. 
Ini 3 ramalan KKM tuk kau.

KKM cakap: 
.
Kalau gula kau 10.0 selama 5 tahun, saraf rosak tahun ke-6. 
Kalau BP 150 + gula 9.0, buah pinggang bocor tahun ke-4. 
KKM tak nak takutkan. KKM nak kau elak. 
Nak tahu ramalan KKM untuk kau?

RAMALAN KKM #1: GULA PUASA 
Data NHMS 2023 KKM: 3.6 juta rakyat Malaysia ada kencing manis. 
KKM ramal: Tahun 2030 jadi 7 juta kalau tak kawal. 
KKM punya formula: 
.
Gula 5.6 - 6.9 = Pra-Diabetes. 
KKM ramal 5-10 tahun lagi jadi diabetes kalau biar. 
.
Gula 7.0 ke atas = Diabetes. 
KKM ramal 10 tahun lagi mata kabur, kaki kebas. 
Lelaki 34 tahun, gula 8.2. Tak makan ubat.  Tahun ke-7, doktor sahkan saraf kaki 60% rosak. 
Gula kau berapa? Dah masuk ramalan ke belum?

RAMALAN KKM #2: DARAH TINGGI 
KKM cakap: 70% pesakit kencing manis ada darah tinggi sekali. 
KKM punya ramalan: 
BP 130/80 = Masih selamat. 
BP 140/90 + kencing manis = KKM ramal 4 tahun lagi dialisis kalau tak kawal. 
Pesakit diabetes + HTN, risiko strok naik 2x ganda. Ramai kena umur 40an. Bukan 60. 
KKM bagitahu: Orang fit pun kena. Sebab gula dah rosakkan salur darah. 
BP kau berapa? Dah lari dari ramalan KKM?

RAMALAN KKM #3: KOLESTEROL JAHAT LDL 
KKM tetapkan: 
Pesakit kencing manis LDL kena bawah 2.6. Lagi ketat dari orang biasa. 
Kenapa? KKM explain: Gula buat LDL lagi jahat. Senang lekat. Boleh gantikan gula dengan ini : https://s.shopee.com.my/19dDuiypo
KKM punya ramalan: 
LDL 3.4 + gula 8.0 = KKM ramal 3-5 tahun lagi serangan jantung. 
.
65% kematian pesakit diabetes sebab jantung, bukan gula. Minta doktor check LDL. Jangan total kolesterol je. 
Kau tahu LDL kau? Ke ramalan KKM dah jalan senyap-senyap?

JALAN 1 KKM: PERGI KLINIK KESIHATAN 
KKM suruh buat: Saringan diabetes. Puasa 8 jam. Ambil darah. 
.
KKM bagi free: Gula puasa + HBA1C + BP + kolesterol. 
Target KKM CPG 2020: 
Gula puasa < 5.6 = Selamat. 
5.6 - 6.9 = Pra-diabetes. KKM cakap zon amaran. 
7.0 ke atas = Diabetes. KKM sahkan.

JALAN 2 KKM: KAWAL SENDIRI KAT RUMAH 
KKM tak larang. KKM galakkan untuk pantau. Apa KKM suruh pantau: 

1. Gula puasa pagi: Target KKM < 5.6 
2. BP: Target KKM < 130/80 untuk diabetes 
.
KKM warning: Kalau gula 7.0 ke atas, saraf kaki start rosak. 
.
KKM sebut 50% komplikasi jadi sebab lambat kesan. Check rumah lagi bagus dari tak check langsung. 
Contoh alat yang doc suggest guna https://s.shopee.com.my/W5tohkvWU Cucuk jari, dapat bacaan gula + kolesterol.

JALAN 3 KKM: BUAT LIPID PROFILE DEKAT FARMASI ATAU LAB 
Sasaran KKM untuk pesakit diabetes: LDL bawah 2.6.  Lagi ketat dari orang biasa. 
KKM bagi pergi farmasi besar atau lab. 
RM30-RM50. Tak payah puasa lama. 15 minit siap. 
.
KKM cakap ni paling cepat tahu risiko jantung. 
KKM suruh: Kalau ada kencing manis, buat LDL 6 bulan sekali.

RAMALAN KKM KALAU KAU BUAT BODOH 
Tahun 1-3: Gula 8-10. Tak rasa apa. KKM cakap ni fasa "bulan madu". 
.
Tahun 4-6: Kaki mula kebas. Mata kabur malam. KKM cakap saraf dah 30% rosak. 
Tahun 7-10: Air kencing berbuih. KKM cakap buah pinggang bocor. 
.
Tahun 10+: Buta, dialisis, potong kaki. Data KKM. 
KKM tanya: Kau kat tahun ke berapa sekarang?

KKM DAH RAMAL. KAU NAK UBAH KE TAK? 
KKM tanya kau 3 soalan: 
.
1. Nak tengok anak kahwin ke nak anak tolak kerusi roda? 
.
2. Nak kerja sampai 60 ke nak pencen sebab buta? 
.
3. Nak mati tua ke mati muda? 
Ramalan KKM tak salah. Yang salah kalau kau tak ubah.

✨abamfaiz1✨

17 August 2026

Hafazan Muip

17 Ogos 2026

Harini ada ujian hafazan muip
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Ramai jugak orang tahun ni.

Sorang ambil 20 Jzk
Sorang ambil 10 Jzk

Al quran ni agak susah kalau tak ulang hari hari..
Tapi boleh je sebenarnya..
Kena usaha kuat sikitlah..

Kak de baru nak rasa pengalaman pertama.
Harap boleh buat.
Patut ambil 5 tapi nak cuba 10 Jzk..

Semoga dipermudahkan semuanya.

16 August 2026

Aircond Alza Lagi

 Aku dah banyak kali hantar kereta ni repair aircond tak selesai jugak..

dari haantar kat ikm hantar kat rohani kautsar sama jugak.

2 bulan lepas hantar kat rohani aircond.

Katanya tambah gas 

Lepas tu buat apa entahlah 

Kena cas rm500


Semalam aku gi kuantan

Aircond takde rasa nak pengsan

Pas ambil budak ni balik asrama

Terus singgah kat padang lalang

sean keat car aircond


Kita test kedai ni pulak

Harap harap okaylah

Kena cas Rm820


D


15 August 2026

Healing Jap

Lama dah tak berehat sini..
Sambil melepak bawak tikar bagai

Ramai pulak orang harini,
Agaknya sebab hari cuti

Ramai datang bawak keluarga
Bawak anak main air

Menikmati angin pantai
Deruan ombak yang mendamaikan

Teriakan anak kecil kegembiraan
sambil dilayan oleh mak ayah

Ada yang makan makan
Ramai jugak yang bermain pasir pantai

Cuma kali ni
aku datang lewat sikit

Dah ramai orang
Siap solat asar baru keluar..

Lepas ni kena awal sikitlah..

Okaylah dulu 
Cepat pulak masa berlalu..
Balik dulu nak maghrib dah.

12 August 2026

Rumah Maulana Sudah Dipinang

Alhamdulillah 
Akhirnya sudah jumpa serius buyer rumah maulana.
Walaupun rugi teruk aku dengan investment kali ini.

Semalam 11.08.2026
dah siap sign snp untuk rumah ni.

Buyer duduk kat putrajaya.
Tapi dia beli sebab nak balik kampung.
Nak pencen lagi 3 tahun.

Beli siap siap katanya.
Dah pencen nanti terus balik kampung.

Rumah ni jual guna ejen.
Dia ambik standard komisyen 3.28

Banyak jugak tu.
Tapi biarlah rezeki dia.

Aku malas nak berkira sangat.
Asalkan terjual sahaja.

Banyak sangat vibe negatif.
Dari start awal beli..
Sampai nak bolehkan jual.
Ada je menda yang mengganggu.

Jadi cukuplah..
Nak tenang-tenang saja kali ini..

Cashflow pun negatif hampir 40%
Installment pun tinggi 
Tak tercover oleh sewa..

Biarlah kita buat baru..
Cari yang mur mur sahaja.
Senang nak liquid nanti.

Semoga dipermudahkan urusan kali ini.


BMI Ideal Aku

BMI
Body Mass Index 

Memandangkan aku tengah berusaha jaga pemakanan.
Jadinya aku kenalah ada spesifik target.

Buat masa sekarang aku dah berjaya turunkan berat sebanyak 3kg dalam tempoh 2 minggu 

Setelah ditanya chatgpt maka aku dah jumpa target spesifik untuk bmi aku.

Harini bmi 24.48
Kategorinya dah maksimum normal bmi.
Juga dikira nak ke pra obes.

Next target adalah 21-22 Bmi
Lebih jelas 65-68Kg

Normal Bmi 18.5-24.9

Semoga dipermudahkan usaha murni ini..
Ameen Yra.


11 August 2026

Hukuman Paling Win

Dah pening kepala memikirkan apa nak dibuat pada murid yang nakal :
1. Kencing kat tepi surau
2. Panjat tandas
3. Bermain sampai patah tangan kawan
4. Mengejek mak bapak kawan sampai bergaduh/bertumbuk
5. Kencing kat bilik wuduk.

Ini contoh hukuman yang win

Nak mudah bangun pagi

1️⃣ Subuh dahulu, dunia kemudian
Sebelum kejar dunia, kejar Allah dulu. Solat Subuh, lebih-lebih lagi berjemaah. Ia merupakan kunci pertama semangat sepanjang hari. Rasulullah ﷺ doakan keberkatan untuk umatnya yang bangun awal 🌙. Bangunlah sebelum subuh.
2️⃣ Zikir & Al-Ma'thurat
Luangkan 10 minit selepas Subuh untuk zikir pagi. Hati yang berzikir, tak mudah gelisah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
3️⃣ Titik DU 20 (Baihui). Ini "Suis Kesedaran" badan kita
Dalam TCM, titik ini terletak di puncak kepala, tengah-tengah antara dua telinga. Urut lembut 1-2 minit boleh bantu tingkatkan kesedaran, fokus, dan tenaga Yang badan 🧠

4️⃣ Air suam + Madu dan minyak zaitun.
Sebaik bangun, minum air suam untuk "kejutkan" sistem pencernaan (ikut jam meridian Usus Besar, 5-7 pagi). Tambah sesudu Madu dan minyak zaitun sumber tenaga semula jadi, bukan gula proses. Amal lemak sihat sebelum kita jamah sarapan berat. InsyaAllah badan jadi sihat dan kuat.
5️⃣ Sinar matahari pagi
5 minit je pun cukup. Bantu "reset" jam badan, naikkan mood secara semula jadi.
6️⃣ Elak telefon dahulu. 
Jangan biar mata pertama sekali nampak skrin. Biar hati tenang dahulu sebelum "diserang" berita dan media sosial. Minda mudah down jika otak serap energy negatif dan emosi buruk orang lain.
7️⃣ Rasa syukur
Tulis atau sebut 3 perkara yang disyukuri. Simple, tapi kesannya sangat besar untuk semangat sepanjang hari. Ia nampak kecil. Tapi kesannya sangat besar. Cubalah..

sumber:
#FbUstazahBadariah



10 August 2026

Servis Alza

Sabtu
08.08.2026
Kedai Tepi Felcra

Cepat betul rasanya servis 
Baru 3 bulan dah kena servis baru.
Kali ni banyak berjalan 
Km pun dah sampi 350K

Guna minyak castrol
20W-40

Tapi minyak ni kasar sebenarnya
Patut pakai 10W-30

Takpelah pakai je dulu.
Tukat Filter oil sekali

Total Rm133.00


Nasihat Hari ini

Apa yang nak di kejarkan sangat dengan dunia ini 
Walau hebat macamana sekalipun kita ini.
Akhirat jugalah matlamat hidup kita.

Dunia semntara akhirat selama lamanya.

06 August 2026

Johan Kadet Bomba

Alhamdulillah
Tahniah Kat Abangah atas pencapaian ini.
Johan Kadet Bomba Daerah Kuantan.
Mssp.

Daripada tak nak masuk
Diajak oleh amsyar masuk
Ditinggalkan amsyar sebab dia ke bola baling..
Pergi sorang sorang..

Nak berhenti
Dah give up..
Takde kawan..

Akhirnya johan..

Wah..
Inilah takdirnya..
Memang perit pada awalnya .
Tapi manis di akhirnya..

Selamat maju jaya..
Moga ada rezeki di kebangsaan nanti.

03 August 2026

10 Perkara Kena Diam

Kalau nak kehidupan kita aman, tak perlu semua perkara nak cerita. Banyak menda tuhan bagi kat kita je. Jadi, syukur dan diam sahaja.

Radiator Axia

 20 Ogos 2026 Khamis Teck Heng Radiator Padang lalang Lupa nak simpan sini. Lepas balik dari PTG minggu lepas Aku terus ke padang lalang Saj...