28 May 2026

Gamuda Luge Fun Park

Cuti Penggal Kedua
Percutian kali ni..

Gamuda Luge -Rawang
Midhills- Genting Highland
23-25 Mei 2026
Sabtu-Isnin

Homestay- Airbnb
Rawang - Homestay Sinar Rm245
Genting- Homestay Scafron

Day 1st

Sampai KL gi jalan ke Sogo .
Lepak sampai malam.

Day 2nd

Kul 9 Check out
Masuk Skyline Gamuda
1. Hifly
2. Skyride
3. Luge
Full 1,2,3
Rm145
Beli kat Klook Rm142
Diskaun sikit.

Boleh tebus 1 air kat cafe tunjuk kad tiket je.

Balik ikut rawang.
Singgah makan tengahari kat restoran Ainjasmizam
Recommended banyak lauk
Harga pun murah 

Terus check in kat midhill

Petang tu ingat nak mandi kat janda baik.
Tapi terlajak turun terus ke gombak.

Buat u turn sebelum tol gombak..
Terus gi nakan kat seni rimba..
Dulu namanya Tanah Aina.
Tukar pengurusan orang lipis ambil alih..
Melayu..
Nama tukar tapi bisnes sistem masih pakai tanah aina lagi .

Malam tu lepak kat GPO .
pastu balik homestay..

Day 3rd

Singgah bentong makan durian..
Banyak je ikut luar highway .
tak perlu masuk bandar bentong pun..

Balik singgah kat taman Tas makan kat zuss coffee..
Air coconut latte dia sedap..
Best seller tu..
sampai umah kul 630 petang .
Alhamdulilah trip kali ni okay..

Thanks To Allah swt
For this blessing moment .
Ameen YRA .

Ikhtiar Elak Gangguan Jin Syaitan

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan.

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf. 
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib

38. Amalan zikir asma ul husna.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji

40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.

45. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu

46. Tawakal pada Allah SWT

Alfatihah Buat Tok Guru Pramu

27 May 2026

Hari Raya Aidil Adha

27 Mei 2026
Rabu
10 Dzulhijjah 1447H
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Haji

Tahun ni balik kampung bini.
Tahun ni tak masuk korban.
Tahun ni tak jadi imam atau khatib.

Tahun ni memang lepak saja..
Tolong orang melapah pun tidak..
Pisau pun tak bawak balik..
Memang duk saja dari pagi .

Apak pun korban kat sri makmur..
Memang melepak main chess je .

Apapun selamat berkorban..

23 May 2026

KAYA VS MISKIN

Buya Hamka :

" Lebih baik kita kaya daripada miskin, Dengan kemiskinan tidak ada cita cota yang dapat dicapai "

Kenangan-Kenanganku Di Malaya.

22 May 2026

UPU Online Kakak

22 Mei 2026
Result Upu Online..
Alhamdulillah
dah check..
Dapatlah diterima masuk ke USIM..

Kita merancang tuhan yang menentukan..
Semoga terus berjaya..


Kakak Lulus lesen kereta

18/05/2026
Isnin
PLMP

Alhamdulillah selesailah perjalanan lesen memandu kakak...
Puas nak boleh kan siap semuanya..

Akhirnya lulus jugak 
Tahniah Kakak..

Kakak ija hantar dan ambil..
Mujurlah ada kak ija boleh tolong..
Tunggu je dia update dalam Apps Jpj..
Lepas 2 minggu boleh check dalam apps tu .

Tukar minyak hitam Alza

Jenama Kixx
G1 10w-40
API SNPlus
Semi Syntethic
Alza 1.5

Harini tukar minyak hitam depan pejabat risda pekan.
Last tukar 20 Feb 2026
Odometer dah cecah 296Km

Esok nak naik KL
malas nak banyak masalah..
terus buat flushing minyak hitam lama..

Total
Minyak Hitam - rm120
Oil Filter/upah - rm28
Minyak Flushing - rm70
Jumlah - Rm218

20 May 2026

Sambutan Hari Guru

19 Mei 2026
Selasa
10.00am-1.00pm
Dewan Angsana
Tema Retro

Sambutan tahun ni agak lewat..
Bersama kepimpinan pskpp baru..

Acara sangat meriah..
Aku kena cover nazri bahagian audio..
Dia hantar budak olahraga..

Seperti biasa juara bahagian pakaian terbaik
Akie dan Siti..
Memang berusaha sungguh nampaknya tu..

Semua happy je..
Semoga ukhuwwah terus berkekalan..
Selamanya..



Najla Kahwin

16 Mei 2026
Sabtu
Gamuda Garden
Bizmilla Event Hall
Najla&Haziq

Hari jumaat tu dah gerak ke KL..
Sampai Kl malam dah kul 8
Terus ke dewsn kawen..
Tengok persiapan dan briefing tentang tentatif esok paginya..

Balik ke homestay
Kpg Sg Serai..

Esok paginya dah gerak kul 8 mula program..
Uda pakai tanjak..
yang lain pakai baju melayu..
Tema Rich brown..

Semuanya lancar .
Sekali lafaz dah sah..
Habis kul 3..
Balik penat terus tidur..

Petang tu ke Decathlon..
Kebetulan hari jadi kok teh .
setiap pembelian lebih rm350 layak dapat spinning wheel .

Kok teh pusing spinning tu dapatlah bag ..
Nilai beg dalam rm150.
kira berbaloilah datang ke decathlon tu..

Balik singgah makan kt area gamuda..
Esok pagi dalam pukul 8 gerak balik.
Singgah umah haziq makan pagi .
Kampung Melayu Rasa..
Kuala Kubu Baru..

Balik terus singgah asrama abnag ngah dan kak de .
Sampai rumah pukul 9 malam..

13 May 2026

Kurang Daya Tahan Mental

10 Tanda Anda Kurang Daya Tahan Mental (Resilience) 
Dan Kesannya Pada Hidup & Kerja

Hari ni bermula 4 day program di Inspen. Tetiba teringat, ada sesi coaching ni. Isu rakan seofis toxic.

Kadang kita bukan tak kuat
Tapi kita belum belajar cara untuk jadi kuat.

Dan bila daya tahan mental rendah, kesannya bukan kecil

Ia perlahan-lahan merosakkan diri dan prestasi kerja.

Jom check, mungkin ada yang kita sedang alami:

1. Cepat give up bila susah sikit

Contoh:
Baru cuba sekali, tak jadi → terus stop.

Akibat:
Potensi tak berkembang, sentiasa berada di tahap yang sama.

2. Mudah emosi & cepat melenting

Contoh:
Kena tegur sikit terus terasa, marah atau tarik diri.

Akibat:
Hubungan dengan orang lain jadi tegang & sukar bekerjasama.

3. Asyik rasa hidup tak adil (victim mindset)

Contoh:
“Kenapa aku je kena…”

Akibat:
Kehilangan sense of control → hidup rasa makin berat.

4. Overthinking sampai tak buat apa-apa

Contoh:
Fikir terlalu banyak sampai akhirnya tak mula langsung.

Akibat:
Peluang terlepas, confidence makin jatuh.

5. Tak boleh handle tekanan

Contoh:
Kerja banyak sikit → terus rasa overwhelmed & stuck.

Akibat:
Performance drop, mudah burnout.

6. Terlalu bergantung pada orang lain

Contoh:
Tunggu orang bagi arahan, baru bergerak.

Akibat:
Kurang ownership → susah nak grow.

7. Tak belajar dari kesilapan

Contoh:
Bila gagal → salahkan situasi, bukan reflect diri.

Akibat:
Ulang kesilapan yang sama.

8. Hidup dalam ‘autopilot’ tanpa arah

Contoh:
Hari-hari sama, tanpa improvement.

Akibat:
Rasa kosong, hilang makna dalam hidup.

9. Fokus pada negatif sahaja

Contoh:
10 benda ok, 1 benda tak ok → itu sahaja yang difikir.

Akibat:
Mental jadi penat, emosi mudah down.

10. Tahu apa perlu buat… tapi tak buat

Contoh:
Tahu kena berubah, tapi asyik tangguh.

Akibat:
Stuck bertahun-tahun tanpa perubahan.

Realitinya. 

Kurang daya tahan mental bukan bermaksud lemah.
Tetapi tanda kita perlu belajar cara mengurus diri dengan lebih baik.

Kesan Bila Ramai Individu Tiada Resilience Dalam Organisasi

• Mudah stress → cepat burnout
• Banyak konflik → teamwork lemah
• Kurang ownership → semua tunggu arahan
• Tak tahan tekanan → prestasi tak konsisten
• Budaya menyalahkan → bukan menyelesaikan

Akhirnya
organisasi nampak sibuk,
tetapi tidak benar-benar bergerak ke hadapan.

Resilience bukan tentang jadi keras.
Tetapi tentang jadi cukup kuat untuk bangkit,
cukup tenang untuk berfikir,
dan cukup matang untuk bertindak.

“Rabbish rahli sadri, wa yassir li amri.”
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.” (Surah Taha, 20:25–26)

#DrAzuraHashim #Mediv 
#LeadYourselfFirst #EmotionalMastery #MindsetMatters

10 May 2026

KOT 2026

09 Mei 2026
Sabtu
Kejohanan Olahraga Tahunan 2026..
Mini Stadium Ketapang

Pertama kali dalam sejarah..
Buat kejohanan sukan luar dari kawasan..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Juara
Merah
Naib Juara
Hijau
Ketiga 
Biru
Keempat
Kuning



08 May 2026

Buku Ke 4

Tajuk: Kuasai IQ WANG ORANG KAYA
Penulis : Wan Roslan Wan Salleh
Muka Surat :233
Tarikh Beli : 17/11/2023
Tarikh Tamat : 06/05/2026
Tempoh : 2 Tahun lebih /30 Bulan
================================
Overview:
Kepentingan menguasai asas ilmu kewangan.
Mempunyai cita-cita untuk kaya.
Penerangan tentang aset dan liabilliti.
Persediaan jika ingin berhenti kerja.
Mengawal perbelanjaan.
Mesti menyimpan.
Jangan berhutang melampau.
Mesti tahu cara orang kaya berfikir tentang wang.
Melabur bila sudah tiada hutang.
Amalan yang perlu dilakukan untuk kaya.

Banyak lagilah ..
Pada aku buku ni 80% isi kandungannya membuat aku berhenti dan berfikir..
Banyak yang kena dengan apa yang aku lalui..
4 bintang daripada 5..
Jika serius nak pandai tentang ilmu kewangan wajib baca buku ni..
Jangan macam aku..
Belajar ilmu pelaburan dulu baru kewangan..
Terbalik kong..

Dah mashi ilmu kewangan ni..
Baru masuk ilmu pelaburan .
Sekarang aku dah mulai faham kenapa pentingnya simpanan..
Hutang sedikit simpanan automatik jadi banyak..
Hutang ni lebih kepada riba..
Bila kita berhutang bank yang akan kaya...

Melainkan keperluan yang tak dapat dielakkan..
Seperti rumah dan kenderaan..
Rumah tak lerlu mahal .
Kereta pun sama..

Cepat2 kena habiskan hutang..
Mohon supaya Allah swt mudahkan kita nak selesaikan hutang ni...

Bila simpanan banyak barulah pergi pada ilmu pelaburan...
Bila hutang sudah tiada .
Hidup lebih aman dan tenteram..

06 May 2026

Sembelih Ayam

Tak sangka pulak hari ni jadi tukang sembelih ayam..

Ceritanyaa Kilang Goldkist call akie bagitau ada ayam nak bagi..
Akie pun terima .
Ingat sikit..
rupanya 30 ekor..

Cuma tak rancang nak ambil pakai apa...
Nak sembelih kat mana..
Nak proses bagaimana..

lastnya, ikut siapa ada jelah..
Aku haikal dan raja pergilah ke kilang goldkist..
sampai kat sana dengan jalan becaknya..
naya kereta haikal..

Cik zul tanya ada bawak bekas tak nak isi ayam hidup ni..
langsung tak ada .
Bagitau dia nak sembelih terus..

Aku ni tak ada pengalaman langsung menyembelih ayam..
buat selamba je..
ikut flow orang kata .

Dia tangkap ayam..
serah tengkuk kat aku..
Apalagi bismillah..
sembelih ajelah..
Guna pisau kantin moksu .

Nah dekat 20 ekor jugak aku sembelih..
lebihnya serah kat raja ..

siap sembelih tunggu mati jap..
bungkus dalam plastik..
letak dalam kereta haikal .
bawak balik..

Suruh kak misah panas air..
Sampai je terus celur dalam air panas..
Nah proses time tu jugak..

Siap dekat pukul 3 jugak semuanya..
Aku ingat balik tu boleh singgah bank islam..
tak larat dah la...
terus balik rumah..
Berehat .



01 May 2026

Mengatasi Malas

Rasa Malas bukan tanda... bodoh, gagal, atau tidak berbakat.
Malas adalah tanda kamu kehilangan arah. Tubuh dan pikiranmu sedang memberi sinyal bahwa ada yang salah — entah dengan tujuan, sistem, atau cara kamu mengatur energi.

Masalahnya, kebanyakan orang melawan malas dengan marah pada diri sendiri, padahal yang perlu dilakukan adalah mendengarkan pesannya. Karena di balik rasa malas, ada panggilan untuk memperbaiki arah hidupmu.

1. Malas muncul karena kamu kehilangan makna.

Kamu tidak akan malas kalau kamu tahu dengan jelas "mengapa" kamu melakukan sesuatu. Ketika tujuanmu bermakna, otakmu otomatis akan mencari cara untuk bergerak. Tapi ketika semua hanya tentang "biar terlihat sibuk" atau "tak mau kalah dari orang lain", energi mentalmu runtuh.

Jadi, jangan kejar motivasi — temukan makna. Tulis ulang alasanmu bekerja, belajar, dan berjuang. Jika alasanmu cukup kuat, kamu tidak butuh dorongan dari luar. Kamu akan bergerak karena makna itu sendiri sudah jadi bahan bakar.

2. Malas datang karena kamu menunggu mood, bukan membangun sistem.

Orang yang sukses tidak bergantung pada suasana hati. Mereka tahu semangat datang dan pergi, tapi kebiasaan bertahan. Disiplin adalah jembatan antara niat dan hasil.

Mulailah kecil tapi konsisten — tulis satu halaman tiap pagi, olahraga sepuluh menit, belajar lima belas menit tanpa gangguan. Lama-lama, tindakan itu menjadi mode otomatis. Dan ketika itu terjadi, rasa malas tak lagi bisa mengendalikanmu.

3. Kamu malas karena terlalu sering menunda.

Menunda bukan berarti istirahat — itu beban mental. Setiap tugas yang kamu tunda menjadi "tabungan stres" di kepalamu. Akhirnya kamu lelah bahkan sebelum mulai.

Cobalah trik sederhana: "lakukan 5 menit saja." Begitu kamu bergerak, otakmu menyalakan momentum. Malas hanya kuat di awal — setelah itu, ia hilang. Jadi jangan lawan malas dengan niat besar, tapi dengan langkah kecil yang menyalakan gerak.

4. Rasa malas kadang muncul karena kamu terlalu keras pada diri sendiri.
Kamu terus memaksa tanpa memberi ruang untuk pulih. Otakmu jenuh, tubuhmu lelah, dan akhirnya kamu kehilangan fokus. Ingat: tidak semua diam berarti malas — kadang itu tanda tubuhmu sedang memulihkan tenaga.

Belajarlah membedakan antara istirahat dan pelarian. Istirahat membuatmu siap melangkah lagi, pelarian membuatmu lupa arah. Berhentilah sejenak kalau perlu, tapi pastikan kamu kembali dengan visi yang lebih jernih.

5. Di balik malas, sering ada ketakutan.

Banyak orang bukan malas, tapi takut gagal. Takut hasilnya jelek, takut dinilai, takut kecewa. Maka mereka memilih diam — bukan karena tidak mau bergerak, tapi karena takut kecewa dengan diri sendiri.

Ubah fokusmu. Jangan menuntut hasil sempurna — cukup ukur kemajuanmu hari ini dibanding kemarin. Begitu kamu berani bergerak tanpa menunggu sempurna, rasa malas akan berubah jadi rasa penasaran.
Otakmu mulai menikmati proses belajar, bukan takut gagal dalam percobaan.

Rasa malas bukan musuh. Ia adalah cermin. Ia memintamu untuk berhenti sejenak, bertanya ulang:
Apakah aku masih berjalan ke arah yang benar?
Apakah aku masih tahu alasan kenapa aku memulai?

Kamu tidak butuh motivasi besar untuk berubah. Kamu hanya perlu satu langkah kecil yang kamu ulang setiap hari. Karena orang sukses bukan yang selalu semangat, tapi yang tahu bagaimana terus bergerak bahkan saat malas datang.

Jadi mulai sekarang, berhenti bertanya, "Bagaimana cara menghilangkan malas?" Dan mulailah bertanya: "Apa alasan besar yang membuatku tidak bisa diam lagi?"
Karena begitu kamu menemukannya, malas berhenti jadi hambatan, dan mulai berubah jadi bahan bakar untuk tumbuh.

Kalau kamu merasa skrip ini menampar tapi membangkitkan, follow akun ini biar kamu terus diingatkan untuk tidak berhenti di tengah jalan. DM akun ini jika butuh bimbingan💪🔥

#MotivasiHidup #MindsetGrowth #BangkitDariMalas #RenunganHarian

Belajar Sejarah Rusia

 Negara stan