18 October 2026

Batik Pahang 1st

Tempah kat lobinson depan padang belia..
Kain dah diberi percuma..
Kerajaan Negeri pahang bagi..

Buat awal tak kalut .
Katanya nak pakai masa hari anugerah nanti..

Deposit Rm50
Dah siap ambil hari khamis lepas
15 hb okt..

Total Rm90

Dia kata kalau nak tempah seluar slack pun boleh..
Rm150



17 October 2026

Kursus Umrah Percuma

17 Oktober
Sabtu
Kursus Umrah Percuma
Atas bakeri tepi DIY
In Saff Travel
9.30-12.30 tengahari

Elok juga ikut umrah macam ni..
Jelas penerangannya..
Quote dari ustaz:

" Jika Allah yang jemput yang tak mampu akan dimampukanNya, Yang tak dijemput walau kaya dan sihat macamanapun tak akan sampai padaNya"

Lebih kurang begitilah kata² ustaz Faridudin.

InsyAllah..

Semoga dipermudahkan urusan umrah kali ini..


VELOZ 1.5

Jumaat
16 Okt 2026
Carro Kuantan
Veloz 1.5
RM83K
Termasuk Insurans
Autolife
Allianz
Installment Rm1036
Zero Downpayment

Tenure 9 Tahun
Mileage 32809Km
Year Manufactured
24 June 2024
First Lady Owner
Scrut Rm140
Semua okay


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt
Yang Maha Berkuasa..
Dalam macam macam hal.
Keno towing sampai 4.kali..
Akhirnya aku ambil keputusan..
Ambil kereta baru..

Second baru..
Buat due diligence dulu..
Bayar scrut..
Research mana yang patut .
Nampaknya carro lah yang menang..

Ikutkan kereta ni listing dia di penang .
Tapi kita boleh request nak test drive dulu..
Dia akan mintak booking 1% dari harga..

Pas seminggu kereta ni akan sampai..
Dah sampai dia call suh datang test drive..
Pastu masuk loan..
Maybank, PBank, Ambank Cimb..
Yang senang buat urusan adalah cimb bank..
Urusannya dalam 2 minggu je..

Sign aggreement hari khamis..
Hari jumaat dah boleh ambil kereta..

Ikutkan hati aku..
Malas dah nak hutang bank ni..
Tapi disebabkan banyak sangat hal ni..
Takpelah aku follow je dia punya flow dulu..

Nanti dah setel sikit sikit..
Pandailah aku cari jalan 
Untuk langsaikan hutang ni..
InsyaAllah..
Semuanya dengan izin dari Allah swt..
Alhamdulillah..

Semoga dipermudahkan urusan aku..
Ameen YRA

14 October 2026

Umrah Lagi

Harini sambung lagi kisah umrah aku..
Pagi ni kena pdpr sebab jerebu yang kuat..

Semua sekolah sekitar kuantan, pekan dan rompin cuti..


Disebabkan tak boleh nak keluar awal.. 

Aku ambil keputusan keluar selepas zohor..

Kali ni sebab nak bayar duit umrah travel..

Aku guna in saaf travel and tour..


Tawakkal ajelah..
Kali ni guna Ar rahnu agrobank

Topup mana yang kurang..

Bank muamalat ada lelongan emas..

Jadi sibuk tak boleh buat urusan..


Kos umrah seorang

Rm7570

Tolak Rm100 ( Diskaun) = Rm7470

Tolak Rm450 ( Dah ada visa ) = Rm7020

Tolak Rm50 ( Deposit Awal dulu )= Rm6970

Jadinya jumlah seorang  = Rm6970

Darablah 6 orang = Rm41,820


Bilik berempat

Tarikhnya bulan disember..

Musim sejuk..


Mulai sekarang aku dah kena bersedia..

Mental dan fizikal.

Minggu depan ada kursus umrah..


Last umrah 2014

Guna Tiram travel

Sekali dengan rosdi kak dah kak Lah..

Kali ni sekali dengan kak teh, abng teh. sedan, fadli..


Harap semuanya selamat..

Mudah mudahan dipermudahkan urusan kami semuanya kali ini.

Ameen





05 October 2026

Yamaha Y15ZR

Sabtu
03 Oktober 2026
Henn Motor
Y15ZR V4
Cyan Jade
Rm9800
Installment Rm287
Tenure 5 Tahun

Aku berurusan dah lebih seminggu..
Kalau ikut sebenarnya
Nak ambil LC 135 V8
Tapi bila tengok Y15 ni..
Rasa macam rugi pulak 
Sebab harga beza rm200 je..
Warna pulak cantik..

Balik tengok perbandingan kat youtube
CC lagi besar
Warna tahun 2026
Harga beza sikit
Sport rim kena dengan jiwa..
Y15  rim 5 batang straight
Lc 135 rim 5 batang ada bengkok sikit ( tak minat )..
Pakai clutch
Lagi sedap..

Selepas semua tu..
Aku buat keputusan ambik Y15 jelah..

Sabtu baru ni
Elly call suh datang ambil..
Dapatlah free gift 
Baju hujan, helmet dan disc lock..

Alu beli helmet keith satu
Rm138..
Semoga membantu urusan harian aku..

Masalah Kereta Alza

Lepas Beberapa kali siri towing..
Akhirnya aku hantar ke Perodua Sevis centre..
Kalau sini pun xleh jalan..
Aku kira ambil kereta lain jelah...

Kali ni kena towing dari rumah..
Hantar ke perodua servis centre..
Teras sari..

Hantar hari isnin petang..
Selasa petang diorang call .
Katanya dah siap..

Haish
Aku cuak jugak..
Dah berapa hari tersadai kedai syam auto..
Tiba- tiba sehari je dah siap..

Kebetulan aku ada seberang jalan je 
Masa dia call suruh ambil..
Terus ambil lah .

Tanyalah SC tu apa masalahnya .
Katanya bateri dah kong .
Macam tak percaya jugak..
Sebabnya kena masa tengah bawak kereta masa tu..

Bila dia explain barulah aku faham..
Memang boleh macam tu..
Boleh jadi jugak..
Puncanya adalah bateri..

Dia tukar bateri sekali dengan kepala pemegang bateri tu..

Dah seminggu pakai ni..
Alhamdulillah .
Boleh dah guna..
Walaupun kadang tu risau jugak..
Harap semuanya okaylah..

Tapi aku ingat nak check alternator jugak..
Sebab mileage dah lebih 300K..

Semoga  semuanya okay..





04 October 2026

Amalan Untuk Sihat

RUTIN PAGI & 10 KUNCI KEKUATAN IMUN"

Pagi ini saya bangun jam 5.00 pagi.
Sunyi. Sejuk.
Saya duduk sejenak.
Syukur—kerana masih diberi nafas, peluang, dan masa.
Sebelum tubuh sibuk dengan urusan dunia, saya beri ruang untuk tubuh ini bersedia.
.

Saya minum segelas air kosong.
Lalu capai satu sudu Minyak Zaitun OLIVIE 30 PLUS.
Telan sebiji Tocotrienol Softgel, dan sebiji Minyak Ikan Omega-3 NV.
.
.
Bukan trend. Bukan gaya. Tapi ikhtiar.
.
.
Badan kita bukan mesin. Tapi anugerah yang ada tarikh luput.
Dan imun badan—itulah perisai pertama dalam diam.
.
.

Hari ini saya nak kongsi 10 kunci untuk kuatkan imun tubuh yang mungkin ringkas tapi bermakna:
.
.

1. Buang gula, bukan buang masa. Gula bukan kawan. Tak kira putih, perang, organik, stevia yang menyamar pun.
Kalau kita serius nak sihat, gula perlu direhat.

2. Roti dan tepung gandum tu tak suci. Ia bukan punca kenyang sebenar.
Tapi punca senyap segala keradangan.
Tukar perlahan-lahan, bukan paksa. Suku nasi pun satu permulaan.

3. Rehatkan perut. Beri peluang tubuh pulih. Puasa bukan trend, ia reset semulajadi.Buat IF (Intermittent Fasting) 12-16 jam bantu tubuh ‘repair’, bukan hanya kurus.

4. Beri tubuh makanan, bukan beban. Protein dan lemak sihat – minyak zaitun, telur, ayam, ikan – itulah bahan binaan.
Gula dan karbo hanya tenaga segera yang cepat ghaib.

5. Vitamin E – jangan tunggu sakit baru cari. Ambil setiap hari bila perlu. Ia adalah antioksida yang terbaik untuk jaga organ hati dan kulit.

6. Omega-3 – makanan untuk otak dan imun.Minyak ikan berkualiti, tinggi EPA & DHA, bantu lawan keradangan.
Pilih yang betul, bukan sekadar berlabel “omega” tapi kosong isi.

7. Usus sihat = imun sihat.
Probiotik bukan trend Korea, tapi sistem pertahanan.
Greek yogurt tanpa gula, serbuk probiotik tanpa karbo, semua bantu. Tapi tinggalkan Yakult dan Vitagen – gula dalam botol kecil.

8. Makan makanan sebenar.
Sayur, buah, protein asli. Bukan fast food, bukan jajan.
Bukan ikut trend TikTok, tapi ikut fitrah.

9. Cari matahari. Vitamin D tak perlu dijual. 30 minit pagi atau petang cukup. Jangan malu jemur diri. Itu rahsia daya tahan sebenar.

10. Air kosong. Ya, air kosong.
Tak glamor, tapi menyelamatkan. Air manis bukan kawan, walau dalam gelas bergaya.Kalau air itu lebih manis dari senyuman orang tersayang – hati-hati. Ia mungkin racun perlahan.

Sahabat sekalian, imun tubuh bukan dibina dengan angan-angan. Tapi dengan tindakan.
.
.
Hari ini, kita ada pilihan.
Nak terus terperangkap dalam gaya hidup yang melemahkan,
Atau mula membina pertahanan tubuh dari sekarang.

Saya dah mulakan. Bukan sempurna. Tapi istiqamah.
Moga Allah beri kita kekuatan untuk jaga amanah tubuh ini.
.
.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'afiyat

---

29 September 2026

Towing Kali Ke 3

28 September 2026
Isnin
Towing lagi
Kali ke 3 dah ni..
Mujurlah ambil insurans Allianz ni..
Berbaloi 3 Kali dah guna..
Senang dan cepat..
24 jam..
Allianz Ranger 24 Hours..

Kali ni kat depan rumah tak boleh start..
Aku call perodua servis centre dulu..
Diorang dah okay baru aku call towing..
Petang tu diorang datang lepas maghrib..

Hantar ke servis centre..
Biar pomen perodua pulak yang tengok.
Harap jumpalah jalan penyelesaiannya..

Towing Alza Lagi

24 September 2026
Khamis
Tmg Beserah

Kalini kena waktu beli barang abangah..
Masa start nak pergi tu okay lagi..
Sebab tu rasa konfiden je bawa ke kuantan..

Kiranya hantar terus balik..
Tapi sebab barang tak beli lagi..
Singgahlah tmg sekejap..

Sambil nak beli barang tu..
Abangah duk dalam kereta berehat tidur..
Kiranya enjin hiduplah..
Dah siap beli barang .
Nak masuk gear reverselah..

Tiba-tiba keluar lambang AT dan err..
Terus tak boleh start..

Terus call towing .
Hantar bengkel cha..
Sekali lagilah aku naik towing ni..


26 September 2026

Tayar Axia

Bila dah pakai kereta lama ni..
Macam biasalah..
Lepas satu ada satu lagi..

Mulanya aircond tak sejuk..
Pastu bateri pulak dah tak kuat .
Pastu tayar pulak kurang angin..
Ingat nak tampal je..

Sekali kedai tu kata .
Tak boleh tampal..
Sebab dah lama..
Kena tukar lah..

Ambil tyaar dunlop
Rm180.00
Tukar sebelah je dulu .
Janji hati tenang..

Bateri Axia

Semalam Tukar bateri..
puas mencari tempat..

Sebenarnya bateri lama amaro dah tinggal 30%
Aku malas nak ambil risiko..

Bila dah kena towing 2 kali dalam masa seminggu ..
Serik rasanya..
Jadi baik aku buat keputusan awal..

Ingat nak ke bateri hub atau bateri.com
Tiba² lalu depan bengkel signboard amaro..
Terus berhenti..
Memang niat nak cari bateri amaro..

Sebab bateri lama tu
Pakai amaro..
Dari tahun 2022-2026
4 tahun..

Jadinya cari brand amaro jugaklah..
Tapi bila tanya dia kata takde stok..
Yang ada dan setara denganya adalah bosch..
Bosch 42B20L
Warranti setahun .

Lagipun bengkel ni jual bateri je semuanya..
Aku kira percaya jelah .

Harap mampu bertahan lamalah..
Tolak bateri lama Rm20
Total Rm230



23 September 2026

Computer Box Alza

23 September 2026
Khamis
Syam Auto

Komputer Box Rosak

5 Hari duk bengkel cha..
Isnin baru ni aku pergi tengok..
Hantar towing khamis malam jumaat..

Tak sedap pulak tinggal macam tu sahaja..
Aku tanyalah apa masalah kereta ni..

Cha kata alza ni memang selalu masalah macam tu..
Dulu kereta shidee pun sama..
Rombak elektrical..
Cabut harness semua..
Cuci pasang semula..
Elok terus ..

Masalahnya .
Kat dashboard keluar ATF
pastu ERR
Tak boleh start langsung .

Susah kenderaan sebuah sahaja ..
Keperluannya banyak..
Komitmen tinggi .

Akhirnya semalam....
Selasa petang cha telefon bagitau kereta dah boleh ambil..
Lega rasanya dah siap .

Tanya apa masalah dia..
Katanya reset komputer box..
Hantar kat kuantan .
Puas cari punca masalah..
Alhamdulillah jumpa juga .

Total semua..
RM380

Reset
Setting semula..





Kompressor Aircond Axia

Isnin
21 September 2026
Tukar kompressor Aircond Axia 1.0

Lepas alza aritu kena towing..
Duk pakat lenjan axia..

Bila dah naik ramai ramai tu mula rasa cepat panas..
Aircond rasa tak sejuk..
Bila sampai kat trafic light rasa angin je..
Bila gerak rasa sejuk pulak..
Macam okay je..

Maknanya ada sesuatulah..
Lebih pulak mus panas ni..

Puas cari tempat yang sesuai .
Google je..
Akhirnya jumpa kedai Acap mitec ni..
Rupanya sebelah kedai cha je..

Suruh dia check..
Tengok fan aircond kat radiator tu tak pusing..

Rupanya dah rosak..
Bila jalan angin luar akan tolak fan tu yang dia pusing jadi sejuk..
Sebab gas ada lagi..

Dia tanya nak ori ke china..
Ori Rm300
China Rm205
Ada warranty 3 bulan..
Ori tiada warranty..

Aku ambil yang ori lah..
Harap ada kualiti ni taham lama..

Sekejap je..
dalam setengah jam siap semua..

Pastu
Eloklah sejuknya..
Harap tahan lama..


20 September 2026

Healing

Cuti hari minggu .
Lepak sorang sorang ni 
Kadang kadang perlu juga...
Hanya kita dan alam..

Kebetulan ramai pulak orang datang memancing..

Pantai Lagenda..

Mungkin ada pertandingan..
Bersusun orang memancing kat sini..
Semuanya joran panjang
11 Kaki paling kurang...

Selalunya kosong je pantai ni..
Dah zohor
Kita go solat zohor di UMPSA..

Pastu gi hantar kak de balik asrama..
Hantar renang huda ..





.


17 September 2026

Tukar Absorber, Lower Arm

Harini ke Klinikar Dunlop
Sebelah shell 
Tanya lower arm dengan absorber
Mendanya dah lama tak pernah buat .

Lagipun bawak rasa dah keras.
Rasa melantun lantun..
Mula nak tanya je..
Pastu rasa macam perlu pulak..

Takpelah lagipun kereta dah lama..
Memang banyak wear and tear dia kena buat..
Nak pulak aku nak jalan jauh ni..
Banyak penumpang besar² ni .
.Biarlah habis duit sikit yang penting
Tak risau sangat .
Total Rm950.00

Alza Breakdown

Dugaan sungguh kali ni..
Kena kat jalan wong ah jang
Aku on the way balik rumah..

Pas ambil abg ngah dari asrama..
Dia demam..
Pas tu hantar seterika philip kat wakil philips
kuantan..
Repair seterika sikin rosak .

Jalan pulak jammed .
waktu orang balik kerja..
Kul 5.30 tengah jammed teruk tu ..
Tiba - tiba enjin kereta mati..
Start banyak kali tak nak hidup..

Aku dah cuak..
Call cha pomen .
Bagi lampu hazard .
Tanya pendapat dia .
Dia kata try buka bateri pastu start .

Masa tulah xde spanarnya..
Puas cari dalam kereta..
Gi pinjam pulak kedai cina..
mujurlah dia baik hati..
Pinjam spanar 8,10,12

Dapatlah buka bateri..
Start semula banyak kali tak nak hidup jugak..

Mujur ada orang baik hati tolong..
Bagi pinjam jumper kereta..
Tak nak hidup jugak .

Dia tolong tolak ke tepi..
Call towing guna insurans kereta..
Tak tau pulak insurans apa..
Call insurans tengok kat tampal cermin kereta..
Kat situ ada tulis zurich .
Aku call jelah .

Rupanya insurans aku guna Allianz..
Nasib baik dapat..

Sementara tunggu towing Allianz datang .
Aku belum pun solat asar lagi..
mujurlah sebelah tu kedai makan tun teja heritage..

Ada tempat solat jugak..
Sambil tunggu towing dataang, aku order makan dulu..
Terus solat asar .
Tunggu jap..
Solat maghrib terus..

Lagipun dah nak maghrib..
Pas siap makan..
Geng towing call ..
Dia dah on the way..

Setel dia angkat kereta..
aku tumpang jelah duduk atas kereta towing tu..
Hantar depan bengkel cha pomen..
Mintak tolong sikin ambil kat situ .

Esoklah serah kunci pada cha..
Yang penting selamat sampai semua...
Ini kali kedua pengalaman naik kereta towing..
Semoga dipermudahkan..





16 September 2026

Filem Tarung Unforgiven

Baru ni layan cerita tarung unforgiven di netflix..

Filem arahan aedy ashraf..
Aku boleh bagi rate 9/10

Bukan lah aku ni jenis penonton filem sangat..
Tapi bila dh ada netflix ni..
Macam rugi pulak tak tengok filem yang ada..

Lagipun sebelu aku tengok aku buat due diligence dulu...

Berapa rating
Kos berapa untung berapa
berbaloi ke tak .

Setelah aku rasa okay
barulah alu layan..

Untuk filem melayu begini 
pada aku dah okay sangat..

Tak bosan nak tunggu plot yang di buat oleh pengarah..
Cuma lagi banyak plot lagi bagus..

Macam cerita tamil/ hindustan tulah..
Berpusing- pusing tapi layan aje..
Lagi best kalau plot twist akhir tu yang ramai orang suka .

Filem tarung ni 
mengisaahkan persahabatan yang bertukar menjadi dendam, dan pengorbanan keluarga, bukan sekadar filem tumbuk-menumbuk.

Jalan cerita

Watak utama ialah Hatta (Mierul Aiman), seorang bekas juara silat. Ketika masih aktif bertanding, berlaku satu tragedi apabila tindakannya dalam gelanggang menyebabkan lawan dia idris meninggal dunia secara tidak sengaja. Peristiwa itu menghantui Hatta dan membuatkan dia meninggalkan dunia pertarungan.

Hidup Hatta berubah apabila kakaknya jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang mahal. Hatta yang sudah meninggalkan dunia keganasan terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang.

Di sinilah dia ditawarkan peluang oleh Paduka Badrul (Zul Ariffin). Tawaran tersebut bukan pekerjaan biasa — Hatta perlu kembali bertarung dalam gelanggang haram dunia bawah tanah sebagai pertukaran bantuan kewangan untuk rawatan kakaknya.

Pada mulanya, Hatta hanya mahu mendapatkan wang dan menyelamatkan kakaknya. Tetapi masalah menjadi jauh lebih rumit apabila dia mengetahui bahawa orang yang bakal menjadi lawannya ialah Isa (Aedy Ashraf), sahabat lamanya. Juga merupakan adik kepada isa yang terbunuh dalam pertarungan dengan hatta.

Isa pula bukan sekadar lawan biasa. Hubungan mereka mempunyai sejarah dan dendam dari masa lalu. Jadi apabila kedua-duanya bertemu semula di gelanggang, pertarungan itu bukan hanya soal siapa lebih kuat — ia menjadi pertembungan antara persahabatan, rasa bersalah, dendam dan keinginan untuk menebus kesilapan masa lalu.

Konflik utama

Hatta sebenarnya tersepit antara dua perkara:

  • ❤️ Menyelamatkan kakaknya
  • 🥊 Kembali kepada dunia pertarungan yang pernah menghancurkan hidupnya
  • 😔 Berdepan dengan trauma akibat kematian lawan dahulu iaitu idris abang kepada isa 
  • ⚔️ Menghadapi Isa, orang yang mempunyai sejarah dengannya
  • 💰 Berurusan dengan dunia bawah tanah yang dikawal oleh orang berkuasa.

Sebab itu tagline filem ini “kau cuma ayam sabung” mempunyai maksud yang lebih luas — Hatta bukan sekadar seorang fighter; dia menjadi alat kepada pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.

Ringkasnya: Hatta masuk gelanggang haram kerana mahu menyelamatkan kakaknya, tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan masa lalu dan sahabat yang telah menjadi musuhnya.

Akhirnya hatta berjaya mengalahkan isa. Memang layan cerita fight ni. 

So.. boleh layan sendiri.

Kos buat filem ni dalam Rm5 juta

Keuntungan sebelum tolak semua kos dalam Rm20 juta lebih..




13 September 2026

NETFLIX

Netflix
Start langgan
10 September 2026
4 User
Rm49.90
1 Cycle /month

Saja nak cuba
Kalau sebelum ni nak cut petbelanjaan..
Kali ni saja nak cuba
Sebab bila² boleh cancel..

Layan satu cerita
Dharduwan..
Filen hindi..
Arjun rampal, sunjay dutt..
Best jugak .
Cuma banyak masa rugilah tengok tv ni..

Sesekali apa salahnya..

12 September 2026

Royal Pahang Polo Club

Sekarang Sedang berlangsung Royal Polo
07-27 September 2026

Aku sebenarnya belum pernah tengok lagi..
Kali ni ada peluang kenalah petgi tengok..
Main kat padang polo je..

Best jugak rupanya..
Barulah aku faham
Cara bermain polo..

Ada 4-6 chukka
Pas jaring gol..
Kuda akan bertukar arah gol pulak..

Setiap satu chukka 7 minit
Ada handicapped jugak..

Sapa ranking tinggi dapat mata lebih..
Best jugallah laya polo ni..
Geng anak raja yang ramai ni..

Kursus Asas Memanah

Kursus Asas Memanah..
SKSA
12SEPTEMBER
Kalau ikutkan harini ada bengkel jawi T5

Kebetulan surat keluar tarikh yg sama..
Aku kena pergi ke sini lah .

Naim urus yang sana..
Sini dapat ilmu
Sana dapat duit..

Takpelah ilmu itu kekal
Susah nak dapat..
Duit boleh cari lain..

Boleh lah kenal dan tahu basic memanah..
Coach dari kuantan
Akademi memanah al ansar..
Dekat terminal bas Indera mahkota.
Pecah cermin kena panah dengan coach 
Tak sengaja terkeluar dar target..

Memang power coach ni.

Air Compressor

Harini
12 September..

Kompressor Angin
Reaim
30L
Combo Set

Shopee
Harga Asal 
Rm429.99
Total
Rm341.87

Lama dah masuk wishlist
Tapi duk fikir
Berbaloi atau tak..

Akhirnya
Atas dasar menda boleh pakai lama..
Memang angin kenderaan 
kena isi sokmo .

Pastu 
banyak nak guna..
pam tayar basikal, motorsikal, kereta, kereta sorong, bola..
Nak tembak angin pun boleh .
Cat sikit sikit .

Nak tengok jugak
Sistem pneumatik ni berfungsi..

Cubalah dulu .
Harap berbaloi beli menda alah ni..


10 September 2026

Kassim Baba

Harini test kedai kassim baba
Teluk Cempedak..
Belum pernah singgah lagi..
Baru kali pertama..

Order roti tempayan cheese..
Sedaplah jugak kedai ni..
Recommended..
Harga pun okay..

Boleh repeat lagi..

09 September 2026

Rutin Inspirasi KHM

Saya punya produktiviti rutin:

1. Bangun awal, 4-4.30am dah bangun. 
2. Buat kerja waktu semua masih tidur. Deep work. 
- deep plan, deep journal, deep checklist!, menulis buku. 
3. Masih hantar anak sekolah jam 6.30am.
4. Wajib ke gym, sekurangnya berjalan kaki 5km. Sekitar 50 minit - 1 jam. 
5. Bersiap ke tempat kerja. Jumpa orang.
6. Kopi selang sehari. Dah tak ambil setiap hari. 
7. Baca buku 4-5 buku seminggu. Setiap hari 15 minit minima pagi, 15 minit minima selepas senaman, 15 minit petang, 15 minit malam. 
8. Siapkan konten awal pagi atau malam. Minima 24 konten sehari perlu disiapkan (3 video, 21 teks). 
9. Semak checklist jam 10 malam. 
10. 3 kali semak emel sehari, pagi, tengah hari, malam. Wajib. Emel adalah transaksi orang kaya, hampir semua T20 dan ke atas berkomunikasi melalui emel. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad, 
Bismillah. Kot nak cuba ikut, silakan.

04 September 2026

Labtop Asus

03 September 2026

Khamis

Mass IT

Harga RM3609

Lepas rebat RM2899

Tolak 9A SPM 

Total Semua:  RM2809.00

Sumber Kewangan Kad Kredit.


Labtop Asus

Vivobook Go

15 Inci 

Silver

16Gb Ram

512 GB SSD

DDR5


Untuk Kegunaan Kakak belajar

Memang susah kalau tiada labtop untuk buat assignment

Harapkan phone dan tblet tak lepas.

Mujur jugak dapat duit sumbangan banyak.

Lepaslah bahagian dia sambung belajar.

Dah setel pos aje ke kakak.


03 September 2026

Bank Draf

Harini ke mahkamah tinggi

Collect bank draf

Unit Called off


Tak tanya apa pun terus ambil kat kaunter

Kena tunaikan semula kat bank yang kita buat hritu

Jangan lupa saalinn resit warna biru

Pastikan kena bawa sekali..


Dah

Next pulak..

Bid Rumah lelong

 01 September 2026

Aku masuk bid sebiji rumah lelong

Malam tu kat nilai aku buka laman web dia..

Dah siap semua preparation..


Bila buka aku tengok cancelled

Tengok lagi refund pulak..

Aduss 

Unit ni called off rupanya

Suruh collect bank draf pulak


Esok paginya

Aku buka lagi nak confirmkan semula..

Memang tiada rezekilah tu..

Mungkin ada hikmahnya..


Takpelah next..



Cameron Highlands Ke Nilai N9

Cameron Highlands 

29 - 31 Ogos 2026

Sabtu - Isnin

Night Market


Baru ni aku dan 3 family lagi ke Cameron..

Kali ni saja nak jalan ramai - ramai.

Stay kat depan pasar malam CH


Hala pergi ikut lancang, bukit damar mempaga, raub, sg koyan.. 

Semuanya lancar sahaja

Jalan pun cantik..

Lurus je..


Keluar kat raub.

Naik dengan sikin.

Dia tumpang aku sebab kak teh dah gi awal sehari..

Makan pagi kat RNR temerloh

Terus tak berhenti..

Singgah kat sg koyan je untuk berlunjur kaki jap..


Petang tu sampai je terus singgah kat Cameron Valley..

Kat Cameron Valley minum teh dan makan scone  je..

Sambil healing tengok ladang teh yang luas mata memandang .


Pastu.

Terus ke night market sebab dah petang sampai.

Malam tu makan steambot kat yanz steamboat 

Depan rumah je..


Esok paginya ke Taman Sedia ramai manusia..

Sarapan kat situ .


Nak keluar dari taman sedia noh kena jammed..

2 jam melekat..

padahal dekat tak sampai 5km pun..

Terpaksa balik rumah dulu rehat..

ingatkan pastu nak ke sg palas..

Tapi jammed teruk hala ke brinchang..

Ambil keputusan lepak kat de centerum jelah..


Balik dari brinchang terus turun ke tanah Rata, jalan jalan pusing kat padang .


Dah alang alang trrus turun sikit lagi pekena teh kat Cameron Valley sekali lagi.

Malam tu aktiviti ke pasar malam jelah..

Balik layan netflix ramai ramai cerita blast tamil..

Layan jugak cerita ni..

5 Star rating..


Esok pagi ke tanah rata sarapan terus checkout lah .

cari barang sikit..


Kali ni balik ikut jalan KL..

Turun ikut tapah ke KL

Sebab nak ke nilai hantar kakak

Jalan ni berliku liku..

Taubat tak nak lalu dah rasanya..

Nak muntah..

Pening kepala macam ular kena palu..


Berhenti kat RNR jejantas sg buloh.

Solat dan makan makan..


31-1 September

Nilai N9


Sampai kat nilai dah lewat jam 7.00 petang

Locker kakak pulak tak bawa kunci..

Puas pula mikir..


Akhirnya dapat jugak kawan dia buka.

Esoknya keluar dari homestay kul 12..

Makan kat restoran dapur arang nilai

Sedap jugak banyak pilihan..


Dah kenyang terus waze ke nilai 3 

cari langsir..

lalu ikut bahau

Singgah kat muadzam makan malam..

Sampai rumah dalam kul 10 malam.




Batik Pahang 1st

Tempah kat lobinson depan padang belia.. Kain dah diberi percuma.. Kerajaan Negeri pahang bagi.. Buat awal tak kalut . Katanya nak pakai mas...