08 March 2025

Tips Menjaga Perut Kembung

Tak selesa betul bila kena kembung perut ni.. duduk, berdiri, baring semua jadi tak selesa. Nak bernafas pun rasa sempit dada..Masalah kembung perut sering kali dikaitkan dengan usus kecil yang terlalu banyak bakteria (SIBO) atau kulat (SIFO). Nak atasi masalah ni? Kita kena pulihkan sistem pencernaan dulu! 
.
Berikut adalah 7 tips yang boleh bantu anda!
.
1️⃣ Pulihkan Perut, Elakkan Makanan Merosakkan
Makanan seperti susu lembu, gandum, gula dan makanan diproses boleh merosakkan perut. Sebaiknya, kurangkan pengambilannya supaya sistem pencernaan lebih sihat!
.
2️⃣ Makan Makanan Mudah Hadam
Kanji degil (resistant starch) memang bagus untuk kurus, tetapi kalau terlalu lama dalam usus kecil, ia boleh jadi makanan bakteria dan kulat. Kembung? Itulah puncanya! Pilih makanan mudah hadam untuk elakkan masalah ni.
.
3️⃣ Elakkan Makanan Manis! ๐Ÿฌ❌
Makanan bergula boleh merangsang pembiakan bakteria dan kulat dalam usus kecil. Gula adalah "makanan utama" untuk kuman-kuman ni! Jauhkan diri daripada gula tinggi dan makanan manis.
.
4️⃣ Bantu Enzim Pencernaan Dengan Buah! ๐Ÿ๐ŸŒ
Pisang, betik, dan nanas adalah buah yang kaya dengan enzim pencernaan. Ambil sedikit sebelum makan utama untuk bantu sistem pencernaan dan tingkatkan asid perut. Perut pun rasa lebih selesa!
.
5️⃣ Berhati-hati Dengan Ubat Pengurang Asid
Jangan sembarangan ambil ubat pengurang asid (termasuk air kapur) tanpa nasihat doktor. Air terlalu beralkali boleh ganggu keseimbangan perut yang secara alami berasid.
.
6️⃣ Elakkan Makanan Proses Dengan Pengawet
Mee segera? Elakkan! Makanan dengan bahan pengawet seperti TBHQ (lilin) susah dihadam dan boleh buatkan perut kembung. Pilih makanan segar dan sihat!
.
7️⃣ Berpuasa Untuk Mengurangkan Kembung
Berpuasa bukan sahaja memberi peluang pada sistem pencernaan untuk berehat, tetapi ia juga membantu memulihkan saraf autonomi dan sistem yang menggerakkan perut. Plus, ia boleh "membunuh" bakteria dan kulat berlebihan!
.
Langkah pertama untuk pulih dari masalah kembung perut adalah memulihkan sistem pencernaan yang rosak akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
.
Semoga tips ni membantu anda untuk hidup lebih sihat!

No comments:

Post a Comment

Petua mengubati Resdung

Petua Mengubati Resdung Limau nipis 7 biji, daun pandan 9 helai hiris halus mcm bunga rampai..  Perah limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebat...