15 March 2025

Pemergian Abang Tajul

Assalamualaikum wbt..

Jumaat
14.03.2025
8.15pm
HTAR, Klang
Tarikh pemergian Abg Tajul selama2nya..

Aku ke Klang ni hari khamis lepas sekolah jam 11.30am
Terus bergegas laju menuju ke KL.
Hujan lebat mencurah di gambang..

Berhenti sebentar di hentian maran..
Memejam mata sekitar 10minit..
Akibat mengantuk teramat sangat..
Sampai di Klang jam 4 petang..
Petang tu gi bazar ramadhan di taman Andalas...

Malam pas berbuka baru gi ziarah abang..
Tunggu hingga jam 10.
Keadaan dia masa tu dh tak sedar..

Esok pagi jumaat ziarah lagi..
Kondisinya masih sama..
Pas jumaat ambik grab dari hotel tai pan..
Kerana pas jumaat mmang tiada parking.

Jam 3.30 doktor suh panggil semua..
Buat prosedur cabut oxygen..
Mula jam 330 hingga lah jam 815pm..
Itulah kemampuan abang bertahan tanpa bantuan alat oxygen..

Segalanya ketentuan ilahi..
Yang hidup pasti akan pergi..

Jenazah di uruskan pihak hospital HTAR.
Dibawa pulang esok harinya..
Dikebumikan di kampung anak air kuantan.
Diuruskan oleh Pihak DIC..

Damailah abang di sana..


No comments:

Post a Comment

Motivation VS Discipline

Aim for discipline, not motivation. Motivation is just a feeling. Discipline is a habit. Discipline is the key to success. 99% of the succes...