Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
31 August 2024
22 August 2024
Loan Disburse
Berikut adalah penjelasan mengenai proses pengeluaran wang loan Pembeli dalam transaksi sub-sale hartanah,yang melibatkan penebusan hutang Penjual:
Pengeluaran Wang Loan Pembeli (Peringkat Pertama)
————————————————-
Apabila hartanah masih dicagar oleh Penjual kepada bank pembiayanya, proses pengeluaran wang loan Pembeli akan dilakukan secara dua peringkat.
Pertama, wang loan pembeli digunakan untuk menebus hutang Penjual. Setelah bayaran dibuat, anda perlu menunggu bank Penjual untuk memulangkan semua dokumen yang berkaitan.
Secara amnya, dokumen yang berkaitan dengan pemilikan dan cagaran hartanah akan dikembalikan kepada pihak yang berkenaan.
Pengeluaran Wang Loan Pembeli (Peringkat Kedua)
————————————
Kedua, baki pinjaman yang tinggal selepas penebusan akan dibayar kepada Penjual atau peguamnya sebagai stakeholder mengikut terma dan syarat dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).
Prosedur Peguam Bank Pembeli
——————————————-
Peguam bank pembeli akan mengeluarkan surat nasihat kepada bank pembeli, dengan syarat bahawa terdapat "Redemption Statement" dari bank penjual.
Peguam bank Pembeli juga perlu memastikan syarat-syarat lain dipenuhi seperti pembukaan akaun bank, kelulusan Mortgage Reducing Term Assurance (MRTT), laporan penilaian hartanah, dan laporan perubatan untuk MRTT (jika perlu) seperti yang dinyatakan dalam Letter Offer bank.
Notifikasi Pengeluaran
———————————-
Peguam bank Pembeli akan memaklumkan kepada peguam Penjual sebaik sahaja bank memberi notifikasi pengeluaran wang loan.
Bayaran Faedah /Untungan Bank
————————————
Bayaran faedah bank akan bermula dari tarikh pengeluaran wang pembiayaan.
Semoga penjelasan ini membantu.
Jika ada apa-apa soalan tambahan atau perlu penjelasan lebih lanjut, jangan ragu untuk bertanya.
#nailaw
www.nailaw.my
15 August 2024
Bersih Rumah Maulana
Alhamdulillah...
Rumah ni antara rumah yang paling banyak makan modal...
Paling banyak aku pening kepala...
Paling menitiskan airmata...
Paling banyak pengalajman..
Paling banyak aku kena...
Kena dengan penipu Andra
Kena dengan nasihat lan..
Kena dengan kak mah dan keiri..
Kena dengan megat..
Kena dengan kojet..
Rumah terpaling segalanya..
Kos rumah ni tak tau nak cerita..
Habis simpanan aku korek...
Duit gaji pun guna..
Peluh dan keringat usah kira lah...
Harini aku minta tolong ady bersih dan buang longkang lama...
Potong rumput bersih halaman Rm150.00
Buang longkang lama Rm200.00
Siap tolong buang lagi batu longkang tu..
Memang banyak kerja..
Dari kul 9 pagi sampai kul 1.30 tghari..
Bila dah banyak sangat kena dengan orang ni..
Bertemu jugak orang yang baik..
Begitulah kitaran hidup kita..
Semoga Allah swt permudahkan urusan aku dan rumah ni...
Hidup Tenang
Dalam Hidup Jangan Banyak Kebutuhan.
Setiap Kita banyak Keinginan Pasti Banyak pengeluaran Akan Banyak Hutang.
Saya tak Pernah Berhutang Sebab Saya Tak Banyak Keinginan.
Semakin Banyak Keinginan Semakin Banyak Hutang Semakin Stress.
Orang Semakin Banyak Duit Semakin Banyak Keinginan
Hidup Yang Tenang Adalah Hidup Dengan Apa Adanya..
Ustaz Abdul Somad
14 August 2024
Mesin Basuh Samsung 14Kg
Alhamdulillah..
Setel urusan mesin basuh..
Kali ni rosaknya pada board panel digital..
Dia tidak boleh baca sukatan air yang masuk dan keluar..
Mulanya aku ingat valve belakang..
Aku pun tukar baru..
Padahal baru je lagi tukar aritu..
Valve suh wadi tukang mesin basuh tukar RM180
Aku tukar sendiri barang Rm80
Beli kat izat..
Kali ni habis ikhtiar..
Aku tukar valve yang baru..
Cuci saluran paip kecik..
Semua check sendiri
Belajar diy kat youtube..
Semua habis usaha..
Tak jumpa jugak..
Akhirnya panggil tukang..
Abang pada wadi,
En yazid..
Dia bagitau panel board dia yang rosak..
Terpaksalah aku ikut je..
Kos dia Rm650.00 boleh tahan jugak harganya...
Tapi sebab menda ni penting..
Kalau tak kena pergi ke dobi...
Tiada pilihan lain....
Tukar jugaklah seketul..
Barang original..
Tiada yang second dan barang china..
Dari minggu lepas order..
Deposit rm100
Harini 14 ogos baru barang sampai..
Terus datang pasang...
Selesailah masalah mesin basuh..
KARIER DAHULU...
Fokus pada karier anda dahulu..
Barulah pada sosial media..
Nasihat LCW..
Its a good advice..👍
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nasihat Haruki murakami
Apakah menda yang wang tidak boleh beli 1. Kesihatan yang baik 2. Tidur yang lena 3. Senyuman yang manis
-
RUTIN PAGI & 10 KUNCI KEKUATAN IMUN" Pagi ini saya bangun jam 5.00 pagi. Sunyi. Sejuk. Saya duduk sejenak. Syukur—kerana masih dibe...
-
Lepas Beberapa kali siri towing.. Akhirnya aku hantar ke Perodua Sevis centre.. Kalau sini pun xleh jalan.. Aku kira ambil kereta lain jelah...
-
24 September 2026 Khamis Tmg Beserah Kalini kena waktu beli barang abangah.. Masa start nak pergi tu okay lagi.. Sebab tu rasa konfiden je b...