Cara pengiraan Air Cond 1 Hp
Formula ini boleh digunakan untuk menganggar kos bagi penggunaan ‘AIR COND’ mengikut kuasa kuda atau Kuasa dalam Watt.
Contoh :
Sebuah bilik tidur disejukkan menggunakan ‘Air Cond’ selama 8 jam sehari. Pada label Air Cond yang digunakan mencatatkan : 240v/746 Watt.
Kirakan berapa jumlah kos eletrik bagi penggunaan ‘Air Cond’ tersebut jika digunakan selama (30 hari ) bagi tempoh yang sama?
Diberi kos bagi satu unit eletrik (1 KWj) ialah RM 0.218
Langkah 1: Tentukan jumlah tenaga yang digunakan dalam KWj bagi satu jam.
Tenaga digunakan per Jam = 746watt x 1jam /1000 = 0.746 kWj.
Langkah 2: Pengiraan kos tenaga.
Kos tenaga per jam = 0.746 kWj x 0.218 = RM 0.16
Ini bermakna penggunaan sejam ‘Air Cond’ untuk unit 1HP = RM 0.16
Langkah 3: Pengiraan jumlah kos bagi sebulan ( 30 hari ).
Kos tenaga bagi satu bulan = RM 0.16 X 30 = RM 4.80
Jadi kos penggunaan ‘Air Cond’ dibilik tersebut dalam sebulan :
RM 4.80 x 8jam = RM 38.40 untuk 1hp Air Cond..
p/s : Penjimatan dapat dibuat dengan mengurangkan tempoh penggunaan dan ‘air cond’ hendaklah di servis bagi mengekalkan kadar standard watt. Jika terlalu berhabuk, ‘air cond’ akan menjadi berat dan kadar bill menjadi tingg
Kredit Pada Blog : http://nuraibahijrah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment