21 October 2026

Tinted Vorra Film

Harini aku cuti rehat..
Sebab nak selesaikan beberapa perkara .
Pertama buka akaun cimb wife aku..

Pastu gi klinik ima
Wife aku nak buat rawatan akar..
Mahal rupanya buat rawatan akar ni..
Kos dia sahaja mencecah Rm1700..
Jika termasuk semua nasihat caj lain total Rm2000.

Kalau seribu lebih tu aku dah agak..
Tapi ni dah naik 2K 
Rasa macam mahal pulak..
Mujur ada kredit kad..
Swipe ajelah dulu..

Mungkin kena riki² jugak klinik lain..
Tengoklah macamana..

Dah setel urusan gigi..
Terus ke Vorra film kat jalan Ahmad..
Sampai situ dalam kul 430..

Tanya tokey nak buat tinted 
Nano ceramic..
Aku dapat baucar dari carro Rm400..
Tapi mesti buat di Vorra film nilah..

Taukey bagi 4 jenis tinted .
Harga bermula Rm900 hingga Rm3200

Dah tentu aku ambil yang paling murah..
Iaitu rm900
Disebabkan ada baucar Rm400
Aku hanya topup Rm500

Malas nak fikir panjang..
Lagipun kereta ni memang takde tinted langsung..
Original kilang..

Aku on jelah..
Pas serah kereta...
Aku ambil grab pergi Ecm..
Kos ke ecm dal Rm5 untuk kereta standard..
4 orang satu kereta .

Di Ecm memang kelaparan..
dari pagi tadi je makan..
Kat TCRS ni takde menda lainlah .
Makan nasi ayam..

Tengah makan tu..
Dalam kul 615 tokey vorra call bagitau kereta dah siap..
Rasa macam baru je makan..
Sebab pergi solat asar dulu..
Jalan kaki pulak..
Jauh juga tu..

Cepat cepat aku habiskan makan..
Terus ambil grab ke kedai balik ke vorra..

Dekat nak sampai kedai tu..
Nampak dari jauh dah wow..

Hitam berkilat..
Okaylah puashati .
Bayar lagi Rm500

Terus balik rumah..
Dari pagi kul 930
Sampai ke malam kul 730 baru sampai rumah..

Yang penting setel semua kerja.
Alhamdulillah..
Selesai hari ini..
Semoga dipermudahkan..
Ameen

No comments:

Post a Comment

Tinted Vorra Film

Harini aku cuti rehat.. Sebab nak selesaikan beberapa perkara . Pertama buka akaun cimb wife aku.. Pastu gi klinik ima Wife aku nak buat raw...