19 December 2022

Trip Cyberjaya

15,16 dan 17 Disember 2022

3 H 2 M

========================================================

Alhamdulillah baru sahaja selesai bercuti di cyberjaya.

Kat sini aku nak share dan simpan tentang perjalanan kami ke cyberjaya. Kalau ikutkan tak lah best sangat percutian kali ni sebab rasa biasa2 aje. Mungkin tak banyak tempat pergi agaknya.

    Kali ni kitorang menginap di Gardenview Residence Cyberjaya, apartment 3 bilik 2 bilik air. Rumah sangat okay bilik semua aircond, wifi ada, Tv pun okay siap semuanya berfungsi dengan baik.

 Rumah tingkat 7, cuma yang kecewa adalah poolnya xdapat guna sebab kena selenggara. Ini memang sangat mengecewakan kami terutama budak2 yang dah berangan dari rumah nak mandi kolam.

Kitorang sampai kat Gardenview ni lebih kurang kul 4.00 petang. Kali ni bersama kitorang kakak dan ipar sekali maknanya 3 family lah bercuti sekali. 

Hari pertama

 Taman tasik cyberjaya, kat sini kali kedua dah aku datang bercuti.. best jugaklah sebab ada scooter tryke untuk main kat sini. duduk tak lama sangat sebab dah lewat sangat sampai. Lebih kurang 40minit pastu terus ke IOI Mall putrajaya sebab nak cari makan. Sampai IOI Mall cari makan jap kat food station dia kira okay jugaklah banyak kedai makan yang kita boleh pilih. Aku makan nasik ayam je senang nak order, Jalan2 dalam mall pastu kul 10.00 kitorang gerak balik.

Hari Kedua

    Pagi tu gerak lewat sikit, al maklumlah bila dah ramai2 ni.. kul 10 pagi baru keluar pergi ke Mall De Pulze Cyberjaya makan nasi ayam Chicken Rice Food. Pastu round tengok kat Decathlon menarik jugak decathlon sini sebab banyak barang. Sempatlah jugak membeli googol renang dan jam tangan renang budak kat sini. Pastu Gerak ke Paradigm Mall agak jauh juga perjalanannya dari Cyberjaya tu. Lebih kurang 40 minit. Kat situ memang kitorang plan nak tengok taman tema Escape Park yang banyak orang share kat youtube. 



    Alang2 dah sampai budak2 ni kena suruh main sekali lah... pada aku memang agak adventure escape park ni. Keselamatan pun nampak terjamin sebab ada instruktor yang jaga. Tiket boleh tahan jugak harganya. Kanak2 bawah 12 tahun dalam rm68.00 kalau budak atas 12 tahun hingga dewasa harganya RM103.00 korang boleh tempah atau beli online kat situ. Ada penjaga kaunter akan ajar bagaimana nak beli tiket.

                                                    


    Kitorang duduk situ sampai kul 6.30 petang... dah puas budak ni main kitorang decide nak balik sebab ada budak kecik2 yang dah penat seharian berjalan. Patah balik singgah di Kedai makan sekitar cyberjaya tu. Makan malam jap terus balik ke rumah.

Hari Ketiga

Pagi tu tiada aktiviti pun cuma lepak kat bilik. Makan pun apa yg ada sahaja yang dibeli di Seven Eleven jajan dan roti untuk alas perut. Kemas2 rumah kul 11.00 kitorang pun checkout. Terus menuju ke Putrajaya nak ambik Mak cik sebab dia nak tumpang balik sekali. Makan tengahari dan solat jamak taqdim terus kat rumah anak dia pastu baru bergerak pulang. Sampai ke Kuantan sekitar jam 7.00 malam.  Terpaksa balik awal sebab malam tu ada grading pula..

Alhamdulillah semua selesai trip kali ini. Biarpun biasa2 aje tapi boleh lah untuk merehatkan minda ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca coretan ini.

     

 Cara Claim Insuran MRTA dengan Maybank

Aku akan share kan tips nak claim insuran MRTA dengan Maybank..

1. Pastikan korang punya akaun loan korang dah tutup sepenuhnya,

2. Tunggu surat daripada maybank yang menyatakan loan korang dah setel. Fully redemption.

3. Ambik surat tu tunjuk kat officer bank mintak dia surrender akaun MRTA korang.

4. Tunggu seminggu dia akan masukkan terus ke dalam akaun korang baki akaun MRTA tersebut.

5. Kalau masih tak terima juga korang boleh pergi ke etiqa takaful maybank bawak sekali surat fully redemption mintak diorang tolong tutupkan akaun MRTA korang.

Semoga membantu..


07 August 2022

 Today Quote- 

" When there is no longer problem you are handling now, actually you are out of job, just a matter of time, sooner or later. "

27 December 2021

TRIP MELAKA

3H 2M

15, 16, 17 Disember 2021

========================================

Tahun ini melaka adalah pilihan kami. 

Sebagai penutup tahun 2021 trip yang dipilih adalah Negeri Melaka bandaraya bersejarah. Setelah hampir 4 tahun tidak ke Melaka saya mengambil keputusan untuk ke sini memandangkan hujung tahun kebiasaannya negeri pantai barat tidak terkesan dengan musim tengkujuh. Memang betul jangkaan saya perjalanan kali ini segalanya lancar Alhamdulillah.

 Bertolak pada jam 10 pagi, melalui jalan batu balik, muadzam, segamat, tangkak seterusnya menghala ke kuala lumpur exit bandar hilir, Melaka.

 Trafik lancar tiada kerumunan kereta yang menyesakkan jalanraya, sedikit terganggu di sekitar bandar tangkak. Hanya kenderaan bergerak perlahan.

 Singgah ke tandas di petronas segamat, kemudian mengambil makan tengahari di kedai nasi ayam pak mus segamat. Sangat ramai pelanggan pada hari itu mungkin berkebetulan dengan waktu rehat tengahari. Nasi ayam yang cukup lazat dan lauk yang pemurah menjadikan ia sebagai pilihan masyarakat kawasan tersebut.

 Sepanjang perjalanan melalui kawasan pemandangan gunung ledang di segamat yang indah,  menggamit memori ketika belajar disekolah berkenaan sejarah Hang Tuah dan puteri gunung Ledang. Bayangan cerita P. Ramlee pun hadir bersama menerawang sebentar ketika melalui papan tanda masuk ke gunung ledang.

 Di Melaka saya menginap di Atlantis Residence.. Ia menjadi pilihan kerana dapat memuatkan 6 orang dengan selesa pada satu masa. Harga yang di tawarkan pun munasabah. Kolam yang besar dan menyeronokkan bagi yang membawa bersama anak kecil.

     

    Selesai self check in. jam 4 petang. Kami menjenguk kolam sangkaan mahu terus mandi. Rupanya mesti booking tempat dahulu kerana SOP Covid19 yang melanda negara ketika ini. 

 Kami pun booking untuk jam 8.00 dan 9.00 malam. Senang booking dua jam terus.

Disebabkan hampa tak dapat mandi kolam petang itu. Kami ambil keputusan pergi  minum petang di Pantai klebang, Sambil menikmati teh tarik disitu sambil menikmati sekitar pantai Klebang yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat dan beriadah. 

Selesai sahaja kami terus balik ke bilik dengan anak-anak sudah berteriak nak mandi kolam.

 Yeay.. This is Holiday..

Malamnya selepas solat ( Jamak Ta'khir ) sekitar jam 9.00, terus ke tebingan bandar hilir untuk menaiki river cruise. 

  Beratur! 

  Peh.. ramainya orang berpusu membeli tiket. Sebahagiannya menanti kehadiran bot untuk mengambil penumpang. Mujurlah bot yang disediakan banyak jadi hanya menunggu satu pusingan sahaja.

 Berbaloi.. Itu yang dapat diungkapkan setelah selesai menaiki bot menelusuri sungai melaka. Sarat dengan informasi yang disajikan sepanjang perjalanan malam tersebut.

Perut mula menunjukkan tanda ia perlu diberi perhatian. Kami bergegas mencari makan di restoran berdekatan. Jam sudah menunjukan 11.00 malam.. Mujurlah masih ada kedai yang buka pada waktu malam sebegitu.

 Alhamdulillah kenyang, pulang ke tempat penginapan bersiap untuk rehat dan tidur.

Hari Kedua,

Pagi itu hujan turun membasahi bumi bersejarah.. mengacau milo 3 in 1 di dapur apartment.. sambil makan roti yang dibeli di seven E malam tadi. Melihat curahan air hujan yang lebat sambil meneguk milo panas. Terasa kehangatannya yang menghilangkan segala difikiran.

  Hujan berhenti sekitar jam 11 pagi. Semua sudah bersiap... kami terus menghala ke bandar hilir mencari makan tengahari. 

 Asam pedas! 

    Yeayy itu sudah semestinya jika berkunjung di melaka. Restoran Hajah Rahmah menjadi pilihan kali ini. Kelihatan ramai orang beratur, meja pun sesak. Kami terus mencari ruang kosong. Alhamdulillah tempat dapat, asam pedas disini tidak mengecewakan. Usai makan tengahari, berkunjung terus ke kedai cenderahati di seberang kedai makan. Banyaknya ole-ole yang dijual.. membeli hanya  sekadar keperluan sahaja.

 Disebabkan aktiviti lawatan seterusnya, sekitar bandar hilir sahaja, Kami hanya berjalan kaki ke lokasi paling hampir iaitu muzeum samudera.. berfotografi disitu sebagai kenangan hadir ke kota bersejarah. Cuaca panas yang mengalirkan peluh tidak terasa, akibat seronoknya menikmati artifak tinggalan bersejarah.

 Hampir 1 jam disitu kami beralih ke kota A' famosa, kali ni menaiki beca beroda tiga. Terpaksa menyewa 2 buah kerana jumlah kami seramai 6 orang.

 

Wah! seronok juga bila naik beca orang yang kayuh. Rasa macam pelancong luar negara sahaja. Upah dikira untuk sebuah beca RM25.00. Berbaloi untuk yang sekali sekala datang ke Melaka.

 Usai berfoto kenangan di kota A' Famosa, Kami bergegas ke masjid selat melaka. Jaraknya tidak jauh dari bandar hilir sekitar 10 min perjalanan sahaja. Seronoknya masjid selat ini kerana sebahagian binaannya mencecah selat melaka. 

 Deruan angin yang lembut seolah membelai perasaan, ianya sangat mengasyikkan. Selain mengibadahkan diri dengan solat, masjid ini juga sesuai untuk merehatkan minda dengan menikmati pemandangan selat melaka yang terbentang penuh dengan sejarah yang lama.

 Petang itu kami ke kampung morten, minum kopi sambil menikmati pemandangan tebingan sungai melaka. Sambil menghirup kopi panas dan berbual tentang sejarah dan keunikan bandaraya melaka diselangi bunyi bot yang mula beroperasi membawa penumpang yang pelbagai sangat membuai rasa. 

 Jelas! ianya satu perasaan yang mendamaikan..

Setelah malam tiba, kami mula beredar, hujan mula turun dengan rintik-rintik.. kami bergegas ke kereta. Tidak lama hujan mula turun dengan lebatnya. Mula mencari arah seterusnya yang hendak di tuju. Galeri 3D mula muncul di paparan telefon, Kami mula mencarinya dalam hujan yang lebat ianya memaksa kami mencari perlindungan letak kereta berbumbung. Akhirnya bertemu parking didalam kawasan kompleks beli belah. Mula mencari galeri 3D.. malangnya waktu operasi sudah pun tamat. Berlegarlah kami di ruangan kompleks tersebut. 

 Setelah hujan mula berhenti perlahan kami keluar mencari destinasi seterusnya bagi mengisi luang waktu yang ada. 

 Nah! kami ke Jonker street.. mencari melalui aplikasi maps.. akhirnya ketemu juga namun malangnya tiada seorang peniaga yang berniaga. Rupanya mereka hanya beroperasi pada waktu malam jumaat, sabtu dan ahad sahaja..

Argh.. mana pula nak pergi ni.. setelah berpusing-pusing disekitar bandaraya melaka malam tersebut, kami ambil keputusan untuk mencari makan mengisi perut yang mula terasa kelaparannya.

 Masuk ke kg Morten semula, namun terlalu sesak dengan orang ramai. Kami keluar dan terlihat restoran Nasi Lemak Royale Kedah ( Melaka ). Nah.. apalagi terus sahaja memberi isyarat membelok kiri dan mencari ruangan tempat meletak kereta.

 Kedengaran nyanyian band lagu yang membuat persembahan di tepi restoran tersebut. Setelah daftar nama di aplikasi mysejahtera dan mencatat suhu. Kami mengambil tempat duduk yang agak hujung. Kedai penuh dengan pengunjung meskipun agak lewat malam. Nasi kuning, kuah campur, ayam goreng bersama Teh O sungguh menyelerakan. sambil disajikan halwa telinga dengan pelbagi lagu dari band restoran. Siap makan hampir jam 11 malam kami pulang semula ke penginapan.

Hari Ketiga

 Setelah siap sarapan dirumah, kami mula berkemas untuk check out. Barang disimpan rapi ke dalam luggage. Sampah sarap di kutip dan diikat kemudian di himpun di suatu sudut. Sebagai penghargaan kepada tuan rumah yang menyediakan kami tempat tinggal yang selesa. Saya memang menerapkan budaya dan disiplin dalam keluarga kami supaya beretika ketika keluar masuk di mana-mana penginapan.

 Tepat jam 11.00 am, kami check out dari apartment tersebut. Semuanya self check out. Kami terus menghala ke bandar hilir mencari rumah terbalik ( Upside Down ). Memang kreatif juga dalam rumah ni. Semuanya terbalik dan memerlukan gaya fotografi yang betul bagi menghasilkan efek yang betul. Lama juga hendak memahami efek dalam gambar di rumah ini. Bagaimanapun ianya menjadi keseronokan apabila berjaya menghasilkan potret yang betul.

 Selesai penggambaran disini, kami terus keluar untuk mencari makan tengahari. Disini kami memilih Asam pedas selera kampung, Rasa asam pedas kedai ni sedikit berbeza dengan yang semalamnya. Namun kelazatannya sehingga menjilat jari. 

 Usai makan tengahari kami terus keluar dari bandar hilir menuju ke arah air keroh, hajatnya ingin menaiki pedati lembu. Namun kami difahamkan sudah tiada lagi aktiviti pedati lembu kerana banyak pihak mendakwa pengeksploitasi haiwan adalah satu kezaliman dan mendapat kecaman hebat sama seperti negara Thailand yang menggunakan gajah sebagai simbol tarikan pelancong ke negara itu.

Justeru kami mengambil keputusan untuk terus pulang pada jam 3 petang daripada air keroh.

 Selamat Tinggal melaka bandaraya bersejarah.

InsyaAllah umur panjang kita berjumpa lagi.

Adios.. Byee


 





20 December 2021

 

Review Buku 

===========================

SAYA ADA 25 JAM SEHARI

Penulis : Dr Mohd Daud Bakar

MS : 244

Cetakan : IWC Sdn Bhd

=============================



Alhamdulillah

    Baru sahaja menghabiskan bacaan buku "saya ada 25 jam sehari" tulisan Dr Mohd Daud Bakar. Buku ini saya jumpa di SMO Bookstore ECM Kuantan. Ia merupakan sebuah lagi karya Dr Mohd Daud Bakar yang judul asal ditulis dalam bahasa inggeris kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Dibeli pada 23/10/2021.. Walaupun lama di pasaran cumanya saya baru terjumpa ketika mencari bahan bacaan di ECM..

 Apa yang dapat saya ulaskan disini penulis sangat komited menjelaskan penggunaan masa yang boleh dikembangkan dari 24 jam ke 25 jam.

 Dari sudut pandang saya sendiri, isinya sangat padat dan penggunaan bahasa yang beraras tinggi. Memerlukan daya fikir yang baik supaya dapat memahami setiap bait yang diungkapkan..

 Sebenarnya saya lebih suka jika penulis menggunakan bahasa rakyat marhaen sahaja supaya ia lebih dekat dengan khalayak pembaca yang pelbagai.. Buku ini menceritakan kisah hidup penulis yang sangat sibuk travel dari satu lapangan terbang ke lapangan terbang yang pelbagai di serata dunia..



 Di situlah penggunaan masa yang maha sibuk di manfaatkan sepanjang perjalanan penulis. Banyak tips dan teknik yang dikongsikan dalam buku ini antaranya.

# Gaya hidup dan kerja yang buruk ini tentunya mengurangkan ataupun menghapuskan masa yang sepatutnya dapat dimanfaatkan bagi kerja-kerja produktif..

# Semua perkara yang dirancang ataupun ingin dilakukan haruslah bersifat peka masa ataupun pusatan masa, yakni merujuk pada penggunaan masa secara cekap dan berkesan.

# Sesudah berjalan senam di pagi hari, minda saya mula mencerna segala isu bagi mendapatkan perspektif tepat mengenai isu Syariahnya ( jika ada ).

# Dalam hidup, terdapat dua ciri yang membantu kita berjaya: kepintaran dan kemahuan bagi berjaya, ataupun keazaman.

# Pengurusan masa yang tidak bijak menyebabkan prestasi kerja yang lemah dan akibatnya anda menanggung malu.

# Setiap orang mempunyai cara berbeza menghadapi masa tergendala...... Sekadar perlu mengubah cara anda bekerja ataupun cara anda meminta pertolongan orang ataupun rakan kerja.

# Saya sebenarnya membaca lebih banyak buku di awan putih berbanding jumlah buku yang saya baca di darat membumi ( sepanjang tempoh 2005-2015 ).

# Ini kerana saya dapati sebaik sahaja saya kurang menumpukan perhatian, banyak perkara kurang enak berlaku dalam kehidupan peribadi dan profesinal saya.

# Perwatakan dan perawakan berbilang tugas mampu membantu menjana masa tambahan buat diri anda sendiri, sungguhpun anda tidak menyedarinya.

# Berbilang tugas bukan lagi kemahiran sampingan. Sebaliknya, ia kemahiran utama yang perlu dimiliki individu dan pemimpin hebat.

# Peranan pemikiran bawah sedar dalam penyelesaian matematik memang tidak dapat dinafikan.

# Apabila seseorang bersemangat tinggi dan bekerja penuh perasaan dia mampu menghasilkan kecemerlangan, malah keajaiban.

# Apa yang penting adalah berapa banyak tugasan yang mampu disiapkan dalam sehari.

# Kita perlu melonjak daripada bagus kepada hebat.

# Dalam kehidupan apabila seseorang tidak mengambil risiko, mereka cenderung bersikap sambil lewa.

# Tetapi yang mengejutkan adalah insan yang bersemangat tidak mempunyai sebarang senarai tugas. Mereka cuma bersemangat bagi mencapai apa yang perlu mereka capai dalam sehari. Bagaimana itu mungkin berlaku?

# Saya memulakan hari saya dengan mengimbas semua tugas yang perlu saya lakukan, ada yang amat penting, ada yang sudah melepasi tarikh akhir atau pun hampir melepasi tarikh akhir.

# Saya menyelesaikan hampir 50% kerja harian yang tertunggak semasa sedang makan tengahari, memandu ataupun berjalan sekitar lapangan terbang di seluruh dunia. Ini kerana isu tersebut adalah isu biasa dan mampu di ramal. Ini termasuklah pengurusan diari bagi temujanji, nota bagi ceramah dan mesyuarat, hal pentadbiran, urusan perjalanan dan sebagainya.



    Sebenarnya banyak lagi bait-bait inspirasi yang terdapat di dalam buku tersebut. Saya sarankan pembaca boleh dapatkannya di mana-mana toko buku berhampiran.

Sekian huraian dari sudut pandang saya.. 



Semoga membantu..

Selamat Membaca..


17 October 2021

Cameron Highland


08-10 Okt 2021


1. Selepas lama tidak keluar dari kampung halaman akhirnya berjaya juga mencari ruang untuk menghirup udara di tanah tinggi.

2. Perjalanan kali ini memberi satu idea dan inspirasi untuk maju ke hadapan.

3. Mengatasi halangan dan rintangan yang berada di dalam diri sendiri.

4. Menguasai diri adalah jauh lebih sukar.

5. Merenung keindahan alam yang terbentang luas.

6. Menghargai semuanya.




22 November 2020

 Assalamualaikum wbt...

Adobe Photoshop

HRDF

Rubick Technologies

Kursus 5 hari.

16 - 20 November 2020, Mana2 Cafe.

     Harini aku nk share cerita aku join kelas Adobe Photoshop under HRDF. This is for beginner, meskipun aku ada juga belajar sendiri adobe photoshop ni tapi bila join kelas ni rasalah ada tok guru yang betul... Barulah ilmu tu ada sanad sikit.. Genuine..

    Pada aku kelas ni sangat2lah berbaloi.. dahlah free, dapat sijil, tambah dengan elaun lagi.. Mana nak dapat kelas camni.. memang fullhouse lah..

     Pada korang yang nak join kursus under HRDF rajin2lah cari kat page diorang tu.. Kalau ada trylah join.. memang tak rugi..

     Lagipun banyak lagi kursus yang diorang ni buat.. marketing, culinary, industries.. macam2lah.. ikut interest masing2lah..

    Kelas ni aku join solo je.. xde geng yg temankan pun.. sampai kat situ kebetulan adalah muka sorang mamat ni pernah kenal.. bolehlah buat teman borak waktu makan kat cafe situ..

    Day 1st, just belajar tentang tools je.. pastu adalah sikit buat quote guna tools yang dia ajarkan tu..

guna saiz page yang betul, square saiz dan A4 saiz..

    Day 2nd, belajar nak buat namekad mockup.. memang nampak senang bila ada guru, tapi bila buat sendiri jadi slow.. aku pun tak tau.. haha

    Day 3rd, buat replicate poster.. cari satu poster pastu tiru sebijik.. yang ni aku suka..

    Day 4th, buat brochure.. yang ni agak rumit sikit.. tapi bila dia jadi.. memang terbaiklah..

    Day 5th, buat invitation card dan page FB.. senang je rupanya buat invitation card.. asal ada template je.. sekejap je dah boleh siap.. korang boleh google je banyak dalam internet tu..

    Tu jelah nak cite.. saja nak tulis kat sini supaya tak lupa..

    Adioss..

    Wassalam..





Kenapa Rezeki Blocked

#FBIslamicLecture