24 April 2025

Teknik Pomodoro

Teknik #Pomodoro ini satu kaedah pengurusan masa yang sangat membantu bila otak dah mula serabut atau susah nak fokus.

Apa Itu Teknik Pomodoro?

Pomodoro ni sebenarnya nama alat pemasa dapur yang bentuknya macam tomato. Ia dimulakan oleh seorang warga Itali bernama Francesco Cirillo semasa dia belajar.

Dia set timer selama 25 minit, fokus buat kerja… lepas tu ambil rehat sekejap. Itu je asasnya.

Macam Mana Nak Guna? Senang je, ikut langkah ni:

Pilih satu tugas yang nak dibuat.
- Contohnya: nak siapkan satu slide, nak tulis satu artikel, atau nak habiskan baca satu bab buku.

Set pemasa selama 25 minit.
- Dalam tempoh ni, cuba fokus sepenuhnya. Jauhkan gangguan – tutup notifikasi, letak telefon jauh, jangan buka media sosial.

Buat kerja sampai timer berbunyi.
- Kalau tiba-tiba ada idea lain atau gangguan, tulis tepi dulu, teruskan kerja asal.

Lepas 25 minit, rehat 5 minit.
- Bangun, regangkan badan, ambil air, tengok luar tingkap, tarik nafas panjang. Janji jangan buat kerja masa ni.

Ulang 4 kali pomodoro (25 minit x 4).
- Lepas tu, ambil rehat panjang – dalam 15 hingga 30 minit.

Kenapa Teknik Ni Best?

- Tak bosan sangat. Buat kerja sikit-sikit je tapi konsisten.

- Bantu otak fokus. Kita tahu ada rehat lepas ni, jadi lebih mudah push diri.

- Elak tangguh kerja. Bila nampak tugas tu “hanya 25 minit je”, lebih mudah nak mula.

- Kurang stres. Kerja jadi lebih teratur, tak rasa terbeban.

Teknik ni sangat sesuai kalau rasa otak jem nak cari idea kreatif, atau bila kerja banyak sangat sampai tak tahu nak mula dari mana.

Sumber
FB

No comments:

Post a Comment

Renang Huda Penggal 2

 Assalamualaikum wbt... Harini aku baru bayar duit renang huda untuk yuran fasa 2... Kalau ikutkan kena bayar sebelum 31 Mei 2025 hari tu.. ...