01 January 2025

Kejayaan Aku 2024

 Assalamualaikum wbt..

Alhamduliillahi Rabbil Alameen..

Wassolatu wassalmua ala rasulillahi  wa ala alihi wasohbihi ajmain...


Alhamdulillah tahun 2024 telah melabuhkan tirainya..

Sekarang telah masuk ke jendela 2025...

Aku nak kongsikan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2024..

Antara momen kejayaan yang dapat dihasilkan sepanjang tahun ini....


1. Menulis sebanyak 85 Posting artikel di blog..

Wow..satu pencapaian yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya...

2. Melangsaikan hutang kad kredit sebanyak 10K

ini memang anatara wishlist aku untuk road to financially free..

3. Menebus hutang  Ar rahnu bank muamalat sebanyak 21K... 

Ini pun antara perkara yang sangat merisaukan aku.. kalau silap langkah ni memang melebur emas bini aku ... hahaha

4. Menjual rumah gambang.. 

Ini antara rumah yang aku gamble aje beli.. tengok rumah cantik harga menarik cuma lokasi je yang suam2 kuku,, Alhamdulillah lepas jual rumah ni. thanks to my agent puan marsita.

5. Membaca buku sebanyak 10 buah. 

i. Otak 2.0 - Dr Rizal

ii. Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar - Siti sujinah sarnap

iii. Bangun Pagi Berkat Sepanjang Hari- Khairul Nazrin

iv- Senjata Tajam Melawan JIn dan Syaitan- Dr Wahid Abduus Salam Bali

v. Cashflow Untuk Keluarga- Shamsuddin Kadir

vi. Financial Independence- Afyan Mat Rawi

vii 11 Rahsia Sihat Nabi SAW- Dr Fauzi Yusoh

viii Teroka Sains 3- Wan Fahmi Nur Annies

ix Nak Kaya Seribu Daya- Marlia Ramli

x. Gelagat dan Ragam Orang Melayu- Frank Sweetanham

#Kena Upgrade bilangan bacaan buku ni, sekuranggnya sebulan 2 buah buku..


6. Main boling pekdis- No 9 daripada 25 peserta.

7. Menyewa Vellfire selama 4 hari ke Taiping.

8. Mengurangkan hutang kepada 4 daripada 6 sebelum ini.

i- Axia

ii- PL Izan

iii-PL Aku

iv- Rumah Maulana

4 Ni aku kena setelkan secepat mungkin.

9. Trip Bercuti Tahun ni

i- Melaka

ii- D'Embassy

iii- Taiping

iv- Kosma Hotel

v- Klang tempat abang tajol.

10. Menyiapkan Rumah Maulana

- Mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkan dengan kos melebihi Rm50K tapi masih on market rumah ni

11. Masuk tournament ping-pong masjid Taqwa dan komuniti

- Setakat kumpulan sahaja.. okaylah berani join the tournament.


Alhamdulillah, walaupun pencapaian ini biasa- biasa sahaja, tapi dapat juga aku menyelesaikan beberapa perkara yang penting anataranya ialah hutang kad kredit dan ar rahnu. Kerana aku ni dalam misi mengejar Financially free. Semoga aku lebih suksess lagi tahun ni

Beberapa perkara yang aku tidak berjaya lakukan ialah..

1. Bersenam secara konsisten

- Push Up, renang, berjoging secara kerap..

2. Mengulang-ulang Al-Quran setiap hari

3. Jadual Analisis Solat yang tak bercatat

4. Catatan perbelanjaan yang di abaikan.

5. Mathurat yang tak konsisten.

6. Penjagaan makan dan minum yang tidak betul.

7. Jadual tidur yang tak beberapa konsisten.

8. Kegagalan meninggalkan lichess..

9. List To Do yang tak bertulis..


So, besarlah lah harapan aku untuk tahun 2025 ini untuk memperbaiki lagi mana yang silap dan mencemerlangkan lagi status sedia ada..


Azam Tahun 2025?

Tunggu.. 

Work in silence..

Lets The Result Tells The Story..

Semoga Tahun 2025 ini menjadi "Year Of Light For me"..

Till Then, happy hunting for your life..



No comments:

Post a Comment

logika Berfikir