Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.
3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
Ini panduan supaya kita senang nak tahu pengiraan zakat emas dan perak kita.. ok bye2.
Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah Dah sampai ke malam 15 syaaban hari ni. 1. Pagi ni ke sekolah ada pembayaran buku oleh ibubapa murid. 2...
-
Apa yang payah dalam hidup seharian kita... Bangun awal.. Nak bangun awal kena tidur awal.. Buat apa bangun awal... Inilah sebab...
-
Assalamualaikum wbt.. Aku nak update kisah aku bercamping kat balok... Tempat yang dipilih campsite nemo.. Sebelah je dengan Hotel De Rhu ku...
No comments:
Post a Comment