Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama rasanya aku tak memposting @ menulis sendiri kat dalam blog aku nih.. Hari ni memandangkan aku ada masa free sket ni so apasalahnya cilok2 sket masa untuk mengasah minda mengarang..
Korang perasan tak dengan keadaan emas sekarang ni? Kenaikannya memang sangat luar biasakan? Kalau kita tengok pada analisis kenaikan emas yang lalu. kenaikan emas agak mendatar, tapi sekarang ni graf kenaikan emas mencanaknya bukan2.
Adakah kenaikan emas ni secara xsengaja? Sudah tentu jawapannya tidaklah.. Beberapa minggu yang lepas Kerajaan india sahaja telah melepaskan pegangan matawang asingnya dengan membeli emas daripada simpanan IMF. Dolar sudah semakin lemah itu petanda ekonomi kapitalis sudah menuju kehancurannya.. Apa akan jadi jika korang pegang dolar banyak2 sekarang? sudah tentu dolar xmemberi anda kepuasan yang sebenar. Tapi kalau anda pegang emas? Boleh fikir sendirilah kepuasannya.
Keadaan ekonomi hari ni sangat tidak menentu, sampai kerajaan kita pun tak berani nak bagi bonus pada kakitangannya sendiri gara-gara ekonomi yang tak stabil. Kemungkinan akan stabil bila kita pun tidak tahulah.. Semuanya berdasarkan spekulasi oleh para ahli ekonomi.
Kestabilan nilai pada asas matawangnya adalah ditentukan pada demand and supply. Nampaknya permintaan pada dolar sudah berkurangan jadi secara otomatisnya dolar akan melemah. Justeru penyimpan nilai sebenar bukan pada wang(kertas) tetapi ianya terletak pada emas.. Kenapa Dr. Mahathir menyarankan penggunaan dinar kepada negara2 OIC? Ini kerana kebijaksanaan yang ada pada beliau tentang kekebalan nilai yang ada pada emas dalam apa jua situasi.. Oleh yang demikian beli emas sekarang simpanlah emas sekarang supaya anda tidak menjadi orang yang menyesal di kemudian hari kelak.. sekian dulu posting kali ini.. bye2..
Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
#Candat Sotong Siang. . C erita kali ini tentang aku mencandat sotong bersama geng merchong. Kali ini aku ikut trip bersama cikgu zul, da...
-
8 Habits That Will Solve 99% Of Your Problems👇🏽 1. Goal Setting Set clear and achievable goals to provide direction and purpose in solvin...
-
Hidup ini keras.. itu yang selalu kita dengar.. memang betul pun... kenapa orang nak berkawan dengan kita... mungkin kita ada sesuatu yang ...
No comments:
Post a Comment