01 November 2009

Dinar Emas Pertahanan Kewangan.

Dinar Emas Senjata Baru Umat Islam  
 
Sebut sahaja senjata, ramai yang membayangkan peperangan atau alat untuk mempertahankan diri. Senjata lazimnya digunakan untuk membunuh lawan atau menumpaskan mereka yang menceroboh kawasan kita. Pemilik senjata itu sudah pasti mengharapkan musuh dapat dikalahkan. Sebab itulah senjata amat penting dalam mempertahankan diri semasa peperangan. Keris, parang, pedang dan panah adalah senjata tradisional masyarakat kita.

Pada zaman Rasulullah SAW senjata yang digunakan ketika itu ialah pedang dan panah bersama kuda yang mampu dipacu laju. Dalam peperangan Uhud, tentera Rasulullah SAW telah menggunakan strategi yang begitu cermat dengan mengarahkan angkatan memanahnya menduduki gunung Uhud dan berpesan supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Baginda telah berpesan kepada tenteranya supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Sejarah telah membuktikan bahawa tentera memanah Islam telah mungkir arahan ketua, meninggalkan puncak Uhud dan kesannya menjadi sejarah dan teladan.

Dalam dunia moden kini kita dapati setiap negara berlumba-lumba untuk menyiapkan negara masing-masing dengan persenjataan terkini. Ada juga negara yang berlumba-lumba memiliki senjata nuklear atau senjata pemusnah lain. Peralatan ketenteraan semakin hari semakin canggih dan dunia ketiga pula sentiasa diajak untuk mengejar perkembangan teknologi ketenteraan terkini. Contoh yang ada membuktikan bahawa kebanyakan senjata yang dimiliki oleh sebuah negara itu akhirnya hanya efektif digunakan terhadap rakyatnya sendiri.

Dinar alternatif unggul ganti dolar

Alternatif terbaik kepada dolar Amerika dan wang kertas yang lain ialah dinar emas. Umat Islam mesti memulakan pembentukan sistem alternatif berteraskan mata wang logam ini. Banyak laporan dan analisis yang tersebar melalui internet menyatakan bahawa dinar emas mampu digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa dinar emas ini mampu menggantikan dolar Amerika. Malah ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan.

Orang kufur khasnya kaum Yahudi mula nampak akan kekuatan yang ada pada dinar emas dan umat Islam. Umat Islam kuat dari segi bilangan kerana setiap enam orang di dunia ini salah seorang adalah orang Islam. Orang kufur akan cuba memastikan supaya umat Islam tidak kembali kepada emas yang digunakan sebagai tukaran wang di kalangan umat.

1 comment:

Rahsia Kejayaan Bersama

Rahsia orang Cina bina kekayaan.  1. Bantu adik-beradik.  Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes da...