Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
20 June 2024
Meja Ping Pong
Hari Raya Aidil Adha
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
17 Jun 2024
Isnin
Hari Tasyrik ( 18,19,20 Jun 2024 )
Selasa Rabu Khamis
Raya tahun ni macam biasa balik ke salong dulu..
Sembahyang raya pun di sana...
Alhamdulillah diberi kesempatan dapat melapah sama tahun ini..
Izan masuk korban di surau Firdaus...
Jadinya, aku kena hadir sama untuk menguruskan lembu korban tersebut..
Pagi tu lepas solat raya di salong...
Aku kena gerak sorang balik pekan...
Cuma, aku agak terkilan sebab tak dapat nak bagi daging korban kat sedara mara aku..
sebab pihak ajk surau bagi satu bahagian sahaja kat aku...
bahagian yang lain diorang agihkan sendiri...
Sepatutnya bahagian yang lain tu aku ambik lah beberapa kilo untuk di agihkan kepada saudara mara aku sekali..
Ambiklah 5@6 kilo ke terus...
Takpelah sebagai satu pengajaran..
tahun depan pulak...
Insya Allah...
04 June 2024
Trip Cuti Ke Melaka
Nasihat yang berguna..
03 June 2024
BERANI
22 May 2024
Tukar Filter ATF Alza
Assalamualaikum wbt..
Allahumma Solli ala Saidina Muhammad Wa ala Alihi Wasohbihi Ajamain..
Harini nak cerita masuk bengkel kereta...
Kebetulan harini cuti hari wesak..
Aku ambik peluang hantar servis kereta Alza kat bengkel..
Bengkel kereta ni Owner namanya Cha..
Nama kedai Syam Workshop..
Dulu aku pernah tukar timing belt Hilux dengan dia..
Kira okay servisnya..
Orangnya pun ramah..
Harganya pun okay..xmahal dan taklah murah sangat..
Kali ni, Kasi tukar Filter Oil ATF..
dan juga servis Throttle body sekali...
Bagi enjin sedap sikit..
Al Maklumlah dah lebih 200K Km nya...
Pakai pun dari tahun 2014..
Diam tak diam hampir 10 tahun guna kereta ni..
Sejak tak servis kat perodua servis centre
.Jadi tak tau apa yang perlu di servis..
Akhirnya tukar minyak hitam jelah..
Tapi sebenarnya banyak yang perlu kita buat...
Kena rajin2 google kat internet ni..
jangan sampai leaking minyak hitam..
nanti nak kena tukar gasket head plak tu..
Odometer Harini ialah 240701 KM
Okay lah nanti pulak sambung..
Next...
15 May 2024
Sajak Hari Guru
Tajuk : Kemuliaan Guru
Demi Mu Guru..
20 tahun
telah berlalu..
Aku masih
lagi disni..
Mengajar
Ilmu Tanpa rasa jerih dan jemu..
Demi Mu
Guru…
Ku tuangkan
segala pengetahuanku..
Ke dalam
cangkir ilmu..
Sebagai minuman
anak didikku…
Hari Ini…
Anak didik
ku ramai yang sampai ke menara ilmu…
Menggulung
segenggam ijazah dengan airmata Kegembiraan..
Sebagai
guru itulah kebahagiaan pada diriku…
…
Demi Mu
Guru…
Kalimah
keramat ini akan terus bertukar ganti..
Meski aku
sudah tiada lagi di dunia ini..
Walau
kiamat menyapa seluruh alam buana ini..
Kemuliaan Nama
Mu guru
Akan terus Kekal
Abadi..
Sekian..
11.10 mlm
15 Mei 2024
Nasihat Haruki murakami
Apakah menda yang wang tidak boleh beli 1. Kesihatan yang baik 2. Tidur yang lena 3. Senyuman yang manis
-
RUTIN PAGI & 10 KUNCI KEKUATAN IMUN" Pagi ini saya bangun jam 5.00 pagi. Sunyi. Sejuk. Saya duduk sejenak. Syukur—kerana masih dibe...
-
Lepas Beberapa kali siri towing.. Akhirnya aku hantar ke Perodua Sevis centre.. Kalau sini pun xleh jalan.. Aku kira ambil kereta lain jelah...
-
24 September 2026 Khamis Tmg Beserah Kalini kena waktu beli barang abangah.. Masa start nak pergi tu okay lagi.. Sebab tu rasa konfiden je b...