04 June 2024

Trip Cuti Ke Melaka

Alhamdulillah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
Serta seluruh keluarga dan sahabat baginda..
Trip cuti sekolah kali ini, kitorang ke Melaka..
Tarikh : 27,28,29 Mei 2024
Isnin selasa rabu
Penginapan : Atlantis Residence
Host Jibril Wong
Platform AirBnb

Day 1

Baiklah, kali ni kami pergi 3 family, Aku, kteh, sikin..
Bertolak agak lewat sebab tunggu sikin pergi sekolah dia sebab result spm keluar harini. Lebih kurang kul 1.10pm baru gerak, orang sedang azan zohor..

Sampai muadzam singgah isi minyak, sambil aku ambik kesempatan singgah ke petronas beli air dan roti sikit untuk buat kudapan ketika dalam perjalanan. 

Pastu, terus ke segamat singgah makan nasi ayam di restoran pak mus.. Nasi ayamnya agak lembik mungkin terlebih air.. ayam pun bahgian dada aku tak berapa selera sangat.

 Pas siap tu terus pergi solat jamak di masjid muadzam. Waktu itu 5 minit lagi nak azan asar. Jadi aku buat keputusan tunggu asar dulu barulah kami solat jamak ta'khir..

Usai solat, kami teruskan perjalanan ke Melaka.. kenderaan agak banyak hari tu. Jadi kami terpaksa ikut sahaja belakang lori dan muatan berat. Tak mahu tergesa-gesa hanya santai sahaja.
Melalui jalan segamat tangkak terus susur keluar ke lebuhraya KL Johor. Tak jauh dari itu masuk melalui susur masuk bandar hilir. 
Kami tiba lebih kurang pukul 7.00pm. Hari dah nak gelap. Disebabkan aku yang leader konvoi tu. Aku ambik keputusan untuk terus ke bandar hilir.
Sampai sahaja ke area bandar hilir, aku setkan gps maps ke kg moten, sebelah sungai melaka. Cari parking dulu untuk melepaskan lenguh2 memandu kereta. 
Pastu, terus ke laluan pejalan kaki di tebing sungai melaka. Sambil menelusuri sungai kami terus menuju ke kedai makan berhadapan sungai tersebut.
Mencari ruang kosong yang ada, disebabkan ramai orang yang duduk di meja bersebelahan sungai kami pun duduk sahajalah di mana ada ruang kosong sahaja dulu.
Kemudian petgi ambil order di kedai.
Tak lama kemudian barulah ada ruang kosong dibahagian tebingan kerana pelanggan yang tadinya sudah beredar. Kami pun beralih tempat kerana inginkan suasana yang lebih happening..
Selepas menikmati roti bakar dan segelas teh panas dan melepaskan lelah perjalanan di situ. Kami mula bergerak ke seberang sungai dengan menaiki jambatan. 
Hanya berjalan kaki sahaja, tak jauh pun..
Disitu kami mula beratur mencari tiket untuk menaiki river cruise.. Agak lama beratur kerana ramai orang pada waktu tersebut. 
Hampir 30 minit barulah tiba giliran kami pula. Sesampai sahaja di kaunter tiket Izan bagitau wallet dia tertinggal dalam kereta. Huh, melengung sekejap sebab, takkan nak ke kereta pula, yang parkirnya agak jauh dari jeti tersebut. akhirnya, kakteh bertanya kalau pakai lesenmemandu atau kad kahwin ke boleh tak?.. mujurlah penjaga kaunter yang meahami tu kata boleh.. Fuhh selamat..Jika tidak jenuh nak menapak ke parkir yang jauh tu...
Tiket berharga Rm25 untuk dewasa dan Rm 15 untuk kanak2. Syarat hendak membeli mestilah ada kad pengenalan atau lesen memandu atau kad kahwin jika terlupa atau tertinggal.
Sebenarnya, aku dah puas juga naik river cruise ni lebih pada melayan anak-anak je.
Pemandangan masih sama dengan kedai makan dan jugak kedai arak yang banyak sekitar tebingan sungai. Hanya ada sedikit penambahan sahaja..
Selepas dari melihat keindahan sungai melaka itu, kami pergi melihat gerai tapak jualan yang tidak jauh dari jeti turun penumpang. Sambil melihat-lihat terus membeli untuk makan malam. Selepas hampir 30 minit kami pun beredar ke kereta untuk check in ke homestay. Haripun dah semakin malam. Kami singgah sebentar di Seven E untuk mencari sedikit tambhan air dan maggi di homestay. 
Mujurlah boleh check in tanpa ada sebarang masalh, walau agak sedikit tricky ketika mencari kunci homestay di lobby.. Semuanya berjalan lancar malam itu. Check in pun hampir jam 11 malam.

Day 2

 Pagi tu kami makan pagi agak lewat.. terus makan tengahari di kedai asam pedas tengah bandar melaka...
Lepas makan kami ke tempat menara taming sari.. Layan kan anak2 diorang nak naik menara taming sari...
Sambil kami berborak di pondok di kawasan jualan dibawah....
Jumpa pulak cikgu Romzi orang pekan di situ..
Lepas siap tu diorang nak naik beca round ke kota A Famosa.. layankan ajelah...
Dah siap tu kami bergerak ke The Shore Melaka Sky Tower..

Rupanya orang tak naik tengahari panas2 tu...
Jadinya, terpaksalah kami delay sikit niat tu ke waktu malam..
Pastu terus gi solat ke masjid selat di perairan selat melaka..
Masjid ni antara tempat favourite aku kalau ke Melaka...
Usai solat je, kami bergerak ke Pantai Klebang..
Minum2 petang..
Ramai jugak orang makan petang mungkin sebab ada jualan macam pasar malam di sekitar kawasan tu...
Dah maghrib tu kami mula bergerak semula ke The Shore Melaka Sky Tower.. Kali ni kami naik terus ke atas tu...
Memang gayat weii...
Nampak satu bandar melaka..
Mungkin sebab lokasinya nya berada di tengah bandar,,,,
Jadinya, nampaklah sungai melaka yang orang duk naik river cruise tu..
Memang rasa rileks aje atas tu...
Angin pun nyaman aje...

Pas dah puas pusing atas tu.. dah macam padang bola pun ada ..
Kami pun turun jam lebih kurang kul 8.30pm....
Pekena roti canai dalam mall The Shore tu.....
Siap2 makan singgah Seven Eleven jap cari air masak dan roti sikit...
Pastu terus balik ke Homestay..

Day 3

Awal pagi tu, pas solat subuh aku pun duk rehat di balkoni homestay...
memang sangat menenangkan.. 
memandangkan homestay aku tu terus mengadap laut selat melaka...
Homestay ni agak selesa dengan 3 bilik 2 bilik air..
aircond pun ada 4 unit..

 Dari balkoni tu, pemandangannya memang sangat mendamaikan...
Dalam kul 11 macam tu kami pun bersiap nak balik..
Mengemaskan dulu homestay...

 Kami bercadang nak masuk Kuala lumpur dulu ke PBAKL..Pesta buku Antarabangsa KL
Sampai ke Kl dah agak lewat.. 
Mungkin kerana sebelum tu Kami ke bandar Melaka cari barang dan ke The shore sebab sikin nak tukar seluar yang dia beli salah saiz..

Dan lagi,
Kebetulan pulak jalan Jammed sangat nak masuk Kl haritu..
sampai pun dah lewat dan belum solat lagi...
Aku sempat mencari sebuah buku sahaja..
Mungkin next time aku kena pergi awal dan bersama geng peminat buku sahaja..
Maklumlah nak cari buku ni memang akan ambik masa yang agak lama...
Tak lama di situ, aku pun bergerak pulang..
Singgah kat petronas gombak jap solat jamak takhir....

Sampai di rumah kira-kira jam 11 malam..
Syukuir alhamdulillah..
Semuanya selamat dan dipermudahkan Allah swt...
 Terima kasih kerana sudi membaca,,,
Semoga berjumpa lagi..


  

No comments:

Post a Comment

5Tips Mengingat

 5 Tips berguna untuk pembaca.. Supaya dapat ingat semula apa yang dia baca.. 1. Tanda terus pada buku tu atau pada buku lain. Highlight sem...