16 March 2026

SCAM Paling Besat Adalah Motivasi

"scam yang paling besar ialah motivasi"

Inilah yang saya konsisten dengar dari mana-mana taikun. Mereka sering sebut kepada saya mereka semua tak pernah ada motivasi. Yang mereka ada hanya disiplin.

Bangun seawal 4pagi setiap hari. Malah ada yang bukan muslim juga berbuat benda sama. Sekitar 2 bulan lalu saya dapat jumpa anak seorang taikun terkenal di Malaysia, beliau juga merupakan usahawan hebat yang mempunyai jaringan kedai lebih 300 cawangan seluruh Malaysia. 

Saya bertanya kepada beliau apa rahsia beliau berusaha, sebab beliau anak TS tersebut ke?

Beliau jawab "kami keluarga yang bermula dari bawah, jadi ayah pun suruh mula dari bawah, saya kena bangun 4 pagi setiap hari, ayah suruh baca buku, tulis apa kita baca dalam 1 muka surat, ayah akan tengok setiap hari, tak buat kena rotan tapak kaki, lepas itu ayah suruh buat kira-kira 1 jam, biasa ada 20 soalan. 1 soalan dia suruh siapkan 2-3 minit saja. Itu disiplin dari kecil sampai umur 12 tahun. Umur 13 tahun dah belajar sikit-sikit kira-kira akaun."

Jawapannya adalah disiplin. 

Saya ingat saya pernah tanya Datuk Ameer Mydin, apa yang buat dato hebat sampai sekarang?

Dato cakap "disiplinlah, u nak pandai berniaga, u kena ada disiplin, kalau tak ada disiplin, u pandai berniaga macam mana pun u takkan ada hasil konsisten. Disiplin akan buat u konsisten, motivasi semua tu semua scam untuk otak u".

Juga saya pernah jumpa Tun M, saya tanya Tun kenapa Tun masih konsisten membaca, konsisten menulis, konsisten masuk politik, konsisten melawan sana sini (haha beliau ketawa sama),

Tun jawab "inilah disiplin. Kalau tak ada disiplin, kita nak pergi mana pun tak tahu, kita tak ada destinasi, kita tak ada tujuan. Disiplin buat kita ada matlamat, dengan disiplin kita tahu apa kita akan dapat. Itulah disiplin. no need motivasi ke semangat ke, motivasi, semangat bolehlah sikit-sikit, tapi disiplin, wajib".

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat saja, disiplin kena jaga. Bismillah. 
Gambar lama bersama Dato Ameer Mydin semasa masih supply biskut ke 46 cawangan Mydin tahun 2022.

Sumber
FB
KHM
#SimpananSupayaTakLupa

No comments:

Post a Comment

Tukar Minyak Hitam Axia Dan Belting

Harini ada kesenpatan nak ke bengkel kereta.. dah lebih 4K odo meternya.. tak sempat sokmo nak pergi tukar minyak hitam.. Kalau ikut KM kere...