20 September 2025

Pertunangan Nazif Trip Ke Terengganu

Alhamdulillah
Trip 18-19 September 2025.
Kalini aku pergi ke Kuala Terengganu pulak.
Sambil bercuti sambil nak pergi merisik dan meminang.
Aku sefamily bersama kak Teh, aimin, sikin, lisa dan Noah.
Ambil Homestay guna AirBNB. Homestay 3Z, Kuala Nerus, Gong Badak dekat area airport.
1hari 1malam je.
Rm277.00 all in. 
Ikut jalan pantai. Singgah makan kat kedai tepi jalan area sungai ular. Pastu singgah jap kat pantai kemasik. Tidur jap dalam kereta, sebab malam sebelum tu aku tak dapat tidur sampai pagi. Dalam perjalanan singgah kat area marang kedai keropok 188 tepi jalan. 
Ktaorang terus ke homestay, sampai dalam kul 330 petang. Aku berehat tidur kejap.. petang tu keluar ke kuala terengganu. Melepak kat drawbridge. Bergambar sebab lama tak datang. Last datang tahun 2023 sebelum ktcc buka sepenuhnya. 
Lama duk melepak sini sampai maghrib. Lepas tu terus ke mayang mall. Pertama kali masuk besar jugak mayang mall ni. Untunglah warga kuala terengganu senang nak shopping dah tak perlu ke KL. Sogo pun ada sini memang best kalau nak membeli belah. Kitorang melepak sampai jam 9. Pastu kelaparan terpaksa cari makan. Dalam perjalanan balik jumpa kedai montana seafood sebelah petronas. Makan jelah kat situ okay je masakannya. Boleh kata makan kat mana-mana kedai memang tak mengecewakanlah. Balik rumah dah jam 1030
Rehat jap terus tidur.
 Esoknya hari jumaat. Keluar rumah siap-siap pakai baju batik untuk majlis pertunangan nazif  Kitorang pergi makan dulu kat kedai tepi homestay je. Dah tengahari tu ke Kuala Terengganu dulu sebab nak tunggu majlis kul 3 lambat lagi. Cari tempat nak berehat, terus masuk KTCC Mall tapi tiada orang. Rupanya guard tu tak bagi masuk. Kerana pemerintah tidak membenarkan kedai dibuka jam 1230 hingga 230 petang. Jadi kami tak dapat masuk mall tu. Terpaksalah patah balik cari masjid, untuk solat jumaat. Parking kat area pasar payang, terus solat jumaat kat masjid Abidin, masjid Negeri kuala terengganu.
Lepas solat nazif call dia dah sampai kat KT. Dia bagi location aku terus gerak cari dia.
 Dah jumpa diorang semua tu, kitorang tunggu jam 3 baru gerak ke tempat rumah pihak perempuan di kg manir. Kitorang ramai jugak yang datang dalam 6 buah kereta. Berdebar jugak aku sebab kena jadi jurucakap bagi pihak lelaki hari tu. Malam sebelum tu aku dah siap buat due dilligence dulu pasal nak jasi jurucakap ni. Mujurlah ada youtuber yang sudi berkongsi kisah diorang.
Sekejap je rupanya, mujurlah tiada pantun bagai. Terus lurus pada poin yang nak disampaikan. Dah siap betgambar tu makan-makan jap. Keluarga kak dah dan rosdi terus ke tumpat sebab esoknya diorang ada majlis sambut menantu pula. Keluarga kak mah berjalan dulu, kami pun masuk semula ke Kt sebab nak masuk jugak KTCC tu. Puas berjalan dalam mall tu sama je macam mall lainnya. Kitorang gerak balik keluar dari mall jam 7 petang. Balik ikut exit telemung highway pantai timur. Tersesat masuk ke kampung manir semula, sebab dia tulis kuantan-marang, rupanya depan lagi baru ada exit highway pantai timur. Takut sangat terlajak sampai kelantan itu yang exit awal. Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah jam 11 malam.
Sekian perkongsian cerita kali ini..

No comments:

Post a Comment

Pertunangan Nazif Trip Ke Terengganu

Alhamdulillah Trip 18-19 September 2025. Kalini aku pergi ke Kuala Terengganu pulak. Sambil bercuti sambil nak pergi merisik dan meminang. A...