Cuti baru² ni terlalu sibuk dengan program.
Awal cuti aku terlibat dengan KAFOA Karnival Fitrah Orang Asli pada 11,12 dan 13 Sept. Sebagai ajk buletin peringkat kebangsaan. Merangkap fotografer rasmi untuk majlis ni.
Ini team yang terlibat, hanya nazri tiada kerana adahal. Bekerja sampai hari sabtu cuti..
Esoknya balik kampung jumpa orang tua. Kebwtulan joko ada datang hantar duit. Alang-alang ambik duit sawit terus. Okaylah juga buat tampung belanja hujung bulan. Duduk di kampung ni tiada ativiti sangat jadi bolehlah melepak seharian. Petangnya belanja diorang makan kat kedai kampung.
Isnin pagi tu terus gerak balik, sebab kakak dah habis perkampungan. Pas ambil kakak hantar dia balik rumah. Kepenatan katanya sebab 3 hari berkampung untuk seminar spm..
Dah siap hantar kami terus bergerak ke rumah kak dah di kotasas. Diorang ajak makan tengahari. Kebetulan mak cu amy ada balik dari johor. Melepaklah kami sambil makan-makan di rumah kak dahsambil berborak sebab lama tak berjumpa. Dah nak maghrib tu singgah sekejap homestay amy kat kampung selamat. Tunggu Nazif datang nak bincang hal pertunangan dia. Kul 9 lebih baru balik pekan.
Pagi esoknya kul 830 gerak ke CMI Hall kampung padang lalang tempat perkahwinan sarah. Jadi videographer official hari tu... tunggu sampai habis majlis kul 430 baru siap semua..
Bergambar dengan pengantin.. Tahniah pada sarah atas perkahwinan dengan jejaka pilihan dari tumpat kelantan..
Balik pada majlis ke secret recipe dulu..makan sekejap.. singgah smo pulak kak de nak cari buku.. pastu baru balik pekan..
Peh.. penat tapi selesailah semua. Majlis pun berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment