13 July 2025

10 Nasihat untuk anak lelaki

Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa

1.)Jaga emosi: Belajar mengawal kemarahan dan jangan biarkan emosi menguasai diri.

2.)Hormati ibu bapa: Taatilah ibu bapa selagi perintah mereka tidak bertentangan dengan ajaran agama.

3.)Hadkan hiburan: Jangan terlalu hanyut dalam hiburan kerana ia boleh menjejaskan wibawa.

4.)Jaga pandangan: Elakkan melihat perkara yang boleh merosakkan hati.

5.)Jaga hati: Jauhi sifat iri hati dan dengki terhadap orang lain.

6.)Pilih sahabat: Berhati-hati dalam memilih kawan kerana ia boleh mempengaruhi diri.

7.)Kuatkan agama: Pegangan agama yang kuat dapat membentengi diri dari fitnah.

8.)Bantu keluarga: Bekerjasama dalam urusan rumah tangga dapat melatih kepimpinan.

9.)Lindungi adik-beradik perempuan: Beri perlindungan dan sokongan kepada adik-beradik perempuan.

10.)Berhati-hati dalam percakapan: Jaga nada suara dan tutur kata ketika berbicara dengan orang lain.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya.

Mutiara Kata 

#ilovepdts
#pdtamansempadan
#perpustakaannegaramalaysia

No comments:

Post a Comment

10 Nasihat untuk anak lelaki

Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa 1.)Jaga emosi: Belajar mengawal kemarahan dan jangan biarkan emosi menguas...