04 June 2025

Trip Kuala Lipis-Jerantut-Cameron-Kuala Lipis

Family Trip
=============
Alhamdulillah
Kalini trip berjalan agak rare..

2-4 Jun
Isnin-Rabu
3H2M
Cuti Penggal Persekolahan..
Kami, Kak teh, Sikin..
Homestay Ulfah Kuala Lipis..
Rm170.00/mlm

Bertolak dari pekan jam 9
Singgah makan di hujung landasan..
Kuantan..
Dari kuantan kul 11 pagi..
Lalu ikut mentakab jerantut..
Singgah anakdol..
Tapi tutup lagi baru kul 1230..

Terus ke lipis..
Lalu ikut jerantut, Kerambit, Mela, Kuala lanar, Mrsm shafie ghazali..
Jalan dia sangat mencabar..
Bengkang bengkok dan berbukit bukau...
Banyak pulak lori treller kuning panjang2..

Sampai di Kuala Lipis jam 2.00pm..
Pusing2 kat batu 0..
Sebelah stesen keretapi lipis..

Lepas tu, 
Singgah nak ke tandas...
Terus solat di masjid negeri lama..
Masjid 1888..
Pastu makan tengahari di selera kampung..

Pergi balik ke stesen keretapi..
Saja bertanya ada train ke jerantut jam 410..
Bolehlah nak merasa naik ktm..
Naik train ke jerantut 4.10 sampai 5.10
Sejam perjalanan..

Ambik grab ke pizza anak dol...
Merasalah jugak nak makan..
Lepak 2 jam kat situ..

Kul 630 patah balik ke stesen keretapi...
Naik 720 sampai kul 820...
Terus cari makan di kedai mina kawan kita..
Okaylah jugak..

Terus balik rehat di homestay..
Check in kul 9 malam..

Day 2

Bangun pagi dalam kul 9,,
Bersiap untuk keluar dalam pukul 11.00
terus gi cari sarapan..
tak jumpa pulak kedai sekitar kawasan yang paling dekat..

Terus isi minyak dulu..
Kemudian menghala ke Cameron Highland..
Cuba singgah sepanjang perjalanan tapi tiada yang boleh makan...

Sampai kat sg koyan baru ada kedai makan...
Rehat sekejap dan makan dulu...

Pas tu terus ke cameron highland..
Jarak dari sg koyan tu lebih kurang sejam nak naik ke atas..

jalan lancar je..
cuma di bharat tea je jammed sebab kereta nak keluar masuk parking..

Kitaorang singgah kat bharat tea untuk menikmati view ladang teh.
Sambil lepak dan makan scone di situ..

Dah siap terus ke taman sedia cari strawberi...
jalan jammed sikit di tanah rata..
ada pembaikan jalan...

balik tu singgah di tanah rata..
lepak  kat taman awam tanah rata..
healing jap...

Terus balik ke sungai koyan..
singgah solat jamak ta'khir kat masjid koyan..

kitorang berpecah kt koyan..
kami menghala semula ke lipis...
diorang balik ikut raub..

kami sampai lipis jam 7pm
singgah makan kat kedai atas bukit...
singgah pekan sari jap..
terus balik homestay..
sampai jam 9 pm...

Day 3

Last day,
Pagi ni bangun awal sikit..
Buat due dilligence nak ke mana..
Dah tau nak kemana.. terus bersiap untuk check out..

Kitorang check out kul 10
Sarapan di bandar lama..
Sebelah stesen ktm..
Restoran Kuzah...
Makan Nasi Kandar Ayam 2, Nasi lemak ayam 2, Mee Bakso 1..
Air milo Ais 2, air suam 2..
Rm43.00
Pada aku mahal..
Sebab air suam dia cas Rm0.50 segelas..
Tak gi dah rasanya...

Siap sarapan jalan pusing bandar Kuala Lipis..
Takde apa sangat bandar dia..
kecil je...
Tengok Jeti Lipis, Rumah klub pahang, Taman awam, 
Rumah pentadbiran british dulu..
Maktab Afzan itu jelah..
Kedai2 hipster malas nak pergi..

Buat keputusan kitorang ke Taman Negara Sg. Relau kat merapoh...
Jarak perjalanan sejam dari situ...
Ikut highway gua musang...

Dia ada Top tree walk..Pusing2 kat situ okay jugaklah..
Siap panjat top tree walk..
Ketinggian 32 Meter..
Kitorang turun kat jeram yang mengalir kat bawah jambatan tu...
ada banyak ikan kelah..
Kitorang layan main air memang sejuk..
Kebetulan kakak bawak roti..
Campak dalam air..
Penuh ikan kelah datang..
Kat luar tu pun ada akuarium ikan kelah...
Besar betul..
Aku ingat mungkin dalam 5 Kg ada...
Memang cantik sisiknya..

Harga ikan kelah ni memang mahal..
Kalau kat kedai azmi steam fish dikuala lipos..
Ikan kelah ni cecah Rm 46.85 setiap 100 gram...
Kalau sekilo Rm468.50
Mahal gila weh...

Tapi ikan ni mampu mencapai berat 20Kg 175 cm..
Dapat tengok pun takpe dah..

Balik dari taman negara tu dalam kul 3..
Sampai ke kuala lipis 4.00..
Singgah makan di restoran azmi stem fish..
Ambik ikan patin seekor..
Masak gulai..
Kailan ikan masin, telor dadar 2 orang makan..
Sup ayam, nasi 5 orang makan..
Air buah..
Total semua Rm108.00
Rasa harga ikan tu yang mahal...

Pastu terus gerak balik ikut jerantut..
Singgah solat di masjid tengku mahkota abdullah di jerantut..
Singgah di kuantan makan..
Di sungai isap chicken texas...

Sampai pekan 9.30 malam...
Alhamdulillah semuanya selamat dan beres..
Thank You Allah for all of this...
Next...



No comments:

Post a Comment

Renang Huda Penggal 2

 Assalamualaikum wbt... Harini aku baru bayar duit renang huda untuk yuran fasa 2... Kalau ikutkan kena bayar sebelum 31 Mei 2025 hari tu.. ...