15 September 2023

ILUSI MERDEKA

TANAH AIRKU MALAYSIA...

HARI INI KITA TELAH BEBAS MERDEKA....

DARI CENGKAMAN PENJAJAH...

MEREKA TELAH PUN MENINGGALKAN KITA...

NAMUN...

NODA NODA HITAM MEREKA MASIH LAGI TERSISA...


WAHAI ANAK BANGSAKU MALAYSIA...

ADAKAH KITA BENAR - BENAR MERDEKA...

SEDANGKAN FIKIRAN KITA...

MASIH BERKIBLATKAN MEREKA...

PENJAJAHAN YANG SAMA..

DENGAN CARA YANG BERBEDA...


WAHAI ANAK BANGSAKU..

MERDEKAKAH KITA...

JIKA TIKA INI MASIH LEKA..

ASYIK MEMBUANG MASA

BERMAIN DENGAN KITAB BERCAHAYA...

KE HULU KE HILIR ASYIK DI TANGAN SAHAJA...

LEKA MEMEGANGNYA....

TANPA SEDAR HARI SUDAH PUN SENJA...


AYUHLAH BANGSAKU...

TINGGALKAN BUDAYA HEDONISME...

SEBUAH ILUSI MERDEKA...

LAUNGKAN JIWA BEBAS DAN KAYA...

KEMBALIKAN RASA CINTA...

PADAMU MALAYSIA TERCINTA...

TANAH AIRKU MALAYSIA...



08 September 2023

Cameron Highland lagi..

 Assalamualaikum wbt...

Salam semua Gais...

Harini ini aku nak cerita perjalanan pergi ke Cameron Highland lepas 2 tahun tak ke sana...

Kali ni rancangannya biasa-biasa sahaja..

Booking melalui Air BNB pula..

Kalau sebelum ni selalu guna Agoda...

Sebab katanya ramai yang review melalui air bnb ni lagi murah..

Why not kita try sekali kan...

Rumah yang aku ambik kali ni jenis penthouse...

Apartment 2 bilik, 2 Tingkat..

Berbaloi..

Semalaman dalam RM240 campur dengan Charge Air bnb plus tax government abehla dalam RM560.00 untuk 3H 2M..

28/08/23-30/08/2023

Isnin-Rabu

Cuti sekolah...

Trip kali ni ikut lancang sebab nak singgah kat kuala gandah tengok gajah dulu...

Gi bergambar bagi makan lebih2 kurang...

Pastu baru gerak ke Cameron..

Sampai kat bandar raub gi makan KFC dulu...

Sesampai ke Sg Koyan dalam kul 4.00pm...

Solat jamak takhir di situ...

Isi minyak sambung naik ke cameron lebih kurang sejam dari situ...

Sampai ke Bharat Tea tu dalam kul 6.00pm..

Pekena Scone dengan teh strawberry dulu...

Kul 7 baru gi check in..

Kebetulannya Homestay yang aku duduk ni betul2 depan pasar malam..

So, malam tu pas jamak takhir isya maghrib baru turun ke pasar malam..

Kebetulan musim cuti sekolah ni memang ramai orang lah..

belilah strawberry celup coklat..

beli jugak keledek rebus...

malam tu lepak kat rumah je sambil layan unifi tv n makan nasi goreng kampung..

Pastu Tidoo....

Day 2

Pagi tu aku breakfast kat taman sedia..

Breakfast pun dengan scone dan teh panas..

Bila musim cuti sekolah ni..

Jalan sememangnya jammed banyak kereta nak naik ke Brinchang.. 

Kitorang ingat nk lepak kt tanah rata je lah sebab malas nak hadap jammed..

Jalan-jalan kat bandar tanah rata...

Pastu gi taman layankan bebudak ni..

sewa la basikal..

Hujan pulak turun masa tu..

Terpaksal;ah tunggu hingga hujan reda dulu baru boleh buat keputusan...

dalam setengah jam duk tunggu hujan tu..

Terfikir baik kita gi ke mall yang baru buka tu..

terus ajak bebudak ni.. 

naik ke brinchang  gi ke D centrum cameron..

ada billion kat situ...

seronok jugak lepak situ...

dah macam kat GPO dia punya layout bangunan tu..

junpa plak kedai coklat murah..

memborong lah..

daimler dan beryls...

Gi minum kat pak leh kitchen..

memang healing juga duk situ..

lama jugak lepak situ..

puas meround dalam mall bawah tu..

teringat belum solat lagi..

terus lah ajak balik rumah..

Jamak Takhir kat rumah aje...

malam tu..

aktiviti yang sama macam semalam gi ke pasar malam..

makan pun sma macam semalam...

Lepak2 dan tidoo...

Day 3

Pagi tu breakfast kat rumah je..

senang sebab nak bersiap untuk check out pulak...

Gi ke Kasimanis strawberry farm...

Hajat nak gi petik buah..

Tapi buah tak banyak..

dia tak bagi masuklah..

terus turun ke tanah rata..

beli souvenir sikit2...

pastu singgah bharat teh..

gi layan view ladang teh yang luas terbentang...

sekarang kena charge dah..

Dewasa kena RM4.00

Kanak 2 bawah 12 tahun percuma..

Terus balik rumah ikut bentong exit highway KL-Kuantan..


09 August 2023

RUJUKAN MEDSOS FB YT Vs KITAB

 Kelebihan Baca Kitab berbanding FB IG Tik Tok

1. Keberkatan pada penulis

2. Pemahaman yang menyeluruh

3. Lebih di percayai dan diyakini.

02 August 2023

EV VS ICE

 ELECTRIC VEHICLE VS  INTERNAL COMBUSTION ENGINE


Upgrade Value

1. Future car punya story..

2. Game Changer..

3. Evolve Industry...

4. Follow The story..

5. Future now is with us...

6. Dont miss the part..



31 July 2023

KEABADIAN TENAGA


Formula Fizik

Keabadian tenaga : ABADI 

" Dia Datang Kerana Sesuatu, Dia Hilang Kerana sesuatu"


Proses Rumah Lelong

Rumah Lelong

Aku nak tulis aku sendiri punya pengalaman :

Real case story.

#4 Buah Rumah Lelong.. Tak banyak tapi pernah lah...


Tips Pertama mesti sediakan dulu duit deposit 10% daripada harga rumah.

Duit untuk lawyer RM10-15K

Duit  Valuation Rm1K

Estimate untuk Renovation RM10-20K


1. Tengok listing rumah lelong mana yang berkenan {  Lelong tips }

- Check dulu harga market value berbaloi atau tidak..

- Boleh check di mudah, market place FB, Brickz.my

2. Dapatkan pos ( Proclamation Of Sale ) rumah tu.

- Download terus bidding form 

- dapatkan dari dalam website.

3. Pergi tengok rumah dan alamat yang betul.

  - tengok rumah kosong atau berpenghuni

  - Kalau ada orang tanya samada owner atau penyewa..

 - kalau penyewa kena bincang macamana nanti..

  - Kalau ada owner yang tinggal baik cabut ajelah.

4. Pergi tanya bank untuk check kelayakan loan

 - Dah konfem okay baru proceed.

5. Cari Lawyer dulu untuk nak uruskan nanti proses rumah lelong tu.

- Kalau boleh yang dah ada pengalaman

- Tempoh nak dapatkan loan hanya 90 hari sahaja.

6. Semak Kaveat. { Penting Sangat, untuk elak burn 10 % deposit } 

- Boleh tengok pada carian rasmi atau carian persendirian.

7. Buat carian rasmi ( RM100 ) atau carian persendirian ( RM 50 )

  - Tengok no lot hsd atau pn atau hsm sebab tempat lain2

8. Buat bank draf 10 % ikut pos tadi.

- Kalau dia suruh isi nama bank,  tengok bank apa yang sepatutnya.

- Biasanya bank pelelong.

9. Hantar terus bank draf tu pada pihak yang sepatutnya ( Ejen, Nama bank lelongan/ Mahkamah )

- Hantar sekali dengan bidding form.

- sebelum tarikh lelongan.

10. Masuk bidding

- Dalam  talian.

- Kena daftar dulu.

11. Kalau menang dapatkan surat kemenangan ( Kontrak Lelongan ) pergi lhdn matikan stem  RM10

- Tak perlu pergi ke high court dah.

- Bawak form yang menang tu terus ke LHDN.

- Kalau kalah pergi ambil semula bank draf tu.

- Bank yang kita buat  bank draf tu.

- Tunaikan semula..

12. Dapatkan loan di mana2 bank ( mohon banyak bank takpe )

  - Lepas sign surat permohonan tu gi cari lawyer.

  - Bawak loan agreement tu serah pada lawyer..

13. Surat permohonan loan bank tu bawa pergi ke pejabat lawyer

14. Lawyer akan uruskan untuk tukar nama..

15. Tunggu Valuation bank. 

  - Valuer bank call untuk inspect rumah

  - Kalau rumah kunci kena pecah masuk untuk dia ambik gambar

  - Nak pecah masuk kena buat cover report dulu kat balai polis berdekatan

16. Bayar fee valuation

  - Dah bayar mintak satu salinan

  - Kos biasanya bawah 1K.

17. Update dengan lawyer perkembangan rumah tu.

  - Ini penting supaya tak lebih daripada tempoh 90 hari tu..

18. Tunggu loan disburse dalam tempoh 90-120 hari

19. Loan dah disburse gi pejabat TNB dan JBA masuk api dan air

  - Guna kontrak lelongan untuk sambung api dan air tu.

20. Masuk rumah tu cuci repair apa2 yang patut.

21. Seterusnya terpulang pada plan anda.

22. Bayar Fee Lawyer

23. Tunggu 2 atau 3 bulan untuk keluar geran atas nama kita.

24. Update dengan lawyer anda samada dah tukar nama geran kita

25. Baru boleh cari new owner

Nasihat Haruki murakami

Apakah menda yang wang tidak boleh beli 1. Kesihatan yang baik 2. Tidur yang lena 3. Senyuman yang manis