03 September 2026

Cameron Highlands Ke Nilai N9

Cameron Highlands 

29 - 31 Ogos 2026

Sabtu - Isnin

Night Market


Baru ni aku dan 3 family lagi ke Cameron..

Kali ni saja nak jalan ramai - ramai.

Stay kat depan pasar malam CH


Hala pergi ikut lancang, bukit damar mempaga, raub, sg koyan.. 

Semuanya lancar sahaja

Jalan pun cantik..

Lurus je..


Keluar kat raub.

Naik dengan sikin.

Dia tumpang aku sebab kak teh dah gi awal sehari..

Makan pagi kat RNR temerloh

Terus tak berhenti..

Singgah kat sg koyan je untuk berlunjur kaki jap..


Petang tu sampai je terus singgah kat Cameron Valley..

Kat Cameron Valley minum teh dan makan scone  je..

Sambil healing tengok ladang teh yang luas mata memandang .


Pastu.

Terus ke night market sebab dah petang sampai.

Malam tu makan steambot kat yanz steamboat 

Depan rumah je..


Esok paginya ke Taman Sedia ramai manusia..

Sarapan kat situ .


Nak keluar dari taman sedia noh kena jammed..

2 jam melekat..

padahal dekat tak sampai 5km pun..

Terpaksa balik rumah dulu rehat..

ingatkan pastu nak ke sg palas..

Tapi jammed teruk hala ke brinchang..

Ambil keputusan lepak kat de centerum jelah..


Balik dari brinchang terus turun ke tanah Rata, jalan jalan pusing kat padang .


Dah alang alang trrus turun sikit lagi pekena teh kat Cameron Valley sekali lagi.

Malam tu aktiviti ke pasar malam jelah..

Balik layan netflix ramai ramai cerita blast tamil..

Layan jugak cerita ni..

5 Star rating..


Esok pagi ke tanah rata sarapan terus checkout lah .

cari barang sikit..


Kali ni balik ikut jalan KL..

Turun ikut tapah ke KL

Sebab nak ke nilai hantar kakak

Jalan ni berliku liku..

Taubat tak nak lalu dah rasanya..

Nak muntah..

Pening kepala macam ular kena palu..


Berhenti kat RNR jejantas sg buloh.

Solat dan makan makan..


31-1 September

Nilai N9


Sampai kat nilai dah lewat jam 7.00 petang

Locker kakak pulak tak bawa kunci..

Puas pula mikir..


Akhirnya dapat jugak kawan dia buka.

Esoknya keluar dari homestay kul 12..

Makan kat restoran dapur arang nilai

Sedap jugak banyak pilihan..


Dah kenyang terus waze ke nilai 3 

cari langsir..

lalu ikut bahau

Singgah kat muadzam makan malam..

Sampai rumah dalam kul 10 malam.




No comments:

Post a Comment

Computer Box Alza

23 September 2026 Khamis Syam Auto Komputer Box Rosak 5 Hari duk bengkel cha.. Isnin baru ni aku pergi tengok.. Hantar towing khamis malam j...