selepas beberapa sesi rundingan..
Aku, agen dan buyer ..
Pada awalnya .
memang susah nak capai kata putus .
Aku nak harga tinggilah .
tapi dia bersikeras jugak nak harga dia..
Aku letak Rm365K
dia nak murah lagi..
Bincang fikir renung..
Ambil kira sudut positif negatif..
Akhirnya..
Aku bersetujulah..
Buyer pun dah bayar booking..
Semoga dipermudahkan urusan kali ini..
Rumah ni kalau ikutkan..
memang agak rugi..
Sebab objektif utamanya..
Rumah pelaburan..
tapinya..
setakat ni dari 2015
sampai sekarang 2026..
boleh kata duk sara dia sahaja sepanjang beli.....
Bleedingnya dekat rm700 sebulan..
Kena topup..
Memang rumah ni permintaan sewa tinggi..
Sentiasa ada je penyewa..
Tapi tak boleh cover installmentnya yang lagi tinggi ..
Jadi disebabkan matematiknya negatif..
Terima sahajalah..
Memang jual ni tiada untung pun..
beli dulu Rm330K
Harini orang mintak Rm335K
Beza 5K sahaja..
selepas 10 tahun ..
Belum kira kerosakan lagi..
Anai Anai ..
Upah jcb buang pokok kelapa..
Sewa tong roro berbulan..
Wayering..
Cukai pintu..
Cukai tanah..
Renovation sebelum ni hampir 50K..
Tukar pagar batu..
Pasang mozek 4 bilik (dulu simen)..
Renovate 2 tandas..
Tukar table top dapur..
Mengecat seluruh interior rumah..
Mengecat semua grill..
Tukar lampu..
Tukar kipas..
Memang memenatkan..
Itulah market sekarang..
Nak demand lebih pun susah..
Semua orang nak murah .
Kita sebagai owner terpaksalah akur..
kalau rumah ni nak duduk takpelah .
Kita belajar sebagai pengalaman hidup..
Semoga next plan tak jadilah macam ni..
Semoga ada hikmahnya .
No comments:
Post a Comment