10 Tanda Anda Kurang Daya Tahan Mental (Resilience)
Dan Kesannya Pada Hidup & Kerja
Hari ni bermula 4 day program di Inspen. Tetiba teringat, ada sesi coaching ni. Isu rakan seofis toxic.
Kadang kita bukan tak kuat
Tapi kita belum belajar cara untuk jadi kuat.
Dan bila daya tahan mental rendah, kesannya bukan kecil
Ia perlahan-lahan merosakkan diri dan prestasi kerja.
Jom check, mungkin ada yang kita sedang alami:
1. Cepat give up bila susah sikit
Contoh:
Baru cuba sekali, tak jadi → terus stop.
Akibat:
Potensi tak berkembang, sentiasa berada di tahap yang sama.
2. Mudah emosi & cepat melenting
Contoh:
Kena tegur sikit terus terasa, marah atau tarik diri.
Akibat:
Hubungan dengan orang lain jadi tegang & sukar bekerjasama.
3. Asyik rasa hidup tak adil (victim mindset)
Contoh:
“Kenapa aku je kena…”
Akibat:
Kehilangan sense of control → hidup rasa makin berat.
4. Overthinking sampai tak buat apa-apa
Contoh:
Fikir terlalu banyak sampai akhirnya tak mula langsung.
Akibat:
Peluang terlepas, confidence makin jatuh.
5. Tak boleh handle tekanan
Contoh:
Kerja banyak sikit → terus rasa overwhelmed & stuck.
Akibat:
Performance drop, mudah burnout.
6. Terlalu bergantung pada orang lain
Contoh:
Tunggu orang bagi arahan, baru bergerak.
Akibat:
Kurang ownership → susah nak grow.
7. Tak belajar dari kesilapan
Contoh:
Bila gagal → salahkan situasi, bukan reflect diri.
Akibat:
Ulang kesilapan yang sama.
8. Hidup dalam ‘autopilot’ tanpa arah
Contoh:
Hari-hari sama, tanpa improvement.
Akibat:
Rasa kosong, hilang makna dalam hidup.
9. Fokus pada negatif sahaja
Contoh:
10 benda ok, 1 benda tak ok → itu sahaja yang difikir.
Akibat:
Mental jadi penat, emosi mudah down.
10. Tahu apa perlu buat… tapi tak buat
Contoh:
Tahu kena berubah, tapi asyik tangguh.
Akibat:
Stuck bertahun-tahun tanpa perubahan.
Realitinya.
Kurang daya tahan mental bukan bermaksud lemah.
Tetapi tanda kita perlu belajar cara mengurus diri dengan lebih baik.
Kesan Bila Ramai Individu Tiada Resilience Dalam Organisasi
• Mudah stress → cepat burnout
• Banyak konflik → teamwork lemah
• Kurang ownership → semua tunggu arahan
• Tak tahan tekanan → prestasi tak konsisten
• Budaya menyalahkan → bukan menyelesaikan
Akhirnya
organisasi nampak sibuk,
tetapi tidak benar-benar bergerak ke hadapan.
Resilience bukan tentang jadi keras.
Tetapi tentang jadi cukup kuat untuk bangkit,
cukup tenang untuk berfikir,
dan cukup matang untuk bertindak.
“Rabbish rahli sadri, wa yassir li amri.”
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.” (Surah Taha, 20:25–26)
#DrAzuraHashim #Mediv
#LeadYourselfFirst #EmotionalMastery #MindsetMatters
No comments:
Post a Comment