23 September 2025

Membaca Buku Itu Penting

 Kenapa membaca buku itu penting..

Tabiat membaca ini akan mengeluarkan kita daripada kejahilan. Pertama sekali maklumat secara amnya datang dari bentuk penulisan. Jika anda tidak membaca maka anda akan ketinggalan maklumat. Hanya zaman sekarang sahaja maklumat banyak datang dari sumber ilustrasi bergambar serta video bagi tujuan manusia itu mudah faham dan cepat mendapat maklumat.

 Pada aku tabiat membaca ini adalah anugerah yang tak ternilai, Jika anda menerima anugerah ini maka hargailah ia. Dan berterima kasihlah kepada tuhan anda. Dengan tabiat ini anda bukan hanya dapat membuang kegelapan dan kejahilan yang  ada pada setiap orang tapi ia akan meningkatkan nilai dan maruah diri anda.

 Dsisini aku nak share sikit perkongsian blog dari En zulkifli shafie-Aku ni follower dia lepas baca buku misi bebas hutang dan wang emas, serta follow life dia yang kena penjara selama 2 tahun hanya kerana membantu sahabatnya ketiadaan wang.

========================================================================

Golongan Membaca Lebih Berkuasa

Mungkin inilah satu sebabnya kenapa keturunan firaun memerintah Mesir selama 3,000 tahun! Mereka yang membaca (berilmu) akan lebih kaya dan akan 'menguasai' golongan yang tak membaca dengan mudah. 

Jadi kalau nak kaya dan berkuasa, kita tak ada pilihan lain. Kena membaca. Jadikan membaca sebagai budaya.

Cuma apa yang setiap kita kena ingat, baca buku tak semestinya kena baca sampai khatam. Fokus kita baca buku untuk PENINGKATAN DIRI dalam beberapa aspek kehidupan kita, bukan untuk jawab exam.

Ada buku yang kena baca sekarang. Ada buku yang kena baca kemudian. Dan ada buku kita jadikan rujukan bila ada apa-apa persoalan yang perlukan jawapan.

Cara Baca Buku Berkesan

Tabiat saya, bila dapat buku baru, ini yang akan saya buat:

  1. Baca cover depan dan belakang. Dari situ kita akan faham apa yang nak disampaikan dalam buku tersebut, dan menilai samada buku tu relevan untuk saya ataupun tidak. Kalau relevan, saya teruskan bacaan. Kalau tak relevan, saya tinggalkan terus...
  2. Baca "table of content" (senarai kandungan). Dari situ, kita akan nampak lebih jelas topik yang akan dibincangkan dalam buku tersebut. Saya akan cari topik yang menarik minat saya untuk tahu dan faham.
  3. Baca "sub-topic" - Kita akan lebih zoom in untuk dapat tahu lebih mendalam topik perbincangan. Supaya mudah pilih topic mana yang utama untuk saya baca dan faham.
  4. Pilih bahagian yang mahu di baca. Pada tahap ini, saya akan buat keputusan, adakah buku tu saya perlu baca sekarang, atau baca kemudian, atau cuma fokus baca dan fahamkan beberapa topik sahaja dulu. Yang lain tu saya baca kemudian, atau jadikan sebagai rujukan bila perlu.
  5. Skip topik yang bukan keutamaan untuk baca sekarang, atau tutup buku dan baca buku seterusnya.
========================================================================
CNP= #BlogBeliauJustUntukReferSenangNakBacaNanti.
Ini rak buku aku..
Tidak terurus..
Rumah kecil..
Ruang sempit..

No comments:

Post a Comment

Membaca Buku Itu Penting

 Kenapa membaca buku itu penting.. Tabiat membaca ini akan mengeluarkan kita daripada kejahilan. Pertama sekali maklumat secara amnya datang...