22 February 2026

Pelepasan Cukai Tahun 2025

Sudah boleh mula is Mula 1 Mac 2026
Cepat isi cepat dapat..
Boleh rujuk Carta berikut..

21 February 2026

Tukar Belting Kereta Alza

 Masa balik dari kuantan baru ni tiba tiba ada bunyi kuat kat bahagian enjin depan..

Aku terpaksa berhenti jap kat tepi jalan..

Berhenti dekat area penjara penor..

Buka bonet tapi tiada apa pun..

Dengar bunyi betul betul datang dari belting tu..

Belting dah berbunyi..
Dah lebih 288K Km..

Terbelah..
Call Cha tanya boleh bawak lagi ke..
Dia kata boleh je..
Aku terpaksa bawak slow..

Aku pun dah lupa nak tukar belting kereta ni..
Dia kata boleh aje slow slow..
aku pun bawak jugalah..

Esoknya baru hantar ke bengkel syam workshop..
Dia tukar belting dan servis terus minyak hitam..

Dia tukar belting RM100
Tukar minyak hitam RM185
Total Rm185.00


Salam Ramadhan

 21 Feb 2026

Sudah masuk hari ke 3 ramadhan..

Cepat betul masa berlalu..


Awal ramadhan pada 19 feb 2026 


Surau tempat aku tahun ni buat 8 rakaat je..

Panggil imam luar 

dari madrasah asyraful madaris

seorang je..

Dia berpasangan dengan anak cikgu mie.

Imam Muhamad..

Bolehlah 2 orang imam..

Bergilir..


Semoga istiqomah berjemaah ameen..


20 February 2026

Birthday wife

Semalam sambut birthday wife..
Sambut kat rumah je..

Patutnya sambut hari khamis..

Tapi tak sempat sebab balik kampung pulak..
Sibuk cari barang di kuantan lagi..
Kereta pulak meragam..

Tahun ni sambutannya mudah je..
Beli kek dan potong kek je..

Ada masa nanti bolehlah cari hadiah yang simple je..
Sekurangnya ada jugaklah hadiah..

yang penting wife happy..
Happy Wife Happy life..


Bag Bagasi

19 Feb 2026
Beli bag Bagasi kat KCM
25Kg 3 unit
7 Kg 1 unit

Plannya nak bawak masa ke umrah nanti..
Beli di KCM kuantan
Parkson.

Ada warranty Selama 5 tahun..
Kod dia OOO
Pastu boleh tukar ikut sesuai yang kita suka...

Warranty termasuk roda zip Dan body..
Tunjuk resit je..
Harga seunit yang 25 Kg Rm 159.00
Yang 7 Kg seunit Rm 149.00
Total Rm626.00
Dapat free gift tuala premium sehelai..




19 February 2026

Redmi Note 15Pro 5 G

15 Feb 2026
Ahad
Celcom Digi

Aku tukar phone lama Samsung A14G
Kepada Redmi Note 15Pro 5 G

Yang lama tu aku dah pakai 3 tahun..
Kiranya masih okay lagi..
Cuma storage dah penuh sangat..
Lagipun duk fikir nak bawak pergi umrah biarlah yakin sikit..
Storage banyak senang nak ambil gambar..

Plan yang sama dengan sebelum ni . hanya renew kontrak 2 tahun jelah..
Kena bayar dalam Rm150 untuk ambil phone ni.
Sebulan Rm80 
300GB kuota internet..

Semoga tahan lama..

16 February 2026

Buat Pasport Antarabangsa

Baru ada masa nak update
Hari jumaat baru ni start buat Pasport kat UTC..
Mula buat macam biasa dia suruh isi borang warna biru...

Dia tanya pernah buat ke..
Aku jawab pernah..
Mana pasport yang lama..
Aku cakap tak bawak.

Dia suruh bawak Pasport lama tu jugak.
Takpelah esoknyalah aku bawak..
Aku, wife, kakak Dan abangah je yang ada Pasport Antarabangsa yang lama .

Yang lain okay xde masalah..
Huda Dan kak de bereh .
Sebab memang tak pernah buat Pasport..

Bayar Dan ambil Pasport esoknya..
Sebab dah pukul 430 petang..
Mesti sejam lepas bayar baru siap .

Esok paginyanya pulak aku ada kursus kat ppd..
Bimbingan kaunseling gbls .

Kena pergi utc lewat sikit.
Wife pulak ada mesyuarat pibg.
Kena gerak tengahari..
Kul 2 baru dapat gerak Dari rumah..

Sampai kat utc kul 3.15 
Dia kata aku ni ada Pasport lain lagi yang tamat tahun 2016..
Puas pulak aku memikir..
Memang last aku gi Umrah tahun 2016.

Selesai yang wife, kakak Dan abangah..
Cuma jam dah 3.45.
Bayar kat kaunter dulu..
Dia mesti sejam pas bayar baru boleh ambil Pasport tu..
Dia suruh datang esoknya pulak..

Balik rumah cari Pasport lama tu tak jumpa..
Tak taulah kat mana..
Aku rasa pada travel agen dulu kot .
Sebab memang puas aku mencari..
Tak jumpa..

Ahadnya aku datang lagi..
Kali ni aku bagitau hilang jelah..
Dia tulis kat belakang Pasport tu..
Hilang .
Pihak imigresen agak berisiko kalau tulis hilang kat Pasport baru ni..
Takpelah harapnya tiada masalah nak masuk kat imigresen Arab Saudi nanti..
Lagipun aku dah tiada piliihan..

3 hari aku nak setelkan urusan Pasport ni..
Memang mencabar..
Total kos semua
Dewasa Rm200
Kanak kanak Rm100
Total Rm1100

Semoga dimudahkan urusan aku
Pada Kali ni .
Ameen

11 February 2026

Birthday Huda

11 Feb 2026
Harini harijadi huda..
Dah besar dah dia..

Cepat masa berlalu..
Semoga menjadi anak yang solehah..
Beli kek kat secret resepi aje...

Harga rm98..
Size 1 kg..
Okaylah asalkan dia happy je..

Briskwalk Di Umpsa

Harini ada kesempatan sikit buat briskwalk di umpsa..
Sekarang ni inilah port aku nak beriadah..
Tempat ni sangat sesuai sebab tak ramai sangat orang melepak..

Hanya untuk yang nak beriadah netul betul je..
Keluasan trek joging dia sekitar 1.5km je..
Bolehlab untuk nak jaga kecergasan tu..

Dapatlah satu pusingan je..
Cukuplah dulu..
Pace 9..
Macam dah berjalan je..

5 Hormon Otak Anda

Secara spesifiknya, 5 hormon otak ini tidak berfungsi dengan betul:

1. Dopamin – Hormon motivasi & kegembiraan

2. Serotonin – Hormon mood stabil & tenang

3. GABA – Hormon penenang & hilangkan anxiety

4. Endorfin – Painkiller natural yang buat anda rasa euphoria

5. Cortisol – Hormon stress (yang perlu dikurangkan)

Bila kesemua hormon ini seimbang...

Kita akan bangun tidur dengan rasa segar.

Panggilan Umrah 2026

Tahun ni jadi tahun ke 12 setelah last umrah aku tahun 2014.

Tiada rancangan tiada plan tiada angin yang bergoncang..
Kewangan pun ibarat kata kosong..
Hanya duk main congak dikepala sahaja..

Entah macamana aku pun tak tahu, tak jelas..
Begitulah keadaan sekarang, tiket flight dah mula dibeli..

Perancangan sangat nipis..
Ilmu pun ingat ingat lupa..
Pergi pulak sekeluarga..
Kosnya memang sangat seram..

Urusan apa pun tak tahu apa lagi..
Tak buat apa pun lagi..

Semoga urusan umrah kami sekeluarga pada kali ini dipermudahkan Allah swt..



09 February 2026

Kakak keluar asrama

Harini 9 feb 2026
Kakak keluar asrama..

Banyak sangat halnya..
Nak buat lesen memandulah
Nak isi borang upu lah
Keadaan asramanya yang teruk lah..

Dengan air takde.
Tikus banyak..
Gangguan mistik
Macam macam lah lagi..

Semoga kakak terus sukses 
Walai duduk mana pun..

Kerjaya Anda dengan AI

Bila kita suruh Chatgpt buat kerja..
Inilah hasilnya..
Dia memang dah simpan data kita..

Jangan banyak kongsi dengan chatgpt..
Nanti abis semua dia tau..
Inilah data yang dia dapat dari aku...

02 February 2026

Salam Nisfu Syaaban 1447H

Hari ini dah sampai malam ke 15 dibulan syaaban. Juga disebut malam nisfu syaaban.
Cepatnya masa berlalu tinggal 15 hari sahaja lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan.

Malam ini kebiasaannya, disurau dan masjid kita akan membaca yasin sebanyak 3 kali.
Bacaan pertama berdoa mohon dipanjangkan umur dijauhkan dari azab api neraka..
Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki dan dikurnikan rezeki yang halal..
Bacaan ketiga mohon ditetapkan keimanan sehingga ke akhir hayat.

Amalan sebegini kebanyakannya dilakukan di negara rantau asia tenggara. Seperti malaysia, indonesia brunei singapura dan sebahagian juga terdapat sebahagian dari negara arab.

Amalan bacaan yasin sebanyak 3 kali dibulan syaaban tiadalah sunnah yang dilakukan oleh rasul. Hanya sebagai ijtihad ulama yang menghidupkan malam nisfu syaaban ini.

Sebagai muslim yang benar-benar beriman tiada masalah untuk kita menghidupkan malam ini dengan bacaan yasin dan berdoa sepertimana anjuran ulama terdahulu.

Semoga doa dan bacaan yasin yang dibaca pada malam nisfu syaaban ini diperkenankan oleh Allah swt. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Pelepasan Cukai Tahun 2025

Sudah boleh mula is Mula 1 Mac 2026 Cepat isi cepat dapat.. Boleh rujuk Carta berikut..