05 August 2025

Gaya Hidup Orang Berjaya.

Doktor Pakar Saraf Ini Dah Berumur 83 Tahun – Tapi Kekal Aktif Tulis Buku Sampai Sekarang Dan Masih Tajam Ingatan.

Nama dia : Dr. Richard Restak – pakar neurologi & neuropsikiatri Amerika.

Usia dia sekarang dah masuk 83 tahun.
Masih aktif menulis. Masih mengajar.
Masih sihat.

“Orang anggap saya workaholic. Tapi saya cuma nak kekalkan ketajaman minda…”

Macam mana dia buat?

Rutin harian dia ringkas tapi luar biasa:

- Tidur awal, bangun awal tapi deep sleep sepenuhnya
- Tiada process food dalam diet harian
- Tiada snack, tiada makan malam berat
- Sarapan = real food lemak & protein
- Buat kerja paling fokus sebelum jam 11 pagi
- Amalkan silent time setiap pagi (tanpa phone, tanpa muzik)

Dia juga tulis lebih 20 buku pasal otak - semua berdasarkan kajian beserta pengalaman sebenar.

Sebagai seorang professional perubatan dan penulis prolifik tentang fokus, mindfulness dan memori, beliau menekankan beberapa amalan penting untuk menguatkan fungsi otak, berdasarkan penemuan saintifik dan pengalaman klinikalnya. Ini antara strategi utama yang beliau sarankan:

1. Latih Ingatan Secara Aktif

“Use your brain, or lose it.”

- Jangan bergantung terlalu banyak pada teknologi seperti GPS dan Google.
- Cuba ingat nombor telefon, arah jalan, senarai barangan, dan lain lain
- Main permainan otak seperti teka silang kata, sudoku, atau menghafal bait lagu.

2. Baca dan Tulis Secara Berkala

- Membaca buku (bukan skrol media sosial) mengaktifkan bahagian otak yang penting untuk tumpuan dan pemprosesan maklumat.
- Menulis (terutamanya dengan tangan) bantu menguatkan ingatan dan penstrukturan pemikiran.

3. Tidur Berkualiti

- Beliau sangat menekankan tidur cukup dan konsisten kerana tidur penting untuk jaga memori jangka panjang.
- Tidur siang pendek (nap 10–20 minit) juga boleh beri manfaat untuk fungsi kognitif.

4. Aktiviti Fizikal yang Konsisten

- Senaman aerobik seperti berjalan pantas, berenang atau berbasikal dikaitkan dengan peningkatan aliran darah ke otak dan neuroplasticity.
- Kajian menunjukkan orang aktif fizikal mempunyai risiko nyanyuk lebih rendah.

5. Urus Tekanan & Emosi

- Tekanan kronik boleh merosakkan hippocampus, kawasan otak penting untuk memori.
- Beliau sarankan teknik seperti meditasi, pernafasan dalam, dan refleksi harian.

6. Aktifkan Interaksi Sosial

- Perbualan yang mendalam, mendengar dan berinteraksi sosial secara aktif bantu merangsang bahagian otak penting seperti prefrontal cortex.
- Isolasi sosial pula boleh mempercepatkan penurunan kognitif.

7. Main Muzik atau Dengar Muzik Baru

- Belajar alat muzik atau mendengar genre muzik berbeza boleh aktifkan banyak bahagian otak serentak.
- Muzik (bukan semua genre) juga bantu peraturan emosi dan memori autobiografi.

Dalam satu temu bual, dia kata:

“Saya tak perlukan kopi. Saya cuma perlukan diam, protein dan cahaya pagi.”

Kita?

- Tidur 7 jam tapi masih lemau
- Bangun lambat, sarapan bergula, otak blur
- Asyik refresh phone tapi otak lagi stress

Kadang jawapan untuk recharge otak bukan tidur lebih lama – tapi hidup lebih clean. Less distract.
Less processed food, more focus.

Follow Masdi Hazli untuk lebih kisah dan info sains dan kesihatan yg wow dan rare!

No comments:

Post a Comment

Gaya Hidup Orang Berjaya.

Doktor Pakar Saraf Ini Dah Berumur 83 Tahun – Tapi Kekal Aktif Tulis Buku Sampai Sekarang Dan Masih Tajam Ingatan. Nama dia : Dr. Richard Re...