27 June 2025

Kholas Buku The Psychology Of Money

Buku ni beli dah lama..
01/03/2024
Nak membacanya yang lama..
Setahun 3 bulan..
Muka surat 265
Tamat Bacaan
27/06/2025

Buku ini agak tinggi jugak laras bahasa yang di gunakan..
Menceritakan tentang kewangan peribadi...
Apa yang aku dapat rasakan penulis ini menceritakan bahawa dia lebih selesa jika pengurusan kewangan peribadi itulah kunci kepada kejayaan kewangan..
Hidup dibawah kemampuan..
Kebebasan kewangan adalah matlamat berbanding pelaburan kewangan..
Tidur malam yang lena...
Mengekalkan gaya hidup yang lama..
Meskipun gaji kita sentiasa bertambah...
Gaya ini agak sepadan dengan idea pakar kewangan dave ramsey..
Berbanding Robert kiyosaki..
Aku juga lebih cenderung kepada gaya sebegini..
Lebih menjurus kepada peace of mind..
Tidak rumit jika dibandingkan dengan pelaburan yang macam-macam..
Gaya sebegini sukar di manipulasi oleh pihak bank dan juga pihak kerajaan..
Because of your gaji or income is your wealth building tool ..
Jadi sentiasa jaga dia...

22 June 2025

Jaga 7 Perkara Ini Di Usia 40an

Gaya Hidup Muslim Seharian

Berikut ialah rutin gaya hidup Muslim seharian yang merangkumi aspek spiritual, fizikal, mental, dan sosial, berdasarkan ajaran Islam:


๐ŸŒ… 1. Pagi (Sebelum & Selepas Subuh)

⏰ Bangun awal sebelum Subuh

  • Niatkan untuk mencari redha Allah.
  • Bangun seawal mungkin untuk qiamullail atau sekurang-kurangnya solat tahajud (jika mampu).

๐Ÿงด Bersuci

  • Berwuduk dan menjaga kebersihan badan serta pakaian.

๐Ÿ•Œ Solat Subuh berjemaah

  • Pahala besar bagi yang solat Subuh berjemaah, terutama di masjid.

๐Ÿ“– Membaca Al-Quran / zikir pagi

  • Mulakan hari dengan bacaan Al-Quran atau zikir seperti al-Ma’thurat.
  • Doa pagi seperti doa keluar rumah, doa perlindungan diri dan keluarga.

๐Ÿฝ️ Sarapan sihat

  • Makan makanan halal, seimbang dan bersih.

๐ŸŒž 2. Siang (Pagi hingga Petang)

๐Ÿซ Menjalankan tanggungjawab

  • Pergi bekerja / belajar dengan niat ibadah.
  • Bersungguh-sungguh dan amanah dalam tugasan.

๐Ÿค Akhlak mulia

  • Sentiasa senyum, bertegur sapa dengan adab Islam.
  • Tidak menipu, mengumpat atau menyakiti hati orang lain.

๐Ÿ•Œ Solat Dhuha (antara 8 pagi - 11 pagi)

  • Amalan sunat yang sangat digalakkan, pembuka rezeki.

๐Ÿ•› Solat fardu (Zuhur & Asar)

  • Sentiasa menjaga waktu solat.
  • Jika boleh, solat berjemaah.

๐Ÿฝ️ Makan tengah hari

  • Beradab ketika makan, baca Bismillah dan duduk makan.

๐Ÿ“š Menuntut ilmu

  • Sama ada melalui pembacaan, kelas agama, tazkirah atau podcast bermanfaat.

๐ŸŒ‡ 3. Petang & Maghrib

๐Ÿคธ Aktiviti fizikal / rehat

  • Bersenam ringan, beriadah bersama keluarga atau rakan.
  • Rehat secukupnya sebelum Maghrib.

๐Ÿ•Œ Solat Maghrib berjemaah

  • Waktu yang afdal untuk mengajar atau mendidik anak-anak dengan ajaran Islam.

๐Ÿ“– Baca Al-Quran atau tazkirah pendek

  • Amalan membaca 1 muka surat atau lebih setiap hari.

๐ŸŒƒ 4. Malam

๐Ÿ•Œ Solat Isyak

  • Solat berjemaah lebih utama.

๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง Masa bersama keluarga

  • Berbual, bertanya khabar, solat bersama.

๐Ÿ›️ Persediaan sebelum tidur

  • Muhasabah diri (taubat & refleksi dosa hari ini).
  • Doa tidur, zikir malam (seperti 3 Qul, ayat Kursi, Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 34x).

๐Ÿ•‹ Amalan Harian Tambahan

  • Istighfar: Amalan Nabi SAW, paling tidak 70–100 kali sehari.
  • Selawat ke atas Nabi SAW: Sebagai tanda cinta dan dapat syafaat.
  • Sedekah harian: Dengan wang, senyuman, pertolongan.
  • Doa harian: Doa masuk/keluar tandas, rumah, kenderaan, dll.

๐Ÿ“… Amalan Mingguan / Bulanan

  • Solat Jumaat bagi lelaki
  • Puasa sunat Isnin & Khamis
  • Bersih rumah / kebun sebagai amal dan tanggungjawab
  • Majlis ilmu atau tazkirah
  • Ziarah saudara / jiran / orang sakit

#TanyaChatPt

19 June 2025

RISIKO

Risiko
=========

Risiko adalah apa yang tinggal apabila anda fikir, anda telah memikirkan segala-galanya..

- Carl Richards.

Takraw MSSD Daerah.

Alhamdulillah layak ke daerah tahun ni..
Sekadar penyertaan sahaja..
Bandar B
Kalah kepada :
Paloh hinai B
Chini B
Peramu Jaya A

Itulah adat bertanding..
Ada masa menang 
Ada masa juga boleh kalah..
Yang utama kita sudah berusaha..

Belum rezeki ke peringkat yang lebih tinggi..
Semoga ada rezeki nanti..

11 June 2025

Final takraw Zon Bandar

 Alhamdulillah....


Harini Kejohanan MSSZ Zon bandar...

Sesuatu yang tak disangka bila team A Sktm masuk final...

hampir 8 tahun aku duk bawak budak takraw ni...

Akhirnya.. 

berjaya jugak dapat masuk final...

Inilah pencapaian paling baik aku pernah rasa...

Tahun lepas 2024...

Dua orang terpilih ke daerah sebab Ahmad tak cukup pemain..

Irfan hadif dan arief...

Seorang layak peringkat negeri..

Arief anak akie...

Tahun sebelum tu tempat ketiga dan keempat...

Yang lain tu peringkat kumpulan aje...

Semoga ada sinar diperingkat daerah nanti..


07 June 2025

Selamat Hari RayaAidil Adha

Salam Aidil Adha..
Sabtu
7 Jun 2025
Raya di salong...

Tahun ini aku tak masuk korban...
Tiada rezeki..
Takpelah..
Semoga akan datang ada rezeki yang lebih baik...

Semoga Aidil Adha Tahun ini kita diberikan semangat sepertimana Nabiyullah Ibrahim a.s
Dalam mengubah nasib diri kita..
Berani dan yakin serta bertawakkal sepenuhnya kepada Allah swt..
Ameen Yta...

05 June 2025

Format Komputer

 Format komputer

======================


30/05/2025

Tak tahu dah kali ke berapa aku duk format komputer..

Tak silap aku dah kali ke 5 tahun ni saja..

Kali ni sebab asyik keluar pop up kat skrin ni..

Mengganggu aku punya taiping kat skrin..


Sambil amik budak ni balik dari asrama..

Hantar dulu ke kedai komputer kat sebelah secret resepi di kuantan..


Pas tu yang aku ni gatal tangan pulak gi buka fan processor tu..

dah mula tak boleh nak pasang balik sebab tapak dia patah..

Kena beli yang lain..

ingat alang2 tu nak pakai yang ada rgb..

Tapi mahal sangat harga kat Rm200...

Pakai yang biasa jelah..

Ittupun harga Rm80 dah..


Total semua kena cas RM135.00

Sekali Format kena cas Rm50.00


Nak tak nak kena belajar sendiri jugak format labtop ni...

Semoga pandai belajar sendiri..




04 June 2025

Trip Kuala Lipis-Jerantut-Cameron-Kuala Lipis

Family Trip
=============
Alhamdulillah
Kalini trip berjalan agak rare..

2-4 Jun
Isnin-Rabu
3H2M
Cuti Penggal Persekolahan..
Kami, Kak teh, Sikin..
Homestay Ulfah Kuala Lipis..
Rm170.00/mlm

Bertolak dari pekan jam 9
Singgah makan di hujung landasan..
Kuantan..
Dari kuantan kul 11 pagi..
Lalu ikut mentakab jerantut..
Singgah anakdol..
Tapi tutup lagi baru kul 1230..

Terus ke lipis..
Lalu ikut jerantut, Kerambit, Mela, Kuala lanar, Mrsm shafie ghazali..
Jalan dia sangat mencabar..
Bengkang bengkok dan berbukit bukau...
Banyak pulak lori treller kuning panjang2..

Sampai di Kuala Lipis jam 2.00pm..
Pusing2 kat batu 0..
Sebelah stesen keretapi lipis..

Lepas tu, 
Singgah nak ke tandas...
Terus solat di masjid negeri lama..
Masjid 1888..
Pastu makan tengahari di selera kampung..

Pergi balik ke stesen keretapi..
Saja bertanya ada train ke jerantut jam 410..
Bolehlah nak merasa naik ktm..
Naik train ke jerantut 4.10 sampai 5.10
Sejam perjalanan..

Ambik grab ke pizza anak dol...
Merasalah jugak nak makan..
Lepak 2 jam kat situ..

Kul 630 patah balik ke stesen keretapi...
Naik 720 sampai kul 820...
Terus cari makan di kedai mina kawan kita..
Okaylah jugak..

Terus balik rehat di homestay..
Check in kul 9 malam..

Day 2

Bangun pagi dalam kul 9,,
Bersiap untuk keluar dalam pukul 11.00
terus gi cari sarapan..
tak jumpa pulak kedai sekitar kawasan yang paling dekat..

Terus isi minyak dulu..
Kemudian menghala ke Cameron Highland..
Cuba singgah sepanjang perjalanan tapi tiada yang boleh makan...

Sampai kat sg koyan baru ada kedai makan...
Rehat sekejap dan makan dulu...

Pas tu terus ke cameron highland..
Jarak dari sg koyan tu lebih kurang sejam nak naik ke atas..

jalan lancar je..
cuma di bharat tea je jammed sebab kereta nak keluar masuk parking..

Kitaorang singgah kat bharat tea untuk menikmati view ladang teh.
Sambil lepak dan makan scone di situ..

Dah siap terus ke taman sedia cari strawberi...
jalan jammed sikit di tanah rata..
ada pembaikan jalan...

balik tu singgah di tanah rata..
lepak  kat taman awam tanah rata..
healing jap...

Terus balik ke sungai koyan..
singgah solat jamak ta'khir kat masjid koyan..

kitorang berpecah kt koyan..
kami menghala semula ke lipis...
diorang balik ikut raub..

kami sampai lipis jam 7pm
singgah makan kat kedai atas bukit...
singgah pekan sari jap..
terus balik homestay..
sampai jam 9 pm...

Day 3

Last day,
Pagi ni bangun awal sikit..
Buat due dilligence nak ke mana..
Dah tau nak kemana.. terus bersiap untuk check out..

Kitorang check out kul 10
Sarapan di bandar lama..
Sebelah stesen ktm..
Restoran Kuzah...
Makan Nasi Kandar Ayam 2, Nasi lemak ayam 2, Mee Bakso 1..
Air milo Ais 2, air suam 2..
Rm43.00
Pada aku mahal..
Sebab air suam dia cas Rm0.50 segelas..
Tak gi dah rasanya...

Siap sarapan jalan pusing bandar Kuala Lipis..
Takde apa sangat bandar dia..
kecil je...
Tengok Jeti Lipis, Rumah klub pahang, Taman awam, 
Rumah pentadbiran british dulu..
Maktab Afzan itu jelah..
Kedai2 hipster malas nak pergi..

Buat keputusan kitorang ke Taman Negara Sg. Relau kat merapoh...
Jarak perjalanan sejam dari situ...
Ikut highway gua musang...

Dia ada Top tree walk..Pusing2 kat situ okay jugaklah..
Siap panjat top tree walk..
Ketinggian 32 Meter..
Kitorang turun kat jeram yang mengalir kat bawah jambatan tu...
ada banyak ikan kelah..
Kitorang layan main air memang sejuk..
Kebetulan kakak bawak roti..
Campak dalam air..
Penuh ikan kelah datang..
Kat luar tu pun ada akuarium ikan kelah...
Besar betul..
Aku ingat mungkin dalam 5 Kg ada...
Memang cantik sisiknya..

Harga ikan kelah ni memang mahal..
Kalau kat kedai azmi steam fish dikuala lipos..
Ikan kelah ni cecah Rm 46.85 setiap 100 gram...
Kalau sekilo Rm468.50
Mahal gila weh...

Tapi ikan ni mampu mencapai berat 20Kg 175 cm..
Dapat tengok pun takpe dah..

Balik dari taman negara tu dalam kul 3..
Sampai ke kuala lipis 4.00..
Singgah makan di restoran azmi stem fish..
Ambik ikan patin seekor..
Masak gulai..
Kailan ikan masin, telor dadar 2 orang makan..
Sup ayam, nasi 5 orang makan..
Air buah..
Total semua Rm108.00
Rasa harga ikan tu yang mahal...

Pastu terus gerak balik ikut jerantut..
Singgah solat di masjid tengku mahkota abdullah di jerantut..
Singgah di kuantan makan..
Di sungai isap chicken texas...

Sampai pekan 9.30 malam...
Alhamdulillah semuanya selamat dan beres..
Thank You Allah for all of this...
Next...



Renang Huda Penggal 2

 Assalamualaikum wbt... Harini aku baru bayar duit renang huda untuk yuran fasa 2... Kalau ikutkan kena bayar sebelum 31 Mei 2025 hari tu.. ...