1. Bangun awal pagi. Tak sampai 10% dari setiap komuniti akan bangun 1 jam lebih awal dari manusia biasa. Waktu itu paling sunyi untuk masukkan perkataan dalam kepala. Caranya ialah dengan membaca.
2. Berjalan sekurangnya 3km setiap pagi. Berjalan buat otak cergas. Kebiasaannya mereka akan brisk walk dengan pembantu atau pasangan atau sesiapa yang mereka rapat.
3. Mandi dan berwangian. Hampir semua orang kaya hebat-hebat adalah mereka yang suka mandi dan sangat suka perfume. Ini memberi mereka kekuatan dan kesenangan dalam berfikir.
4. Menulis checklist apa nak dibuat hari itu. Setiap apa nak dibuat, nak berjumpa orang, nak itu nak ini, ada daily checklist. Tujuan dan prioriti semuanya mereka susun sebaiknya.
5. Sarapan ringkas dan kopi. Kebanyakan orang kaya sangat hampir dengan kopi. Kata mereka kopi beri mereka banyak idea untuk bersembang lebih idea.
6. Refleksi. Kalau bukan muslim, mereka akan bermeditasi. Muslim, dah tentu dengan solat sunat sebelum subuh, solat subuh, solat dhuha.
7. Cari orang paling rapat (bukan keluarga) untuk bersembang. Hubungan baik dengan manusia itu menambah kekuatan untuk maju lagi hari itu.
Perasan tak kata kunci semua ini adalah apa?
Bukan motivasi.
Bukan semangat.
Tapi ia adalah disiplin.
Ada ja disiplin, semua jadi.
Ada ja disiplin, semua kena buat.
Ada motivasi ke tak ada motivasi ke,
Ada semangat ke tak ada semangat ke,
Asal ada disiplin yang hebat, semua kena buat.
Patutlah mereka boleh jana jualan berbillion.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Banyak lagi kena belajar.
No comments:
Post a Comment